Celik sahaja mata, cepat cepat Anna bangun dari katil dan turun ke ruang tamu. Bukan kerana dia tidak sabar sabar mahu membuat kerja rumah, tapi dia malu dengan Amar. Segala yang berlaku semalam melayang layang di mindanya. Dia telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri! malunya! Bagaimana mahu bersemuka dengan Amar hari ini ? Darah menyerbu ke mukanya. Bibirnya melakar segaris senyuman.
Kelakar pula apabila mengenangkan dahulu, dirinya yang paling benci Amar. Tapi semalam, dia telah mengakui yang dia mencintai Amar. Kelakar bukan ? Betullah, benci benci lama lama jadi cinta. Anna menutup mulut untuk menahan gelak. Jika tertangkap dengan Amar, malu dibuatnya. Dia rasa tak mahu jumpa Amar sahaja. Malunya terlalu menebal.
Tarik nafas. Hembus. Anna cuba menenangkan dirinya. Dia cuba berlagak biasa. Maklumlah first time kahwin, eh.
" eh sayang awalnya bangun " kata Amar yang baru turun. Terkejut jugalah bangun bangun je Anna tiada disebelahnya. Manatau Anna lari ke mcm drama drama. Kakinya terus melangkah ke sofa yang Anna duduk dan baring di riba Anna, Manja betul.
Anna tidak keruan, ya Ampunnn kenapalah kau ni pemalu sangat.
" manada awal. Macam biasalah " kata Anna untuk menutup gelisahnya.
" why are you shaking ? You malu ye ? " kata Amar sambil menahan gelak.
" ish awak ni " kata Anna sambil memukul lembut lengan Amar.
" thankyou. Last night was memorable " kata Amar sambil memandang Anna, perempuan yang dia cuba dapatkan bertahun. Sampai sanggup membuat kerja gila untuk dapatkannya. Gaduh, gaduh, gaduh akhirnya wanita ini yang memberi sebab untuk dia senyum hari hari. Senyuman terlakar di bibirnya.
Anna tidak berkata apa, dia terus bermain main dengan rambut Amar. Dia juga tersenyum. Dia tak mampu untuk menyatakan ayat ayat sweet seperti Amar, tapi biarlah dia tunjukkan dengan perwatakan. Dia menoleh Amar yang berada diribanya. Amar sedang memandangnya sambil tersenyum. Automatik Anna juga tersenyum
" eyy sayang nak goda I eh. I kena puasa ni " kata Amar sambil baring mengiring.
Mata Anna membulat. Gatalnya!
" ish awak ni! Kat ruang tamu pun nak fikir benda benda mcm tu lah " kata Anna sambil kembali menghadap TV.
" apasalahnya sayang... ni kan rumah I " meleret leret suara Amar. Anna sudah tergamam. Ah sudah!
" Mr and Mrs Amar, breakfast is ready " kata Lisa dengan penuh hormat.
Yes! Lisa penyelamat keadaan.
" ha alright. Awak dengar kan ? Jom breakfast " kata Anna sambil cuba berdiri. Amar yang diribanya terpaksa bangun dan memberi laluan untuk Anna jalan. Baru nak manja manja pun tak boleh lah!
Amar duduk di meja makan dengan keadaan yang diam seribu bahasa. Dia pantang betul apabila privacynya diganggu. Come on lah! Dia dengan Anna baru sahaja mahu merasa nikmat berumahtangga.
Meja makan senyap sunyi membuatkan Anna tidak selesa. Sudah...takkan mamat ni merajuk pulak ? Sebab apa pun nak merajuk? Sebab Anna mengelak dari Amar cuba memeluknya?
" Awak... kenapa diam je ? " kata Anna sambil berhenti makan. Dia mengarahkan Mike dan Lisa berlalu pergi, yelah malu lah mahu buat adegan pujuk memujuk apabila orang tengok ni. Dia dahlah tak sweet.
Amar masih lagi diam dan teruskan suapannya. Dia sengaja mahu bermanja manja begitu. Dia mahu tengok bagaimana Anna memujuknya hehe....
Anna sudah mati akal. Seriuslah takkan sebab tadi je Amar diam seribu bahasa ni? Selama ni dia tolak, okay je ?
YOU ARE READING
Mr. Psycho Guy
RandomAnna Fasharina dan Amar Rykarl Anna Fasharina, Seorang gadis biasa yang baru sahaja tamat SPM . Hanya menolong ibunya menjual nasi lemak untuk meringankan beban ibunya Amar Rykarl , usianya yang sudah menginjak 26 tahun tidak menghalang untuk me...