(15) - Jealous

10.9K 388 18
                                    

Puan Shafina melipat telekung. Solat hajat untuk Anna telah selesai dibuat olehnya di surau berdekatan.

" Assalammualaikum Ina " kata Pakcik Syukri (masih ingat kemunculan pakcik ni gais ? 😹 )

Puan Shafina mengutum senyuman palsu. Memang sejak Anna hilang, dia jarang gembira. Sudah seminggu lebih Anna hilang, seminggu lebih jugalah dia tidak gembira. Iyalah, ibu mana tak sedih anaknya hilangkan ?

" waalaikumsalam " sepatah Puan Shafina membalas. Tiada mood sebenarnya. Kalau pakcik ni on kan mood flirt nya pada waktu waktu sekarang, memang dia cabut cabut misai  halus di atas bibir Pakcik Syukri.

"Saya harap anak awak dapat jumpa dalam masa terdekat ye ? Anak awak anak saya juga "

Pemutar skru mana pemutar skru ? Skru otak Syukri ni longgar agaknya jadi biol terus! Excuse me, tu anak aku dengan Amir Abdullah okay!

Amir Abdullah , apalah khabar dia sekarang ? Menghilang tiba tiba sama seperti Anna. Apakah Anna juga sama tidak akan pulang untuk beberapa tahun ? Jauhkanlah...

"Terima kasih Syuk. Saya balik dulu ye ? Awak makan la dulu. Saya pening "

" pening ? Nahh kebetulan saya ada panadol lebih, awak makan nanti sihat la tu " kata Pakcik Syukri sambil menghulurkan panadol active fast kepada Puan Shafina. Amboi! Pergi surau pun bawak panadol? Kelas tak kelas

" takpelah saya nak baring. Bye jumpa lagi, assalammualaikum" kata Puan Shafina sambil berlalu pergi tanpa sempat Pakcik Syukri berkata apa apa

Pakcik Syukri memandang langkah Puan Shafina yang kian jauh darinya. Salam Shafina hanya di jawab di dalam hati.

Terkejut dia apabila tiba tiba ada tangan menyentuh bahunya. Dia menoleh ke belakang. Affin Anaqi .

" ha kau kenapa tepuk tepuk aku ni? " tiba tiba suara lembutnya diterbang angin. Cis hipokrit

" this is not the right time, Pakcik. Ibu tengah serabut tu pakcik ni pun tak macho la " kata Affin sambil tersenyum.

" tak macho apa pula ? Aku baru trim jambang tahu ? Tapi mak kau buat buat je tu. Orang macam pakcik ni dah biasa dah orang puji dalam hati ni. Tapi kalau mak kau tu, suruh lah dia mengaku depan depan. Pakcik bukan nak reject dia pun" kata Pakcik Syukri sambil bermain dengan misai hidup segan mati tak mahunya.

Itu dia gais. Pakcik bawang berkata kata

Affin hanya menggeleng sambil tergelak. Dia hanya berborak kecil dan berlalu ke rumah dengan harapan tiba tiba Anna ada kat rumah.

***

Anna keluar ke halaman rumah. Bosan lit lit weh!

Dia ternampak bodyguards nya sedang menjaga pagar di hadapan. Ketat gila eh penjagaan yang Amar aturkan ni ?

Setiap penjuru rumah pasti akan ada sekurang kurangnya satu bodyguard. Dah la dijaga bodyguards, ada CCTV pula! Dia bertanya kepada Mike, Mike berkata di Villa ini mempunyai lebih dari 10 CCTV tapi semuanya tersembunyi hanya Amar dan si pemasang CCTV sahaja tahu lokasi CCTV tersebut.

Smooth betul Amar membuat perancangan ye ? Anna kagum seketika dengan Amar. Even benda sekecil zarah pun dia akan handle. Padahal theres alot of thing dia kena fikir.

Bodyguards nya hanya ada dua orang. Kedua duanya Melayu, alasan Amar ialah untuk senang Anna berkomunikasi dengan mereka. Tidak perlu bersepiking sepiking gitu. Bagus jugala benda itu terlintas kt kepala otak Amar. Duduk seminggu kt london ni membuatkan dia seperti king coco pulak. Tiba tiba accent dia lebih dari accent orang sini

Mr. Psycho Guy Where stories live. Discover now