BEHIND THE SCENE
[ not recording ]" hey, korang tengok sini "
Seokjin memanggil mereka yang ada dengan nya agar mendekati nya. Yang lain pelik dengan Seokjin jadi mereka tiada pilihan daripada menghampiri lelaki itu untuk melihat apa yang sebenarnya terjadi.
" kenapa? " Namjoon menyoal dengan wajah yang kelihatan kecewa. Mungkin kecewa dengan Jimin dan Taehyung tadi dengan keputusan mereka untuk meninggalkan ekspedisi tersebut. Tetapi dia hanya menyorokkan perasaan nya.
Dia sebenarnya tak mahu kumpulan nya berpecah belah. Tak pernah lagi dia berhadapan dengan situasi yang sukar seperti ini.
" kau lihat, tadi kita ada buat rakaman Behind the scenes tanpa kita semua perasan. Live pula tu. Kamera kita di onn kan secara mode automatik " Seokjin memaklumkan dan Jungkook terus merampas telefon itu daripada tangan lelaki itu tanpa ada sedikit hormat pun. Seokjin kelihatan ingin memarahi lelaki itu, tetapi dia hanya sabar sahaja. Biarlah, mungkin Jungkook ni kasar orangnya.
Jungkook melihat skrin telefon itu dengan dahi yang berkerut. Dia pelik, tertanya-tanya dan geram. Setahu dia, dia langsung tak onn kameranya jadi how the fuck boleh dirakam? Sudahlah dia tak cover dirinya tadi. Nanti apa pula fikir peminatnya? Aih, fikiran dia menjadi lebih serabut.
" shibal lah " Jungkook menghempas punggungnya dengan kasar di atas lantai. Dia mendengus kasar lalu meneguk air mineral nya. Menyampah, geram semua bertakhta dalam jiwanya.
Yoongi yang melihat keadaan Jungkook begitu terus menepuk bahunya perlahan. " sabarlah. " katanya untuk menenangkan hati lelaki itu. Tetapi wajah Jungkook tetap menegang. Dia masih lagi rasa marah dan geram dalam hatinya.
Dengan masalah budak dua ekor tu lagi. Apalah nasib. Itu lah sebab dia tak suka berkawan. Makin banyak jenis manusia dia jumpa, makin bermacam-macam jenis perangai juga dia lihat. Yang paling tak sanggup, dia kena tempuhi pula tu. Kalau lah dia tahu yang semua ini akan berlaku dia tak akan sertai ekspedisi ini.
" kau akan dapat good friends, good memories! Diorang mesti baik-baik dengan kau. Daripada kau asyik berkawan dengan kawan internet kau tu.. yang tak tahu dia wujud ataupun tak. Baik kau cari kawan yang betul-betul. Tak salah kan kalau mencuba? "
Dia teringat kata-kata Wonwoo padanya. Huh, good friends my ass.
" aku rasa kamera kita digodam " Hoseok meningkah. Semua memandang ke arah nya dengan pandangan yang berkerut. Terutama sekali Jungkook. Wajahnya nampak dia mahu marah Hoseok sebab kata bukan-bukan. Itu membuatkan Hoseok mula kecut perut. Waduh, kenapa lah dia rasa takut pada budak yang muda daripada dia sendiri? Hish.
" Kenapa kau cakap macam tu? Siapa pula yang nak godam kita punya kamera? " Soal Jungkook dengan nada yang mendatar. Baginya, apa yang dikatakan oleh Hoseok itu mengarut.
" Yalah, aku hanya teka. Manalah aku tahu siapa yang buat. Tapi kalau dalam hal macam ni, tak lain tak bukan lah
memang ada orang godam kita punya kamera. " Balas Hoseok dengan serius. Dia tak mahu dirinya di marahi oleh Si Jungkook tu pula." serius ke kita nak tinggalkan Jimin dan Taehyung tu sendirian keluar daripada lubang ni? Macam mana dengan kerjaya kita sebagai youtubers ni? Nak letak mana kalau diorang dedahkan perangai kita sebegini rupa? " Soal Namjoon sambil melirik kan matanya ke arah Jungkook dan Yoongi. Bukan apa, disebabkan dua orang tu lah Jimin dan Taehyung terasa hati dan mengutuskan untuk meninggalkan ekspedisi itu. Bukan kah lebih baik jika mereka nasihatkan kedua pemuda itu dengan cara yang baik sahaja? Tak perlu bertengkar sebegitu sekali?
YOU ARE READING
hollow of the low.
ParanormalYoung blood's spin off. HIGHEST RANK : #2 in Paranormal #1 in Horrror Di Korea terdapat satu tempat yang amat terkenal sekali di telinga rakyatnya. Tempat tersebut dikatakan tempat dimana orang yang berhasrat untuk membunuh diri atau pengemis yang...