HOTL | 046

1.2K 317 157
                                    

" aku harap Taehyung tak apa-apa. "

Jungkook duduk di atas katil bilik Jimin di hospital mental tersebut kemudian bersila diatasnya. Dia memandang yang lain, mereka semua senyap tak berkutik. Masing-masing tenggelam dengan lamunan yang jauhnya tak tahu sampai ke mana.

" dia tak boleh terima yang kita semua dah berubah. " Yoongi meneguk coffee yang ada ditangan nya itu. Dengan hanya seteguk, air coffee tersebut sudah habis. Kepahitan coffee tersebut langsung tak dipedulikan oleh Yoongi. Dia hanya menelannya sahaja.

" mhm " Jungkook anggukan sahaja. Dia memandang pula ke arah Jimin. Lelaki itu daripada tadi hanya duduk diam sahaja. Sejak Taehyung bangun, dia jarang bercakap atau senyum. Dirinya kelihatan betul-betul kosong.

" Jimin, apa masalah kau sebenarnya? " Tanpa sedar, Jungkook mengutarakan soalanya kuat-kuat dan menyebabkan Seokjin dan Yoongi mendengarnya. Jimin melirikkan matanya ke arah Jungkook kemudian tersenyum segaris.

" dunia. Dunia ini masalah aku. " jawabnya dan itu membuatkan mereka yang lain terdiam. Memang itulah jawapan yang dijangka akan keluar daripada mulut Jimin. Jelas sekali bahawa kawan nya itu mengalami kemurungan yang teramat sangat.

Tetapi dia perlu melakukan sesuatu. Untuk memgubahnya.

" kau tahu tak, benda tak akan selesai kalau kau tak cuba mengubahnya. Kau sering menyalahkan diri kau pada sesuatu perbuatan yang kau tak pernah buat dan ianya merupakan sesuatu yang sia-sia. " Jungkook membalas kata-kata Jimin dengan memberikan pandangan yang mendalam ke arah Jimin. " wake up, Life must goes on. " Kini Jungkook berkata dalam nada yang mendesak.

" aku bukan nak salah kan kau, tetapi kau boleh nampak macam mana personaliti kita yang amat berlainan sekarang ni menjarakkan hubungan persahabatan kita semua. Ianya tak bagus langsung to be honest. Aku rasakan ini merupakan sesuatu yang amat teruk kerana kita sepatutnya memahami antara satu sama lain selepas apa yang dah jadi. At last, we went  through the same thing, together. "

"We already lost Namjoon. It shouldn't be the same for Taehyung too. "

Dan itu membuka mata Jimin pada perkara yang sebenar.

Aku dan Jihoon kini sampai di sebuah cafe kerana Jihoon berjanji dengan aku yang dia akan tolong aku cari Hoseok jikalau aku jaga kesihatan aku dahulu. Jadi, Food comes first.

Sebenarnya aku tak ada selera sangat selepas aku bangun daripada koma tetapi demi lelaki muda dihadapan aku ni, aku tak sampai hati pula tengok dia sedih di hadapan aku.

" spaghetti carbonara for both of us. " Jihoon terus menolong aku untuk memesan makanan tanpa bertanya pada diri aku dahulu. Aku memandangnya pelik kerana itu sememangnya menu yang aku mahu pesan tadi. Dia tertawa apabila melihat wajah aku berubah.

" aku tahu apa kegemaran kau sebab kau ada mention di sebuah rancangan televisyen tak lama dahulu. " aku tersengih lalu menggaru belakang leher aku yang tak gatal itu. " oh iya? Itu menarik " balasku dan dia senyum.

" jadi, mari kita mulakan dengan perkara tentang lubang tersebut. " Jihoon memulakan topik perbualan. " kau mesti nak tahu kan apa sebenarnya terjadi sebaik sahaja kau bangun daripada koma? Maksud aku.. apa yang jadi selepas letupan itu? " soal lelaki ini lagi dan aku terus mengangguk kemudian menumpukan perhatian aku sepenuhnya terhadap dia.

" baiklah, sebenarnya polis mengesahkan ada letupan yang berlaku di dalam lubang itu dan malang sekali korang semua terkena dengan letupan tersebut membuatkan korang semua pengsan. Tetapi yang parahnya adalah kau, sebab kau terhantuk pada sebuah batu yang ada di situ. Oleh itu, kau koma " Jihoon memulakan.

