(47) - Melawat

6.8K 411 41
                                    

Sedar tidak sedar, sudah seminggu Anna di Malaysia bersama keluarga dan kawan kawannya. Bermaksud juga sudah seminggu Amar berada di lokap sementara menunggu pembicaraan pada minggu hadapan.

Anna baring menghadap siling biliknya. Segala galanya sudah bertukar seperti biasa. Tapi  satu sahaja yang berubah, iaitu ketiadaan Amar di sampingnya. Sudah seminggu dia tidak bersemuka dengan Amar ops correction 2 minggu. 

Tipulah kalau dia tak rindu. Rindu dia setinggi gunung. Tapi apakan daya, keluarganya menentang keras untuk membenarkan Anna melawat Amar.

Air mata bergenang di tubir mata Anna. Perlahan lahan ia menitis ke pipi gebu Anna. Cepat cepat dia mengesat. Dia tidak boleh terus lemah begini. Dia perlu cari jalan untuk berjumpa dengan Amar. Dia rindukan Amar.

Anna menoleh ke telefon pintarnya yang berada di laci meja. Dia mendapat satu idea. Aplikasi grab di buka. Dia terus memesan grab dan ke lokap Amar.

Setelah memesan grab, lekas dia bersiap dan turun ke bawah.

" ibu! Anna pergi keluar dengan Aida dan Amyra kejap tau! " laung Anna sambil memasang sandal putih di kakinya.

" eh naik apa ? "

" naik grab sebab diorang dah tunggu kat pavi dah tu " bohong Anna. Alah tipu sunat sekali sekala takpe kot.

Puan Syafina berat sekali mahu melepaskan Anna. Tapi apakan daya, melihat Anna terkurung dalam bilik pun dia rasa lemas dah.

" okay be safe eh ? Apa apa hal call ibu "

Anna menunjukkan signal okay pada ibunya. Cepat cepat dia masuk ke dalam grab. Mintak maaf ibu, raya tahun depan Anna mengaku.

***

Anna tunggu di kerusi menunggu sementara menunggu Amar. Hati dia berdebar debar. Rindu sangat! Tak sabar mahu bertanyakan khabar Amar.

Tak lama kemudian, Amar datang bersama seorang polis di belakangnya.

Melihat sahaja wajah Anna di hadapannya, Amar kaku. Dia rindu sangat pada Anna. Sudah 2 minggu tidak bersemuka membuatkan dia mahu peluk sahaja Anna ketika itu. Tapi apakan daya, mereka dipisahkan oleh penghalang.

Anna mengambil telefon yang menyambungkan ke bahagian Amar. Dia tersenyum lebar. Ah rindunya!

" Assalammualaikum awak " ramah Anna.

Amar masih berdiam diri walaupun dia mendengar kata kata Anna. Dia tidak kuat mahu menerima hakikat bahawa Anna lah penyebab situasi sekarang ini. Iyalah, kalau bukan Anna yang memberitahu lokasinya, mana keluarga mereka dapat tahu ?

Anna bertukar riak. Melihat sahaja Amar tanpa secalit senyuman, membuatkan dia terasa hati.

" awak sihat ? " Anna masih mengawal riak dan cuba berkomunikasi dengan suaminya itu.

" tengoklah kalau family kau dakwa aku sampai mahkamah nak jatuhkan hukuman gantung kat aku, aku tak sihat. On the way nak mati dah " datar Amar membalas. Timbul pula perasaan amarah pada Anna. Orang sayang dia sepenuh hati, dia buat macam ni.

Anna terkedu. Mahu sahaja dia nangis ketika itu. Sampainya hati Amar berkata begitu.

" ap- apa yang awak cakap ni ? Saya datang sebab saya rindu awak " Anna cuba mengawal suaranya. Dia tidak boleh kelihatan lemah! Dia perlu fight untuk selamatkan cinta hatinya.

Hati Amar tersentuh. Betullah, Anna sahaja yang boleh membuatkan dia lemah. Tapi mengenangkan Anna mempermainkan cinta dia, hatinya keras semula.

" i miss you more, sayang " balas Amar dalam hati

Mr. Psycho Guy Where stories live. Discover now