(3) - HaikalAnna's day

15.5K 581 18
                                    

Selendang pink pastel yang tersalut di kepala kelihatan cantik apabila digabungkan dengan warna baju biru laut dan seluar putih . Anna tersenyum seketika di hadapan cermin di meja make-up nya .

Entah apa angin Haikal, ingin mengajaknya keluar berjalan jalan hari ini BERDUA dengannya . Dan entah apa angin aku juga menerima pelawaan tidak masuk akal itu. 

Tapi yang sudah pasti, Haikal berkata dia perlu ke Johor selama 6 bulan atas tujuan praktikal . Haikal berkata dia perlu bertolak bulan hadapan. Sebab itu dia mahu spend time dengan Anna . Bagi Anna, itulah satu satunya peluang untuk meloloskan diri dari dalam pemerhatian Haikal .

Hari hari mesti ada muka dia . Buka kedai pom muka dia . Buka pintu rumah, pom muka dia . Tak ke rimas ?

Jadi dia menunaikan hajat Haikal itu agar ni boleh jadi pertemuan terakhir mereka . Dia akan pastikan selepas habis saja 6 bulan Haikal praktikal, dia akan meminta Haikal menjauhi dirinya

Yap! That's it ! Brilliant Anna! Brilliant!

Ting! Whatsapp dari Haikal membuatkan Anna mahu muntah .
Okay Anna, be happy, its going to be fast . And you'll free . FREE!

Anna menuruni tangga dgn pantas . Kasut sandal berwarna putih di pakai dan terus melangkah keluar dari rumah

Memandang hari ini waktu orang bekerja, jadi memang tiada siapa dirumah pada saat itu . Abangnya pergi Kuliah dan ibunya pergi ke pejabat . Kakaknya sudah semestinya di rumahnya sendiri . Laju saja tangannya mengunci rumah demi keselamatan . Well, rumahku syurgaku bukan ? Kot ada benda yang kena kt syurga dia ni kang, dah kena survive kt neraka. Aisy melalut pula

Pintu kereta dibuka .
Haikal tersenyum lebar . Tak pernah menyangka, benda yang banyak membuat dia tertanya tanya dan gementar iaitu mengajak Anna keluar berdua dengannya sepanjang tempoh perkenalan mereka , berlaku pada hari ini . Tidak menyangka langsung walau secebis perasaan Anna mahu terima . Perasaan yakin Anna terima pelawaan hanyalah 14.5% per seratus peratus .

" so where are we going? " tanya Anna sebaik sahaja dia selesa dengan tempat duduknya . Senyuman manis dilemparkan . Alah bukan selalu keluar jauh jauh ni. Why not ketepikan ego tu sikit?

Haikal menarik gear N kepada D yang merujuk kepada Drive . " pergi makan dulu ? And then we going to emmm I-City ? "

Terangkat kening Anna . " wow first time dating pergi I-City . Hebat hebat " kata Anna sambil tergelak

" did u think this is called dating? " duga Haikal. Terlalu banyak hatinya berdegup apabila Anna berada dengannya . Cukuplah seksa hatinya berdegup berkali kali . Mahu terkeluar jantungnya jika setiap kali Anna berada dengannya, ada sahaja perkara yang menggocangkan hati lelakinya. Aduh, macammana la mahu survive jika Anna tiba tiba dengan orang lain ? Mau mati merana dia ni .

Bagi Anna, tiada apa yang serius dalam ayatnya . Apa yang dia rasa akan buat suasana happening, dia buat . Tapi mamat ni.....take it so serious . Lek

Gelakan terus berbunyi . Sumpah Anna tiada jawapan untuk itu . Come on , it just a joke . A freakin joke . Mamat ni take it serious sangat . Takkan lah aku nak kata nope. Tak terguris hati dia ? Kalau aku kata yes . Sudah dia fikir lagi jauh . Uhu mintak lah mamat ni tak jenis miang sangat. Kata lelaki, keraskan lah sikit hati tu .

" eh kita nak makan mana ? Lapar doh " Cepat cepat Anna menukar topik . Mohon sangat Haikal tak buka topik awkward . Sumpah, kalau Haikal banyak keluarkan topik awkward, memang ni kali pertama dan terakhir dia akan keluar ngan mamat ni

Haikal melihat Anna cepat cepat menukar topik, perlahan lahan dia mengangguk kecil. Tanda faham dengan tindak tanduk Anna supaya tidak bertanyakan soalan yang janggal . Salah cakap dengan Anna, dia tahu takkan ada chance untuk keluar dengannya lagi . Urgh, Anna really play with my patience.

Mr. Psycho Guy Where stories live. Discover now