HOTL | 028

1.8K 398 165
                                    

Outside of the hollow.
[ 11 : 08 : 55 ]

" aku rasa diorang dah macam pekasam terperap dalam loji tu. "

Woozi membuka mulut dan itu menarik perhatian kesemua manusia yang ada disitu. Buat masa ini, yang lain semua leka dengan lelaki bernama Taemin itu. Lelaki itu pula tak habis-habis menceritakan kejadian dongeng yang terjadi padanya baru sebentar tadi.

Menakala Woozi yang bosan itu cuba menonton show HOTL melalui telefon pintarnya dengan aman– diikuti Dokyeom.

" siapa? " soal Taemin dengan pandangan yang pelik. Dahinya berkerut dan keningnya bertaut. Ada seseorang kah yang memasuki ke dalam lubang loji itu selain dia?

" youtubers. Jimin, Jungkook, Yoong— "

" JIMIN? "

Dokyeom terkejut dengan sergahan Taemin itu namun dia tetap mengangguk tanda benar. Taemin nampak tidak tentu arah; seperti cacing yang kepanasan pula. Jihoon yang melihatnya semakin pening.

" kenapa dengan Jimin? " soal Wonwoo pula. Barangkali Taemin mungkin ada kaitan dengan lelaki bernama Jimin itu. Taemin terus memandang Wonwoo lalu merentap kolar lelaki tersebut. Mahu tercabut jantung Wonwoo apabila diperlakukan sebegitu rupa oleh lelaki yang baru dikenalinya itu.

" dia adik angkat aku. Siapa benarkan dia masuk ke dalam lubang itu? Siapa?! " Taemin nampak mahu mengamuk disitu. Wonwoo hanya menggelengkan kepalanya. Jackson meluru kearah Taemin dan Wonwoo lalu dia cuba menenangkan Taemin daripada mengamuk. " chill, dia sertai variti show khas untuk youtuber. Maxam challenge lah " jawab Jackson dengan petah. Phew, tahu pula mat salleh celup amoi ni.

" adik angkat kau? Whatt " Woozi mengangkat kedua tangan nya tanda tidak percaya. Taemin mengangguk lemah kemudian dia mengusutkan rambutnya.

" mampus lah dia " kata Taemin dengan wajah yang bebetul resah. Wonwoo memandang Jihoon dan mereka memandang satu sama lain bersama eksperiasi yang tak senang.

" kau seperti tahu sesuatu, apa dia? " Jihoon mula bangun lalu mendekati Taemin. Taemin yang tak senang duduk itu mendengus kasar. Nampak sangat ada sesuatu menganggu nya.

" lubang tu, lubang setan "

***

" aku rasa budak tu gila " woozi membisik ke arah Jihoon dan Wonwoo. Dokyeom juga ada namun dia ralit dengan video episod ke empat hollow of the low itu.

" kau ni, tak baik " Jihoon meningkah membuatkan Woozi menjuihkan bibirnya ke arah nya; sengaja mengejek. Wonwoo juga nampak pening dan keliru pada waktu yang sama. Dia sempat menjeling ke arah Jackson dan Taemin yang sedang berbual antara satu sama lain itu.

" entahlah benda ni complicated. Kita pula kena kejar masa sebelum waktu malam tiba " Wonwoo mengingati. Jihoon mengeluh kemudian memandang skrin macbook nya semula. Mencari sesuatu yang boleh dijadikan bukti ataupun klu.

"Aku akan cari maklumat lebih tentang UCSC. " kata Jihoon dan Wonwoo mengangguk tanda setuju. Jihoon mula menatap macbooknya dengan penuh fokus.

" kita kena cari lah krew yang menguruskan variti show ini. Aku akan belasah dia secukup-cukupnya. " Woozi mengempal penumbuk menakala Wonwoo berdecit. Dia juga sedang menahan amarah. Kini dengan masalah Taemin lagi. Apa pula lah dah jadi pada hari ini sampaikan banyak benda dah terjadi?

hollow of the low. Where stories live. Discover now