(8) - Declared

10K 432 9
                                    

" anna...."

Tipulah kalau dia kata hati dia masih keras setelah mendengar luahan hati yg tulus ikhlas dari Haikal. Sekental mana hati perempuannya, dia tetap akan cair.

" Perhatian kepada para hadirin, Gate penerbangan ke Johor Bahru telah di buka. Sila pergi ke Gate A "

Terbantut segala percakapannya.

Haikal menghembus nafas hampa. Dia tak tau apa yang berada di dalam hati Anna kini. Mungkinkah dia akan ditolak sekali lagi ? Mungkinkah dia perlu menunggu 6 bulan untuk berjumpa dengan Anna dan membuat memori yang boleh mencairkan hati Anna ? Ahh terlalu banyak persoalan yang tiada jawapannya.

Haikal membuat beg galasnya dan mengeluarkan sesuatu.

Anna hanya melihat telatah Haikal. Terjongket kening dia apabila Haikal mengeluarkan sekotak yang memuatkan sebentuk cincin di dalamnya. Anna tidak mudah melatah malah dia hanya menunggu tindakan Haikal yang seterusnya.

" look. I cant force u to love me as much as i do. Abang just nak peluang untuk masuk hati Anna and pupuk kasih sayang Anna "

Haikal menarik nafas dan menyambung

" Take this ring. I just wanna declare everything before i leave Kuala Lumpur. If u think this is too sudden then tell me. If Anna think u can give me chance then u can take this ring " sesuatu benda yang gila dia mintak kepada Anna. Tapi sampai bila ? Sampai bila dia mahu jadi pemendam perasaan ?

Anna kalut. Fikiran dia bercelaru. Jawapan buat masa sekarang memang entah kemana .

Anna merenung lama muka Haikal. Lelaki yang betul betul ikhlas kepadanya. Segala bantuan dan memori dia bersama Haikal seakan berputar kembali di mindanya. Haikal memang seorang lelaki yang baik. Dia memang akan jadi perempuan yang paling bodoh kerana menolak Haikal. Tapi dia juga akan menjadi bodoh kerana menerima orang yang dia tidak suka.

" abang, mcm mana this relationship going with no feeling from other person ? " tanya Anna perlahan. Hati dia berkata untuk menolaknya, tapi minda nya berkata ya.

" perasaan boleh di pupuk Anna " lembut Haikal berbicara. Dia kenal Anna. Kenal sangat. Anna, si manja. Tidak boleh push Anna kalau tidak dia akan mula rasa tidak selesa. Kalau dia marah, dia diam tapi berhari hari diam itu berlaku sehingga lah seorang itu meminta maaf. Terlalu banyak benda yang dia tahu tentang Anna. Mcm mana mahu pujuk Anna. Makanan favourite Anna. Thats why dia yakin, Anna is the one

Anna menarik nafas dan menghembus. Dia menguntum senyuman. Dia tak boleh buang masa kerana Haikal mempunyai flight untuk dikejar. Dia perlu membuat kata putus.

" U know what ? U're the kindest and the sweetest person ive ever known. Anna akan menyesal sebab tak terima abang "

Haikal masih tidak menjumpai jawapan yang tepat berdasakan statement Anna itu.

" so is it yes ? "

Anna menguntum senyuman. Apalah salahnya berkorban demi orang yang sayang kita ?

Anna mengangguk dan mengambil cincin di genggaman Haikal.

Bagai magic, tidak sangka jawapan yang dia paling tunggu berlaku pada hari ini. Senyuman nya tidak dapat disorok. Mulai sekarang, Anna sudah menjadi miliknya walaupun bukan sah lagi.

Affin datang dengan pandangan pelik apabila Haikal sudah tersenyum lebar macam orang tak siuman manakala Anna hanya berdiri batu dan senyum

Tiba tiba dia dipeluk oleh Haikal

" weh! What a starts of my journey! " kata Haikal. Kalau je Anna itu sah dengannya, sudah lama dia memeluk Anna. Tapi apakan daya, dia masih islam yang waras.

Mr. Psycho Guy Where stories live. Discover now