explaination.

1.7K 241 95
                                    

Fy nampak majoriti daripada readers HOTL memang blur dengan apa yang terjadi selepas fy umumkan cerita ini kait mengait dengan young blood.

As you can see, ini spin off kepada Young Blood jadi pada mula cerita ini korang mesti figure yang cerita ini langsung tak ada kena mengena dengan Young Blood. Dia exactly lain.

Tapi sebenarnya ia ada.

Siapa yang blur gegila itu kalau anda masih tidak baca Young Blood lagi boleh baca okeh sebab korang tak akan faham kalau tak baca ff tu dulu.

HOTL ini mengisahkan para youtubers yang masuk dalam lubang itu lepas tu diorang tempuhi banyak cabaran kan? Bertemu dengan monsters yang macam zombie, hantu, ritual and such.

Kalau diikutikan semua ini tak logik di dunia yang sebenar.

Sebenarnya dunia itu merupakan dunia simulasi yang direka semata-mata oleh saintis; doktor Encik Byun, Puan Huang dan juga Puan Kim. Mereka bertiga ni dulu yang asaskan Owl Corperation. Untuk cari benda yang lebih korang kenal iaitu Young Blood.

Young blood ni dikatakan hanya ada pada sesetengah remaja yang mempunyai darah muda yang suci. Pada mulanya, mereka ingatkan mereka itu cure, tetapi sebenarnya trio ini (puan Kim, Encik Byun dan Puan Huang) lakukan nya untuk menyeru syaitan untuk kuasai dunia. Macam lakukan ritual lah.

Tapi Puan Kim, (ibu sebenar Taehyung) tarik diri terlebih dahulu sebab dia rasakan eksperiment itu merbahayakan diri anaknya dan remaja yang lain. Dia tak sanggup. So Encik Byun tahan dia, anggap seperti Puan Kim ini pembelot.

Jadi mereka buat semua orang percaya bahawa mereka ini saintis yang cari cure untuk ubati Howls. Padahal, Howls itu merupakan ciptaan mereka juga.

The reason diorang adakan simulasi ini, korang ingat lagi tak yang ada time Puan Huang cakap yang dia perlu jalankan sebuah eksperiment dahulu pada remaja-remaja untuk mencari Young Blood sebenar?

Ya, dengan jalankan eksperiment simulasi ini diorang nak cari young blood yang sebenar. Siapa yang survive sehingga ke akhir simulasi akan dianggap young blood.

Okeh, enough dengan young blood, kita terangkan apa sebenarnya terjadi dalam HOTL ini.

Seperti di chapter sebelum ini, ada chapter yang Yoongi dan Taehyung mulai faham apa sebenarnya terjadi kan? Yang simbolik itu semua? Maksud diorang, diorang akhirnya tahu yang dunia ini ( hidup diorang di dunia itu sebagai youtubers, ) tidak pernah wujud. Wujud di dalam pemikiran diorang je sebab diorang dalam simulasi. Biasanya dalam simulasi, mereka akan insertkan kisah yang membuatkan kita percaya dan hidup dalam kisah tu. Macam tulah diorang hadapi dalam kehidupan itu.

Yang tentang monsters, hantu dan zombi yang mereka tempuhi di dalam lubang itu semuanya seperti sebuah ujian untuk uji ketahanan diorang. ( sama ada diorang young blood atau tak ) ujian dia nampak bersambung-sambung dan ada simbolik sendiri bagi setiap situasi.

Macam ujian pertama, Jimin kehilangan kamera dia dan dia minta sesiapa untuk tolong dia mencari kamera tersebut tetapi tiada sesiapa mahu. Akhirnya, Taehyung mengutuskan untuk menolong. Jadi ujian pertama simboliknya adalah tolong menolong tetapi dalam ujian ini hanya Taehyung melepasinya menakala yang lain tidak. Akibatnya, mereka ditimpa musibah bila mereka berpecah. Terutama sekali Jungkook.

Nampakkan? Ujian itu rawak dan berkaitan. Kalau ada di antara mereka tak dapat harunginya, atau tidak berjaya, mereka akan terima akibatnya. Korang boleh baca balik kalau nak pastikan.

