Hey guys republished sebab nak bagi note sikit heheh pls ke chapter 27 dulu baru ke chapter ni (28)
Affin menoleh sekali lagi untuk melihat gerangan yang lalu di sebelahnya. Kelihatan seorang lelaki berumur lingkungan 50-an juga menoleh menghadap Affin. Cepat cepat lelaki tersebut berlalu pergi .Topi yg dipakai oleh lelaki itu menghalang affin untuk melihat raut wajah lelaki tersebut. Entah kenapa, gerak hati Affin mahu menegur lelaki tersebut. Dia seakan kenal dengan gerangan itu.
Dia pasti lelaki tersebut juga kenal dengannya. Kalau tidak, mengapa lelaki tadi menoleh ke arahnya juga ? Seolah olah mengintip Affin ?
Tidak tergerak kakinya untuk mengejar lelaki tersebut. Dia terpaku di kedudukannya sendiri. Affin menggeleng perlahan sambil menjinjing barang yang dipesan ibunya tadi.
Punat unlock ditekan, Affin menyusun barang barang di seat belakang lalu berpalinh untuk ke seat depan.
Sekali lagi, lelaki berumur itu sedang menghadap dirinya dari jauh. Melihat Affin toleh kearahnya, segera lelaki itu masuk kedalam kereta dan berlalu pergi.
Perjalanan pasaraya tesco dengan rumahnya hanya memakan 15 minit. Dikeluarkan semua barangan yang dibeli tadi dan menuju ke ibunya yang sedang tersenyum menunggu kehadiran Affin. Mereka masuk bersama barang yang dibeli sebentar tadi.
Dari jauh kelihatan sebuah kereta mewah Alphard berhenti di tepi depan rumah Affin sambil tersenyum.
" i miss you all. I miss my son, my daughter and my second wife "
***
Sudah sebulan, Affin rasa diperhati. Malah dia rasa diperhati oleh orang yang sama iaitu lelaki berumur tempoh hari.
Affin ternampak lagi lelaki itu di parking lot tempat kerjanya. Hatinya tergerak untuk menegur lelakk tersebut untuk menghilangkan rasa sangsi. Lelaki itu segera berlalu pergi setelah melihat Affin menapak ke arahnya.
" stop right there uncle! " kata Affin dengan menggunakan nada suara yang tinggi. Suara Affin yang maskulin itu terus membuat langkah Lelaki itu terhenti. Namun lelaki itu langsung tidak menoleh kearah Affin membuatkan Affin hanya berdiri di belakangnya.
" im sorry to say this but saya selalu nampak pakcik seperti mengekori saya selama sebulan berturut turut. Ia menimbulkan rasa tidak selesa dan tidak selamat pada saya. Siapa uncle ni ? Kenapa mengekori saya ? " lembut namun tegas persoalan Affin sebentar tadi. Dia takut lelaki ini adalah spy untuk mengintip keluarganya yang boleh mengundang bahaya. Cukup lah dia kehilangan Anna sampai 4 bulan tanpa khabar berita. Dia takkan mengulangi kesilapannya lagi.
Tiada bapaknya, dia lah pelindung keluarganya.
Diam. Suasana menjadi bisu. Pakcik tadi masih dengan posisinya begitu juga Affin.
" Pakcik, i need an answer if i ask a question " kata Affin sambik menapak satu langkah maju kehadapan.
"U know me Affin. U know me very well "
Kening Affin terangkat. Siapakah pakcik ini ? Bagaimana dia tau namanya ?
" wh-who are you ? " kata Affn sambil cuba melihat wajah pakcik dihadapannya.
Lagi Affin mahu melihat muka Pakcik itu,makin pakcik itu menyorokkan mukanya,
" look uncle, saya nak tahu uncle ni siapa sampai mengekori saya? Maaf kerana meninggikan suara tapi jika uncle tetap mengekori saya tanpa mendedahkan identiti uncle, saya akan membuat laporan polisnya ? " ugut Affin. Dia memang pro bab bab main psychology ni.
Suasana kembali menyepi.
" This is not a right time to exposed everything " pakcik itu membalas.
YOU ARE READING
Mr. Psycho Guy
RandomAnna Fasharina dan Amar Rykarl Anna Fasharina, Seorang gadis biasa yang baru sahaja tamat SPM . Hanya menolong ibunya menjual nasi lemak untuk meringankan beban ibunya Amar Rykarl , usianya yang sudah menginjak 26 tahun tidak menghalang untuk me...