Zarith meletakkan beg rodanya di penjuru bilik. Dia keluar ke balkoni biliknya dan memandang permandangan sekeliling Villa ayahnya yang dipenuhi flora. Susah mahu nampak Villa villla yang lain kerana jaraknya maat jauh tambahan dilitipu tumbuhan tumbuhan hijau.
Dari mana dia perlu mula ? Air terjun ? Takkanlah Anna berani berlepak disitu lagi setelah dia hampir dipeluk oleh Zarith ? Zarith meraup muka.
Dia turun ke bawah untuk memasak makanan. Flight yang hampir 10 jam amatlah memenatkan lagipun dia masih jetlag. Sampai sahaja di airport terus dia pergi ke Villa. Tidak sabar sabar untuk mencari Anna.
Dia menyuapkan pizza instant yang di belinya kedalam mulutnya. Otaknya ligat memikir cara untuk mengesan keberadaan Anna diantara 5 buah Villa di sini.
Dia menoleh pada lukisan yang tergantung di dinding Villa ayahnya. Gambar permandangan yang dipenuhi warna hijau tua.
Hijau tua! Bukankah Anna datang ke air terjun dengan menaiki Jeep hijau tua ? Yes. Dia kena cari Villa yang mempunyai jeep hijau tua.
Reaksi Zarith tiba tiba bertukar mendung. Dia lupa. Orang orang di sini adalah orang berada. Sudah semestinya mereka akan meletakkan kereta mereka kedalam garaj dan hanya menggunakan kereta itu jarang jarang sekali.
Zarith mengusutkan rambutnya. Suapan pizza di habiskan. Pinggan diletak di sinki dan dia bersiap siap untuk ke air terjun. Menenangkan fikiran.
***
Anna tersedar dari tidurnya kerana pinggangnya terasa berat seolah olah dipeluk. Dia dapat rasa deruan nafas yang teratur di lehernya. Dia kaku seketika. Dia tahu yang sedang memeluknya adalah suaminya sendiri, tapi macam biasalah perasaan malu mengusai diri. Lagipun petengkaran semalam membuatkan dirinya masih tidak puas hati. Anna menggeleng.
Jangan ikutkan sangat perasaan tu, Anna. It is not good, bisik hati Anna. Dia beristighfar banyak kali. Dia memegang tangan Amar yang berada di perutnya perlahan - lahan menggenggam tangan Amar. Dia pusing menoleh Amar yang sedang enak diulit mimpi. Dia leka melihat wajah Amar, entah kenapa hatinya berasa tenang melihat wajah Amar.
This man. The man yang boleh buat aku happy gila gila dan juga boleh buat aku sedih gila gila. Suka buat lawak bodoh. Serious time kerja but other than that time he is the most clingy one. Psycho ? Sudah hilang langsung perkataan tu dari Amar walaupun masih ada perangai tu lagi. Garang! Tapi cute. Anna tergelak sendirian.
Gelakkannya itu berjaya mengejutkan Amar dari lena. Cepat cepat Anna menutup mata dan berpura pura tidur, best actress of all time.
Suasana sunyi. Anna sedaya upaya tidak mahu membuka mata. Kot kot Amar tengah pandang dirinya ke. Kan dah malu. Bukan boleh percaya Amar ni.
Dia rasa tangannya yang berpaut dengan tangan Amar di usap perlahan dan perlahan lahan tangannya di bawa di pipi Amar. Slowly tangannya di cium dan pautan tangan dikemaskan lagi.
Anna menjadi sejuk. Manataknya dia kalau kaku, malu, takut memang segala galanya menjadi sejuk.
Amar pelik. Takkan tengah tidur pun tangan sejuk beku oi!
" sayang ? Are you awake ? " soal Amar dalam suara serak serak basah.
Bushh! Kantoi. Anna menahan reaksi. Janganlah kantoi, janganlah kantoi.
Amar melihat muka Anna bergerak gerak seperti menahan sesuatu. Tahulah dia sebenarnya Anna sudah bangun. Bukan dia tidak tahu, Anna kalau takut, tangan dia akan menjadi sejuk.
Amar tersenyum nipis. Dia menarik Anna dalam pelukannya. Dagunya tepat mendarat di dahi Anna. Senyuman dia melebar, dia dapat rasakan sangat yang badan Anna kaku. Bukan dia tidak biasa dengan keadaan ini. Anna memang terlebih gementar kalau bersama dia.
YOU ARE READING
Mr. Psycho Guy
RandomAnna Fasharina dan Amar Rykarl Anna Fasharina, Seorang gadis biasa yang baru sahaja tamat SPM . Hanya menolong ibunya menjual nasi lemak untuk meringankan beban ibunya Amar Rykarl , usianya yang sudah menginjak 26 tahun tidak menghalang untuk me...