Ada banyak lagi simbolik yang dah dijelaskan di chapter sebelum ini. Korang boleh baca balik kalau mahu. Di chapter : 56

Tetapi dalam cerita ini ada juga karakter lain kan? Woozi, Wonwoo, Jackson, Dokyeom dan lelain? Mereka sebenarnya juga menjalani simulasi eksperiment yang dijalankan oleh trio itu. Tetapi mereka bukan Young Blood yang sebenar jadi mereka terbunuh di dalam dunia simulasi tersebut pada akhirnya.

So macam tu lah. Basically cerita ni first dulu baru lah cerita Young Blood. Sebab benda ni happen sebelum diorang menjadi pesakit di dalam dunia sebenar. Tetapi kejadian mereka ditangkap oleh Owl Corperation pada mula-mulanya: masa mereka di hutan tetiba ada orang attack. Itu sebelum cerita ini. Sebaik sahaja ke semua remaja yang terpilih ditangkap, mereka jalankan simulasi ini. Sebab tu fy letak spin off. Bukan nya book two.

Plus, fy ada insertkan yang Taehyung dapat ingatan dia semula lepas dapat keluar daripada lubang hollow tu kan? Ada di antara itu adalah memori dia di alam realiti, tetapi ada sebahagian daripada apa yang dia bayangkan atau ingat itu adalah kejadian masa depan dia. Cara Puan Kim mati di riba dia, dia tangkap Encik Byun a.k.a President, cara dia tahu howls itu sebenarnya rekaan Owl Corperation dan lain-lain. Itu semuanya adalah petanda masa depan dia.

Tapi Taehyung tak tahu dan dia anggap itu memori dia di alam nyata.

Pasal UCSC tu, kan pernah satu part yang Hoseok mahu Professor Gwak ke Owl Corperation kan? Fy ada statekan dekat beberapa Chapter bahawa di alam realiti sebenarnya Owl Corperation daripada masa depan : 2050. So UCSC ni sebenarnya Owl Corperation tetapi ianya syarikat sebelum namanya ditukar kepada Owl Corp. Jadi nama syarikat Owl merupakanUCSC sebeleum ia bertukar selepas dunia hancur kerana HOWL.

Mari ketahui kenapa dia tukar nama yuk?

HOWL sebenarnya projek eksperiment UCSC pada asasnya. Mereka mempunyai pekerja yang sama, Puan Kim, Puan Huang dan juga Encik Byun. Ya trio ni juga terlibat dalam eksperiment HOWL ni tetapi disebabkan eksperiment tu gagal, Syarikat ni decide untuk lepaskan tanggungjawab dia sebab takut disaman dan di penjarakan oleh polis kerana mencipta mahluk merbahaya. Jadi diorang buat syarikat baru, palsukan kematian diorang ( dengan mengatakan diorang mati kerana diserang oleh HOWL) kemudian tubuhkan OWL CORP yang bermotto ingin cari cure. Jadi syarikat tak tahu apa-apa, and decide OWL CORP ni sebenarnya di sisi yang baik.

Itu semua dilakukan agar syarikat mereka tidak disaman dan mereka dapat meneruskan misi mereka untuk tahluk dunia. ( seru satan )

So itulah ceritanya! Harap korang faham HAHHAHA sebab cerita ni kalau tak baca bebetul memang susah nak faham. Plot dia macam simpang siur sikit. Harap maaf kalau korang migrain baca cite ni uhuks.

And yeah, finally, Hollow of the low tamat.

Fy nak ucapkan terima kasih sangat pada sesiapa yang setia baca cerita ini even fy dah pernah unpublish. Maafkan fy kalau korang terpaksa baca balik semula sebab fy unpub. And terima kasih juga pada sesiapa yang sudi sudi sudi berikan fy semangat dalam terus menyambung cerita ini sehingga ke akhirnya! Terima kasih! I LOVE YOU! I PURPLE YOU! BORAHAEEE💜✨💞💓❤️

Last but not least, fy fikir nak buat HOTL the remake ver dekat sini. Ianya multimedia story but yeah, still fikirkan samada nam buat or tak, lets just see! 💓✨

'Till we meet again!💞✨

hollow of the low. Where stories live. Discover now