Bagi aku, ianya langsung tak logik.
Kini Jihoon dan aku berada dalam perjalanan untuk ke rumah Professor yang Jihoon beritahu aku bahawa dia tahu banyak tentang lubang itu kerana dia pernah bekerja di sana. Mungkin ia juga adalah kunci kepada persoalan kami.
" hey, kau pasti yang professor ini dapat menjawab soalan kita dengan tepat?"
Jihoon memandang ke arah aku kemudian dia mengangguk sebelum pandangan dia dilemparkan pada jalan raya semula.. " ya susah sentu. Aku kenali dia boleh tahan lama dan dia tak mengecewakan."
" hm, baiklah kalau macam tu."
Perjalanan tersebut tak mengambil masa yang lama dan kini kami sudah pun sampai di destinasi yang ditujukan. Sebuah rumah banglo teguh dihadapkan kami itu dipandang oleh aku tanpa berkelip. Besar nya rumah ini. Rumahnya kelihatan seperti rumah banglo yang Berstail lama pada tahun 90-an dan itu membuatkan aku kagum kerana masih ada lagi rumah yang sebegini rupa? terlalu elegan.
Jihoon mengetuai langkah menuju ke arah pintu rumah tersebut. Rumah itu tak mempunyai loceng atau apa, kami terpaksa membunyikan ia menggunakan palang besi yang berbentuk bulat pada permukaan pintu tersebut agar tangan kami tak tercedera untuk mengetuk pintu.
Beberapa minit kemudian, pintu dibuka dan kelihatan Professor Gwak berada di hadapan kami dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Dia nampak resah dan gelisah. Matanya asyik menangkap wajah aku dan aku perasan Jihoon perasan akan nya.
" apa yang kau mahu, Jihoon? " soal Professor tersebut dan Jihoon tersenyum simpul. " kami ada beberapa soalan nak tanya. Harap professor tak kesah-- ? "
"uhh , tak boleh sebenarnya aku ada kerja lain dan ianya perkara penting. Jadi, lain kali lah ya? " katanya lagi dan dia ingin menutup pintu rumahnya. Aku menggerakkan kepala aku ke tepi sambil memandang ke arah nya. Pelik benar lelaki ini.. betul kah dia ini adalah seorang professor?
" Professor? Yah!"
—
" sekarang apa? "
Kami berdua duduk di dalam kereta yang masih lagi parkir diperkarangan rumah Professor tersebut. Aku memegang dahiku, memikirkan apa yang patut buat. Oleh kerana ingatan aku tak berapa nak jelas dan aku juga tak banyak pengetahuan tentang lubang itu, ianya sukar.
" aku tak— eh sebentar.. itu Professor Gwak! " kata Jihoon dengan teruja apabila melihat Professor tersebut keluar daripada rumahnya dengan keadaan yang tergopoh-gapah. Dia memegang segugus kunci dan terus berjalan ke arah keretanya. Daripada pintu belakang, aku nampak ada sekujur tubuh mengekori nya dan masuk ke dalam perut kereta tersebut.
Tubuh tu.. seperti aku kenali.
" Professor Gwak ada sebarang ahli keluarga ke tinggal dengan dia? " aku memandang ke arah Jihoon dan lelaki itu pantas menggeleng. " tak, ahli keluarganya semua dah tiada " balas Jihoon dan itu membuatkan aku curiga. Jadi siapa yang berada di sebelah tempat duduknya itu?
" habis itu, kau kenal siapa yang duduk sebelahnya itu? "
" ah.. aku tak kenal.. kejap— bukan ke itu adalah kawan kau, Jung Hoseok? " Jihoon akhirnya menjawab persoalan yang berada dalam minda aku. Aku menajamkan lagi penglihatan aku dengan melihat ke dalam kereta tersebut dengan teliti. Ya benar, ianya Hoseok.
" ekori mereka Jihoon. "
—
" day by day,
night by night, "
YOU ARE READING
hollow of the low.
ParanormalYoung blood's spin off. HIGHEST RANK : #2 in Paranormal #1 in Horrror Di Korea terdapat satu tempat yang amat terkenal sekali di telinga rakyatnya. Tempat tersebut dikatakan tempat dimana orang yang berhasrat untuk membunuh diri atau pengemis yang...