HOTL | 030

1.8K 388 278
                                    

EP.6 BEHIND THE SCENES
[CH+]

JUNGKOOK's and TAEHYUNG's CAMERA

JUNGKOOK :
Kita boleh cari pintu portal itu kemudian selamatkan Jimin dan Yoongi bukan?

Taehyung yang duduk di sebelah Jungkook sahaja daripada tadi hanya mengangguk. Dirinya nampak seperti tidak tenang dan bukan seperti biasa sejak dia bersua muka dengan benda halus yang tak pernah dia anggap wujud itu.

JUNGKOOK :
Mengikut fail dekat sini portal itu dilakukan di bahagian bawah tanah. Uhm? Pelik sebab tadi Yoongi dan Jimin hilang dekat tingkat ini?

Seolah-olah bercakap sendirian, Taehyung hanya mendiamkan diri tanpa banyak cakap. Padahal tadi dia yang paling banyak gila cakapnya.

Jungkook yang menyedari perubahan ketara kawan nya yang bernama Taehyung itu mula memandang ke arah nya. Matanya melihat wajah Taehyung yang eksperiasi nya penuh dengan perasaan yang gelisah dan gusar. Jungkook tersengih.

JUNGKOOK :
sudahlah, benda tu tak akan datang lagi. Aku pasti.

Taehyung memandang ke arah Jungkook kemudian mencebik. Dia kemudian nya bangun lalu mengemas begnya. Jungkook yang melihat itu mulai pelik.

JUNGKOOK :
Kau mahu ke mana?

TAEHYUNG :
Duh, pergi cari portal itulah. Kau nak cari ataupun tak?

Taehyung kini bercakap dalam nada sarkastik membuatkan Jungkook tersengih. Dia mengangguk perlahan lalu kemas segala fail-fail yang berselerak atas meja nya.

JUNGKOOK :
Eh.. tapi Hoseok dan yang lain macam mana pulak?

Taehyung membuka mulutnya tanda terkejut kemudian menekupnya kembali. Mereka berdua baru sedar yang Hoseok dan yang lain tak pulang lagi ke sini.

TAEHYUNG :
Jangan cakap diorang dah—

Jungkook dengan pantas menekup mulut Taehyung membuatkan lelaki itu tak sempat ingin menghabiskan kata-katanya.

JUNGKOOK :
jangan cakap sebarangan lah.

Taehyung memegang tangan Jungkook pada mulutnya kemudian dia melepaskan nya. Semakin panik lah jadinya. Taehyung mula tak senang duduk, jadi dia tawaf satu bilik dengan eksperiasi yang benar-benar tak senang.

TAEHYUNG :
Apa yang patut kita buat? Tak akan nak duduk sini je untuk tunggu diorang?

JUNGKOOK :
Dah tentu lah tak. Aku rasa kita boleh cari diorang lagi. Kalau tak jumpa, kita boleh terus pergi ke bawah tanah untuk ke portal kemudian cari Yoongi dan Jimin.

JIMIN and YOONGI's CAMERA

Wajah Jimin mula berubah kepada terkejut dan matanya membulat besar. Yoongi hanya memerhatikan reaksi wajah Jimin berubah; dia tahu itu reaksi yang bakal ditunjuk oleh Jimin.

JIMIN :
kau jangan main-main, Yoongi.

YOONGI :
kau fikir aku suka main-main ke? Dah cepatlah lari.

Baru sahaja mereka ingin membuka langkah, kelihatan dihadapan mereka berdirinya seorang lelaki yang berjubah hitam labuh, kepalanya di pakai topi segitiga yang hanya menunjukkan kedua matanya. Kedengaran mulut lelaki itu terkumat-kamit membaca sesuatu yang kedengaran nya ganjil.

Jimin sudah mula panik dan tubuhnya mula bertindak balas dengan mengigil, menakala Yoongi mula menajamkan matanya ke arah lelaki tersebut. Lelaki itu kelihatan jauh lebih tinggi dan tegap daripada mereka, itu membuatkan Yoongi tertanya-tanya sama ada ianya manusia ataupun raksasa?

??? :
kau semua buat apa di sini?!

dengan nada yang cukup kasar dan menengking, Lelaki itu bertanya. Itu membuatkan bahu Jimin terhinjut. Peluh mula mengalir daripada dahinya.

YOONGI :
tak perlulah marah-marah, kami di sini di atas satu ekspedisi.

Yoongi dengan beraninya menjawab soalan lelaki tersebut. Walaupun dia berasa takut, tetapi pada masa yang sama dia cuba beranikan dirinya kerana dia tak mahu menunjuk ketakutan nya sedangkan Jimin juga ketakutan pada waktu itu.

??? :
ekspedisi? Oh, kau lah yang dihantar dalam pihak berkumpulan itu?

soalnya lagi dan itu memperolehi anggukan daripada Yoongi dan Jimin. Yoongi terus meraih lengan Jimin lalu dipegangnya erat. Jimin yang menyedari tindakan Yoongi itu hanya mampu mendiamkan dirinya. Yalah, mana mungkin dia membuka mulut kerana bibirnya sahaja sudah menggeletar.

Kedengaran lelaki itu tersengih kemudian, dia membelakangi Yoongi dan Jimin. Mereka berdua mula menarik nafas lega kerana dilepaskan oleh lelaki misteri tersebut.

??? :
Tangkap mereka, mereka adalah prey kita untuk malam ini.

Kata-kata itu mengambil masa sesaat sahaja untuk menyedarkan Yoongi dan Jimin bahawa mereka sebenarnya tidak terlepas. Malah lebih teruk, mereka sudah terperangkap. Dengan secara tiba-tiba sahaja ada orang muncul daripada belakang mereka lalu merangkul mereka dengan kasar.

Jimin cuba menepis orang misteri disekelilingnya, begitu juga Yoongi. Dalam masa yang sama, salah seorang daripada lelaki misteri itu mencucuk sesuatu cecair pada leher Jimin membuatkan tindak balas Jimin semakin melemah. Yoongi yang melihat mula meningkat kadar darahnya— dia memberontak dengan kasar dan akhirnya terlepas daripada genggaman orang misteri tersebut.

Terus, dia berlari ke arah Jimin yang sudah longlai itu. Tubuh Jimin diheret oleh salah seorang daripada orang misteri. Dengan perasaan amarah yang membuak-buak, dia menarik bahu orang misteri tersebut dan melayangkan sebuah penumbuk ke arahnya. Tersungkur orang tersebut lalu topinya tertanggal.

Mata Yoongi terbeliak melihat orang tersebut. Kerutan pada wajahnya mula hilang.

YOONGI :
Se-Seokjin?

Seterusnya dia dicucuk pada lehernya membuatkan pandangan nya mula kabur. Di dalam kekaburan tersebut, dia melihat Seokjin hanya memandangnya dengan pandangan yang simpati namun kesinis-an pada bibirnya tetap terukir.

Dah banyak part yang panjang-panjang, yang ini kita buat pendek-pendek pulak okeyy?

Btw, jangan dikecam fy buat Seokjin jahat tapi yall pun tahu kan yang fy suka puter belitkan benda HAHAH

At last, fy nak remind korang tentang satu klu ni. Klu ni penting gila dalam ff ni.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
#fytakkejam
HAHHAA Itulah klunya ;)

hollow of the low. Where stories live. Discover now