(32) - Gugup

7.7K 325 1
                                    

Anna duduk di lobi hotel sementara menunggu Amar check-in bilik hotel di Kaunter. Dia melilau hotel yang dipilih oleh Amar di tengah bandar itu.

Tidak boleh di nafikan, itali sangat cantik! Seperti dalam gambar gambar yang selali dia lihat di internet. Berada di samping Amar selama hampir 6 bulan telah membawanya merantau ke serata dunia yang kaya.

Anna tersedar ke alam realiti semula. 6 bulan ? Sudah setengah tahun dia berada jauh dari keluarganya dan berada dengan Amar. Ataupun bahasa kasarnya, dia diculik oleh Amar. Bagaikan sekelip mata masa berlalu, dia masih ingat perasaan pertama kali berada dengan Amar tanpa pengawasan org yang dikenalinya. Tup tup dia telah berkahwin dengan Amar.

Apa yang kau fikir ni Anna ?

Dia seakan hanya ikut segala takdir yg akan berlaku. Amar ajak kahwin dia setuju, tapi sebenarnya dia tiada perancangan yang tetap. Dia cuma berharap diberi kemudahan untuk meloloskan diri tapi dengan cara tidak mengguris hati Amar. Entah sejak bila dia memikirkan tentang hati dan perasaan Amar pun dia tidak tau.

Dia memandang gerak geri Amar yang sedang melangkah kearahnya sambil tersenyum lebar.

Kenapalah Amar menaruh harapan yang tinggi kepadanya ? Ia membuatkan Anna akan lebih merasa bersalah jika satu hari nanti dia akan meninggalkan Amar. Tambahan, dia sudah memberi Amar harapan, tengok sajalah dengan bersetuju dengan perkahwinan ini saja mungkin sudah cukup bagi Amar harapan untuk mereka 'happily ever after'

" sayang, jom suruh the worker angkat our bag to our room "

Anna tersentak. Dunianya seakan terhenti. Our room ????

" our room ? " kata Anna.

" iyelah, takkan nak bilik asing asing kot yang ? Dah halal kan " usik Amar sambil tersenyum kecil. Suka dia melihat reaksi Anna ketika ini. Nampak sangat Anna gugup dengannya. Entah kenapa entah

Anna terpaku ditempatnya. Terpaksalah Amar menarik tangan Anna ke lif bagi tidak melengahkan masa.

" mak oi sayang! Apa sejuk sangat tangan ni ? " kata Amar sebaik saja tangan kecil Anna berada dalam genggamannya.

Darah menyerbu ke muka Anna. Alamakk kantoi! Malunya. Segera dia tarik tangannya dari genggaman Amar lalu menutup mukanya. Kenapalah Amar banyak melihat sisi dirinya yang memalukan ? Ish.

Amar tergelak melihat telatah Anna. Gugup betul ya sampai takmo cakap langsung. Tangan pun sejuk semacam. Cutie!

" takpela sayang, buat apa nak malu dengan I ? Im your husband now " kata Amar sambil menarik kembali tangan Anna yang sedang melindungi wajahnya.

Jelas sangat muka Anna memerah akibat menahan malu. Hampir tergelak Amar dibuatnya tapi ditahan. Takut Anna menangis pula.

" awak nak gelakkan ? Ish " kata Anna

Amar tertawa kecil " dah la jom" tangan Anna kemas dalam genggamannya dan menarik Anna berjalan disebelahnya.

Hanya tuhan saja tahu betapa bahagiannya seorang insan bernama Amar ketika ini.

***

Anna terjaga dari lenanya apabila terasa ada tangan memeluk dirinya dari belakang. Dia keras di pembaringannya. Dia menepuk dahi, kenapa la dia boleh tertidur semasa menunggu Amar mandi ? Alahai.

Dia menjeling jam di dinding. Jarum jam tepat menunjukkan pukul 6 petang ini bermakna sudah 2 jam mereka tertidur. Alahai penat betul.

Anna mengalihkan lengan Amar yang melilit di perutnya tanpa mengejutkan Amar. Dia mahu menunaikan solat asar sebelum maghrib menjelang. Walaupun mata masih berat, tapi digagahkan juga cewah padahal tak mahu Amar sedar gelentarnya. Malu la tadi dah kantoi tangan sejuk haih.

