Anna melangkah masuk pintu Villa mereka bersama bodyguard. Kelihatan Amar yang sedang memerhati segala langkah langkahnya sehinggalah dia berdiri di hadapan Amar. Amar terus mengarahkan Rashid dan Mikael pergi dan meninggalkan mereka berdua di ruang tamu.
Anna mengelap-lap tangannya yang sudah berpeluh. Matanya di lekatkan di lantai dan dia cuba mengawal riak mukanya.
" keluar tak bagitau aku " mendatar suara Amar berkata. Mukanya diketatkan. Matanya tepat memandang isterinya yang gelisah akan barannya. Timbul perasaan sayang pada Anna. Dia tahu, dia tidak patut mengasari Anna ketika waktu waktu Anna sedang cuba mencintai dirinya tapi Anna telah mencabar dirinya. Bukankah sudah berkali kali dia menyatakan yang dia seorang lelaki yang penuh dengan ego ? Adakah Anna tidak faham ?
Anna menutup mulutnya rapat. Ah! Rasa macam nak nangis sahaja.
" first, flirting with another man. Second, melawan kata kata aku. And now keluar tak mintak izin aku ? "
Anna tidak tahu mahu menjawab atau Amar sedang mengutarakan ayat ayat penyata.
Amar berdiri lalu berjalan jalan dalam bentuk bulatan disekeliling Anna. Bau haruman Anna yang membuat hati lelakinya mulai terganggu. Amar menggeleng. Dia tau kalau dia ikutkan nafsunya, tidak akan merubah apa pun.
" sa...saya cuma nak cari ketenangan sekejap " jawab Anna setelah lama Amar mendiamkan diri sambil berjalan disekelilingnya.
" ketenangan for what ? Untuk cari cara lain nak flirting dengan lelaki lain supaya tak kantoi ke " Amar terus terusan menembak mental Anna.
Perlahan lahan air mata Anna jatuh. Ahh... dia tewas lagi. Dicuba tahan sendunya agar tidak kelihatan terlalu lemah dihadapan Amar tapi tidak! Emosi menguasai dirinya.
" menangis. Yup! Itu lah senjata kau. Menangis, menangis, menangis. Eh kau dengar eh, the things that happen this seconds all because of you. If you just follow my instruction jangan cakap dengan another man, this minutes wouldnt exists! "
" saya mintak maaf " sayu suara Anna. Dia tahu, lawan api hanyalah air. Walaupun dalam dirinya membuak buak rasa mahu melenting kembali. Dia juga penat asyik dihina. Dia juga mempunyai harga diri. Tapi apakan daya, dia hanya seorang di sini. Tiada siapa yang akan menolongnya jika sebarang kemungkinan berlaku.
Riak muka Amar tiba tiba berubah. Ah! Kenapalah aku ni mudah sangat cair dengan Anna ?
Amar mendengus lalu terus ke biliknya meninggalkan Anna sorang sorang di ruang tamu. Beberapa minit Amar berlalu, air mata Anna terkeluar. Kini sendunya tidak dapat ditahan, dia duduk melutut di lantai ruang tamunya. Sambil menekup mulut, dia menangis perlahan lahan.
Apa yang kau sedih sangat ni Anna ? Dah nampak kan he hates you! Dia dah muak tengok tangisan kau. Tangisan tiada erti dah bagi dia. Semua salah kau! Kau tak dengar arahan dia malam tadi. Mungkin betul kata Amar, jika dia tidak terlalu memikirkan perasaan Fareed dan hanya fokus pada Amar, mungkin saat saat ini takkan terjadi.
Anna bangkit. Dengan lemah longlai dia melangkah ke bilik. Dia penat.
***
Affin sedang menonton TV sambil memakan kerepek yang dibeli oleh ibunya. Puan Shafina disebelah turut menonton siaran yg diapaparkan.
Pon! Bunyi hon kereta berbunyi.
" eh siapa tu bang ? " tanya Puan Shafina. Cepat cepat dia mengambil tudung yang memang disediakan di tepi tangga jika tetamu tiba tiba datang.
" taktaulah bu. Jap Affin tengok " kata Affin lalu bergerak ke pintu utama untuk melihat si tetamu.
Bukak sahaja pintu, Affin kaku ditempatnya. Dia tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Emosinya cuba dikawal. Rindunya pada wajah ini! Sudah 5 tahun tidak berjumpa, siapa je yg boleh tahan rindu ?
YOU ARE READING
Mr. Psycho Guy
RandomAnna Fasharina dan Amar Rykarl Anna Fasharina, Seorang gadis biasa yang baru sahaja tamat SPM . Hanya menolong ibunya menjual nasi lemak untuk meringankan beban ibunya Amar Rykarl , usianya yang sudah menginjak 26 tahun tidak menghalang untuk me...