" tetapi macam mana polis masuk dan tahu yang aku dan yang lain berada di situ? Aku rasa aku dah masuk dalam lubang itu terlalu dalam " soalku dan Jihoon mengangkat bahunya. " mereka memaklumkan sebaik sahaja mereka masuk dalam lubang itu, belok beberapa jalan dah jumpa korang terbaring di dalam sebuah bilik gelap yang di cat merah dindingnya. " beritahu Jihoon lagi. Aku mengerutkan dahiku. Itu pelik.

Kami berada dalam sebuah padang besar di mana upacara pemujaan itu akan bermula.. tetapi mereka jumpa di dalam sebuah bilik gelap berwarna merah? Tak logik.

" yang lain lekas di bawa ke hospital dan pihak polis cuba juga mencari youtuber Kim Namjoon tetapi malangnya dia langsung tak dijumpai. Malah, tubuhnya pun tak dapat dikesan. " Mataku membulat apabila mendengarkan ia. Tubuh Namjoon tak ditemui? Macam mana?

" jadi semasa kau koma.. aku, Dokyeom, Jackson, Woozi dan Wonwoo mengutuskan untuk menyiasat siapa sebenarnya yang menyiarkan rancangan hollow of the low ini. Dan.. keputusan nya amat aneh sekali. " Jihoon menggaru dagunya yang tak gatal lalu memandang ke arah aku.

" apa dia? " aku terus menyoal kerana tidak sabar untuk mengetahuinya. Jihoon menggaru kepalanya yang tak gatal itu. Dia nampak teragak-agak dan itu membuatkan aku lebih pelik dan rasa ingin tahu aku ini makin meninggi.

" sebelum itu boleh aku tanya kau satu soalan? " soal Jihoon membuatkan aku pelik. Tetapi aku terus mengangguk.

" macam mana kau tahu yang kau terlibat dalam rancangan hollow of the low ini? Maksud aku, siapa yang mengatakan kau terlibat? " aku mengangkat kening aku terhadap soalan nya. Aku sangkakan Jihoon bergurau tetapi apabila melihat wajahnya yang serius itu membuatkan aku terdiam.

" Ada majlis ulangtahun hari youtuber dan aku dijemput ke sana. Mereka juga mengatakan bahawa ini adalah aktiviti khas yang dilakukan untuk para youtuber supaya dapat mengeratkan hubungan masing-masing. " jawab aku dan wajah Jihoon berubah. " nampaknya jawapan kau sama sahaja seperti yang lain. " jawabnya perlahan tetapi jelas untuk aku mendengarnya.

" apa maksud kau, Jihoon? " soal aku pula dan dia memandang aku dengan pandangan yan mg sukar ingin ditafsirkan.

" majlis ulangtahun youtuber tahun ini sudah lama dibatalkan pada awal bulan Januari yang lalu. Jadi tahun ini tiada majlis ulangtahun bagi para youtuber. "

" appa, sookyoung tak boleh lama-lama di sini. "

Professor Gwak memandang ke arah anaknya itu. Walaupun roh anaknya kini berada di dalam tubuh orang asing tetapi dia tak kesah. Rasa rindu pada anak nya itu teramatlah menggunung sehinggakan dia tak mahu berenggang dengan anaknya.

" tapi.. sookyoung baru saja datang. " Professor Gwak memgusap rambut anaknya perlahan. Sookyoung hanya mendiamkan diri.

" appa mahu sookyoung tinggal di sini selamanya? "

Mata Professor Gwak bersinar apabila mendengar soalan yang diutarakan oleh anaknya itu. Dia mengangguk perlahan lalu anaknya tersenyum lebar. " sudah tentu. " balasnya dan Sookyoung bangun daripada sofa tersebut.

" jadi appa perlu lakukan sesuatu untuk Sookyoung. Dengan cara ini, Sookyoung dapat tinggal di sini selama-lamanya " dia berkata dengan bersungguh-sungguh. Professor Gwak kini berasa gembira tak terhingga. Dia mengangguk, " apa-apa sahaja untuk kamu, sayang " katanya dengan lembut.

Ya, dia terdesak ingin bersama dengan anaknya sehinggakan dia akan melakukan apa-apa sahaja untuk anaknya.

" jadi apa yang perlu appa lakukan? "

Sookyoung tersenyum lebar. Matanya memandang ke arah Professor Gwak lama.

" kita kena pergi ke bangunan Owl Corperation. "

Now keserakkan idea fy dah pulih 🙌🏻💜😂
By the way, thank you pada sesiapa yang still bersama dengan hotl ni dan setia tunggu update dia! Really appreciate it! Fy hope korang enjoy!!

hollow of the low. Where stories live. Discover now