Sebaik saja dia berdiri, tangannya di tarik dan membuat dia baring kembali di sebelah Amar tapi kini muka mereka berpandangan. Amar masih memejamkan mata. Anna keras kembali.

Adoi! Kenapalah dirinya terlalu kaku ? Mesti Amar akan menyakat dirinya nanti. Anna menilik muka Amar yang sedang menutup mata tapi masih kemas memeluknya. Sejuk badan Amar tambahan dia sedang shirtless lagi membuat badan Anna yang panas berasa sejuk.

" you nak pergi mana ? " serak serak suara Amar bertanya sambil membuka matanya dan tersenyum. Tak sangka selama ni dia berharap bukak sahaja mata dari tidur, wajah Anna di hadapannya kini hari hari dia akan dimulakan dengan wajah Anna. Ah bahagianya hidup!

" uh-uh saya nak pergi tandas " terketar ketar Anna menjawab.

" kenapa terketar ketar ni sayang ? " kata Amar sambil tergelak dalam samar samarnya

Anna menahan malu. " saya nak pergi tandas la awak "

" takpayahlah i nak peluk you lagi " kata Amar sambil mengetatkan pelukan mereka. Badan Anna yang kenit itu membuatkan dirinya mahu terus memeluknya. Kalau boleh sampai Anna lemas tapi mati jakgi siapa nak tanggung.

Mata mereka bertemu seketika, Amar mengenyit mata kepada Anna lalu tersenyum. Cepat cepat Anna mengalih pandangan bagi mengelakkan cair hatinya terhadap kenyitan seksi Amar sebentar tadi.

" why u shy hah ? " soal Amar

" ma-manada "

" i know you la sayang, you scared of me ke ? "

Anna terdiam. Sah dia tidak boleh sorok dah malunya.

" hm betul lah tu " kata Amar,

" takpayah takut la sayang. I want to be your guardian not your demon. Unless you think i am a demon then thats why you scared of me kan ? " nada Amar berubah. Kecewa agaknya

Anna diselebungi rasa bersalah. Halah cik abang ni merajuk pulak.

" ish awak ni memandai je. Kalau saya rasa awak demon, saya tak setuju tau kahwin dengan awak " anna terlepas cakap. Again, another harapan yang Anna utarakan di hadapan Amar. Hm

Amar menguntum senyuman " do you love me ? " duganya.

Anna tersentak. Do i love him ?

Tipulah kalau ada perempuan berhati batu sampai tak cair dengan layanan Amar. Dahlah kacak, tidak layan perempuan pula tu. Bonus sangat. Tapi entahlah, Anna sendiri tak faham dengam perasaannya yang satu ini. Do i love him ? Do i ?

Soalan itu berlegar legar di dalam fikirannya.

" you dont kan . I know " perlahan Amar menutur kata.

" i tried " Anna menutur separuh berbisik tapi masih boleh di dengari Amar.

Amar tersenyum " its okay babygirl, try your best. I just want you to know that i love you so much more than you ever know and huge than this universe " sekaligus Amar mencium dahi Anna dengan penuh kasih sayang.

Anna terbuai seketika dengan tindak tanduk Amar. Hati perempuannya tersentuh. Ah Amar impian kau terlalu tinggi! Kau mungkin kecewa saban hari.

" er awak saya nak pergi tandas ni. Nak amik air wudhuk dan solat " kata Anna setelah sedar di alam realiti.

Amar mengangguk sambil melonggarkan pelukan " dah sudah bagitau I ye, we solat together "

Anna terpaku seketika mendengar tutur kata Amar.

Mungkin dirinya terlalu cepat menghukum Amar sehingga ingat Amar tidak ada pegangan Agama yang kuat. Dia fikir Amar seperti jejaka lain yang leka dengan kekayaan yang dikurniakan. Wah one point for Amar!

Anna mengangguk lalu terus masuk ke toilet sambil senyum.

***

Mr. Psycho Guy Where stories live. Discover now