Anna membuka mata perlahan lahan. Terasa geli rambutnya mengurai di leher. Dia meraba kepalanya untuk membetulkan rambutnya.
Eh tudung?
Automatik mata Anna terbuka luas. Yalah! Malam tadi dia tidur bilik Amar! Dia pusing ke arah bertentangan dan terlihat Amar yang lena di sofa. Nasib baik Amar tak mungkiri janji. Nasib baik dia betul betul tidur kat sofa.
Anna merenung wajah Amar di sofa. Sama sepertinya, Amar juga sedang baring mengiring ke kiri manakala Anna baring mengiring ke kanan. Jadi mereka saling berpandangan.
Muka Amar ditilik Anna. Handsomenya ya Ampun! Kening tersusun, hidung mancung, kulit sawo matang, mata redup dan lain lain bak kata lain perfecto!
Cuma tulah, smoker. Sebab itulah Anna tak biasa dekat dengan Amar. Bau nafas rokok itu masih ada dengan Amar dan jadikan Anna uncomfortable. Memang la dia boleh je biasakan dengan itu tapi kalaulah Amar bukan smoker, bukankah lebih baik ?
'Kenapa la kau ni psiko ? Psikokan aku ? Aku ni tak reti jaga hati dan perasaan orang tau ? Aku tak reti nak tau hati mana yang betul betul ikhlas. Kau mesti menyesal kan sebab suka aku ? Kau buat everything but aku ? Doesnt give a damn about it. Kenapa kau suka aku ? Aku takut at the end kau akan menyesal dengan semua ni. Kau berikan tenaga dan masa kau untuk aku. Pastu kita pulak asyik asyik gaduh. Lagi la stresed you out. Janganlah suka aku sangat, aku takut kalau cinta kau aku balas pun, tak cukup mcm mana kau kasi kt aku '
Anna berkata dalam hati sambil memandang Amar tanpa rasa jemu. Iyelah, kalau dia cakap kuat takut Amar bangun pulak. Malu lah dia jadi minah jiwang pagi pagi ni. Kadang kadang Anna terfikir, sampai bila Amar mahu menculiknya ? Sampai bila Amar mahu rahsiakan tentang mereka sedangkan dia tau Affin tidak akan menerima Amar.
Anna melihat Amar mengeliat sedikit sambil berkerut kerut dahinya.
Sakit baring di sofa barangkali.
Tanpa ragu ragu, Anna bangun dan bergerak ke sofa di mana Amar tidur.
" awak..awak.. bangun lah tidur kt katil tu. Saya balik bilik dulu " lembut bicara Anna sambil menarik narik lengan baju Amar.
" no tidur je sini " kata Amar yang masih mamai. Tambah pulak dengan suara serak basah bangun paginya memang mengancam.
"Kenapa saya nak sambung tidur sini pulak ? Baik saya sambung tidur kt bilik saya " kata Anna lagi
Mata Amar yang masih kuyu cuba dibukakan
" why dont you just sleep here ? I want u to be by my side " kata Amar sambil tersenyum dalam mamainya.
Aduh Amar ni! Pagi pagi dh buat orang cair dengan rambut messynya dan suara serak begitu. Anna menggeleng laju. Kuat hati kuat! Semalam dah berkali kali tewas untuk kentalkan hati, harini kuat okay!
" taknak nanti apa la asisstant awak cakap. Kita bukan muhrim " pujuk Anna lagi.
Amar terdiam lama. Alangkah baiknya jika setiap hari begini ? Buka je mata, muka Anna. Orang pertama berborak dengannya ialah Anna. Orang yang mengejutnya setelah dia bangun tidur je Anna ?
Amar tersenyum mamai lalu mengangguk. Ya, dia dengan Anna masih belum muhrim dan dia terima alasan Anna itu. Bagus betul bini aku ni eh bakal bakal.
" awak tidur atas katil tau ? Kesian awak sakit sakit tidur sofa. Saya masuk bilik dulu " kata Anna sambil berlalu pergi. Blah lu sebelum pagi pagi dah cair dek kuasa senyuman mencair hati orang Amar.
Amar melihat langkah Anna keluar dari bilik. Kan best kalau theres no bilik saya bilik awak ? Kan best dia dengan Anna selalu ? Kan kan kan ?
Hold on Amar. The time will come. This week gonna be lit.
YOU ARE READING
Mr. Psycho Guy
RandomAnna Fasharina dan Amar Rykarl Anna Fasharina, Seorang gadis biasa yang baru sahaja tamat SPM . Hanya menolong ibunya menjual nasi lemak untuk meringankan beban ibunya Amar Rykarl , usianya yang sudah menginjak 26 tahun tidak menghalang untuk me...