Behind the scenes
[ tidak dirakam ]" sekejap, sesiapa teman aku nak cari kamera aku yang aku dah jatuhkan dekat sini sebelum kita masuk tadi. "
Kata-kata Jimin itu langsung tak diambil tahu oleh diorang yang lain. Masing-masing melakukan kerja diorang sendiri. Jimin mula terasa dengan layanan diorang yang tak sepatutnya itu. Apa salahnya salah seorang daripada mereka menawar kan diri secara sukarela untuk menemani dia mencari kameranya kembali? Sudahlah itu kamera kegemarannya.
Namun, dia terpaksa tahan rasa geram di hatinya itu.
Sebuah senyuman terukir pada wajahnya. Dia menggaru kepalanya sendiri lalu memusingkan badannya, mula mengaturkan langkah untuk mencari kameranya. Sendirian.
Daripada sudut lain, Taehyung memandang Jimin yang sedang perlahan-lahan mengatur kan langkahnya pergi daripada tempat mereka ingin berehat itu. Terbit rasa simpati pada Jimin. Dia memandang riaksi wajah yang lain tapi yang lain seakan nampak tak kisah. Hanya dia saja ke yang ambil berat tentang Jimin sekarang ni walaupun Jimin dengannya tak lah serapat mana?
Sebelum Jimin hilang daripada pandangannya, dia terus mengejar lelaki itu agar sempat dia menawarkan diri agar menemaninya. Yang lain hanya melihat langkahnya ke arah Jimin tanpa berkata apa-apa.
Sombong betul. Kutuk Taehyung dalam hati kecilnya.
" hey jimin, aku akan teman kau. " Taehyung memegang bahu lelaki itu membuatkan bahunya terhinjut sedikit. Jimin terus tersenyum sebaik sahaja mendengar apa yang Taehyung katakan itu. Senyuman nya kelihatan macam dia gembira sekali. Taehyung mula rasa menyesal sebab tak menawarkan diri nya dari mula lagi agar Jimin tak terasa hati dengan yang lain.
Semasa mereka dalam proses ingin mencari kamera tersebut, Jimin sempat mencuri lihat Taehyung yang juga turut membantu mencari kameranya itu.
" Taehyung-ah, " Kepala Taehyung terangkat membuatkan mata mereka bertaut. Buat seketika, Jimin mengamati wajah Taehyung yang ada dihadapan nya dan tak jauh daripada nya itu. Wajah tu, adalah wajah kepada pemilik pereka fesyen terkenal di youtuber dan sering keluar di rancangan televisyen. Macam tak percaya sahaja sekarang orang itu sedang menemaninya untuk mencari kamera yang terjatuh tadi. Dia terharu kerana Taehyung sudi menawarkan diri untuk menemaninya.
" iya Jimin? Ada masalah ke ? " soal Taehyung dan keningnya di angkat. Jimin terus menggeleng lalu tersengih. " aku cuma nak ucapkan terima kasih pada kau.. sebab sudi temani aku ni " jawap Jimin dengan nada yang kedengaran dirinya senang sekali. Taehyung tersenyum segaris. " no biggie " balasnya.
Mereka terus mencari kamere Jimin itu. Tak lama selepas itu, Taehyung ternampak sesuatu disebalik kayu-kayu yang ada di dalam lubang itu. Dia menolak kayu tersebut dan barulah dia nampak ada kamera disitu. Terus saja dia mengambil lalu membelek kamera itu.
" hidup lagi? Aku rasa ni lah kamera dia.. Wah aku kena bagi tahuㅡ " belum sempat Taehyung ingin menghabiskan bait katanya, kamera itu memainkan sebuah video. Terus lelaki itu terdiam dan melihat video itu dengan teliti.
Ianya.. sesuatu yang pelik.
Video itu memaparkan beberapa tempat yang dirakam. Tempat itu gelap sekali jadi ia menyukarkan Taehyung untuk melihat apa yang dirakam olehnya. Tetapi setelah hampir habis rakaman video itu, dia baru nampak sesuatu yang pelik.. malah mengerikan.
YOU ARE READING
hollow of the low.
FantastiqueYoung blood's spin off. HIGHEST RANK : #2 in Paranormal #1 in Horrror Di Korea terdapat satu tempat yang amat terkenal sekali di telinga rakyatnya. Tempat tersebut dikatakan tempat dimana orang yang berhasrat untuk membunuh diri atau pengemis yang...