HOTL | 036

1.4K 340 115
                                    

" ugh.. "

Seokjin melihat sekelilingnya. Tidak kelihatan langsung kawan-kawan nya yang tadi bersama-sama tidur dengan dia. Dia mula rasa pelik. Apa mereka tinggal kan dirinya?

Bila difikirkan balik, tak akan lah mereka tinggalkan dirinya seorang diri kat sini? Pasti diorang akan kejutkan atau dirinya sendiri akan terkejut dengan bunyi yang mereka lakukan kerana Hoseok tercedera.

Tetapi tidak mustahil jika mereka meninggalkan nya.

Seokjin mula menyumpah saranah mereka di dalam hatinya. Sampainya hati tinggalkan dia yang tertua dalam grup itu untuk kepentingan diri. Dirinya mula ingin membebel dengan bertapa pentingkan dirinya mereka yang lain. Dan bertapa dia ingin menhentam mereka semua dengan mencabut bulu mereka dengan perlahan iaitu dengan cara kejam sekali.

Tiba-tiba dia terdengar ada bunyi seperti derapan kaki di luar pintu tersebut. Tuhan ku, hatinya mula berdegup pantas sampaikan ke nafasnya menjadi berat.

Dengan perasaan takut yang menyelubung, dia mula turun daripada meja yang diduduki olehnya itu lalu meluru ke arah pintu keluar. Dalam minda dia penuh dengan anggapan yang negatif entah kenapa kini dia tak boleh lagi berfikiran positif. Tiada ruang untuk nya.

Baru sahaja dia membuka pintu, dia melihat ada banyak orang yang berpakaian polis memgacukan senapang mereka ke arah nya. Terkejut beruk jadinya dia.

" kami angkatan polis, adakah kamu Kim Seokjin iaitu salah seorang peserta youtuber? "

" y-ya "

" aku tak rasa aku dapat bertahan.. "

Hoseok bernafas dengan berat. Dahinya lecun dengan titisan peluh daripada badan nya sendiri. Namjoon memandang ke arahnya dengan pandangan yang merisaukan. Dia cuba memandang terus pada mata lelaki itu. " tolong bertahan okay? Semuanya akan menjadi okay " balasnya dan Hoseok hanya mendiamkan diri. Dia kemudian mengangguk kecil.

" Hoseok, kita dah dekat. Jangan risau " Jungkook berkata lalu dia menepuk bahu Hoseok perlahan, tanda memberikan semangat padanya agar teruskan berjalan. Memang penat kerana Hoseok sudah cedera parah dan dia memang tak akan dapat tahan jika dia melakukan perkara yang membuatkan dirinya lemah.

" berapa jauh lagi ni? " Taehyung menyoal budak perempuan itu dan budak itu hanya mendiamkan diri. Berkerut dahi Taehyung apabila persoalan nya tak dijawab oleh budak kecil itu.

Dia kemudian melihat pada tangan nya. Tangan dia mula pulih seperti sediakala. Pelik. Macam mana lukanya boleh pulih? Kalau benarlah budak perempuan ni mahluk ciptaan unik dalam hospital ini.. jadi dia juga menpunyai kuasa luarbiasa? Sudah lah gelarkan dirinya sendiri penyelamat untuk perempuan itu. Huh, dasar budak pelik.

" kita akan sampai, bila masanya "

Bagaikan dapat membaca apa yang dikatakan oleh Taehyung, budak perempuan itu menjawab dengan wajah nya yang tidak mempunyai eksperiasi wajah. Bertambah lapisan kerutan pada dahi Taehyung apabila mendengarnya.

" boleh tak kau jawab soalan yang spesifik sikit. Seperti jam berapa? Berspa meter lagi? Barulah kami boleh pastikan. " Kini Namjoon pula menegurnya. Sekali lagi budak perempuan itu senyap. Agaknya sentap dengan kata-kata yang diutarakan oleh Namjoon itu.

" pintu itu, ia telah dikunci. "

Budak perempuan itu menunjukkan jari telunjuk nya ke arah sebuah pintu kayu yang berada di hall tersebut. Pintu kayu itu seperti ingin tertanggal jadi kalau berkunci pun tak ada gunanya sebab mereka ada Jungkook untuk menendangnya agar ia tanggal.

Taehyung baru terfikir tentang itu. " Jadi mereka ada di sebalik pintu itu? " soalnya dan Budak perempuan tersebut mengangguk perlahan. Dengan segera, Taehyung meluru ke arah pintu tersebut lalu dipulas tombolnya.

" ya, ianya berkunci. Jungkook, " panggil Taehyung dan Jungkook lantas meluru ke arahnya. Taehyung memberitahunya untuk membuka pintu tersebut dengan menggunakan kekuatan yang ada pada diri dia. Memandang kan Jungkook ada banyak otot walaupun di youtuber dia hanyalah pemain video game yang handal di dalam korea pada usia yang muda.

" jungkook, kau tahu apa yang kau patut lakukan betul? " Taehyung berkata dan Jungkook mengangguk perlahan. Dia mula mengatur langkah ke arah pintu tersebut.

" huh, pintu itu tak akan dapat dibuka dengan tendangan. Ia dikunci dengan menggunakan sesuatu yang luar biasa. Tak semua manusia boleh membukanya "

Budak perempuan itu berjalan melepasi Jungkook lalu dia membaca sesuatu seperti mentera pada pintu tersebut. Sebaik sahaja mentara yang dibacanya itu habis dibaca, secara automatik pintu itu hancur dengan sendirinya tanpa budak perempuan itu melakukan apa-apa.

Dia mula melangkah ke luar pintu tersebut. Yang lain mengekori nya daripada belakang.

Sebaik sahaja mereka melangkah ke luar, kelihatan mereka kini berdiri di atas rumput-rampai yang kehijauan. Taehyung mengerutkan dahinya dan dia memandang ke arah Jungkook.

" kita bukan dalam loji ke? Macam mana.. " Tak sempat Taehyung ingin menghabiskan kata-katanya, Jungkook terlebih dahulu memintas. " mungkin ini merupakan tempat yang tak wujud. " katanya perlahan. Taehyung memandangnya pelik.

" apa maks— "

" hey, itu Yoongi dan Jimin bukan? " Taehyung dan yang lain semuanya memandang ke arah di mana Namjoon tunjuk. Mereka lihat Yoongi dan Jimin sedang bergelut tetapi usaha mereka untuk melepaskan diri itu langsung tak berjaya.

" ya itu mereka. " Jungkook berkata. Namun matanya tajam memandang ke arah situasi yang dihadapi oleh  Jimin dan Yoongi yang dianggapnya pelik.

" mereka diikat " Namjoon menajamkan pandangan nya. " ianya seperti mereka akan lakukan acara ritual terhadap mereka! " Namjoon hampir menjerit semasa berkata sedemikian namun Taehyung mengarahkan nya untuk merendahkan suaranya.

" kita perlu selamatkan mereka " Taehyung mengeluh. " tetapi macam mana? "

" syaitan itu. "

Mereka berempat terkejut beruk apabila melihat budak perempuan tadi yang menolong mereka itu masih lagi ada di situ. Mereka fikirkan budak ini sudah pun pulang tetapi rupa-rupanya masih lagi ada di sini.

"Syaitan? " Jungkook mengangkat keningnya pada budak itu. " apa maksud kau syaitan? Mana ada— " Jungkook melirikkan matanya ke arah di mana jimin dan Yoongi berada. Kini matanya baru dapat menangkap susuk tubuh syaitan yang dikatakan oleh budak perempuan tersebut.

" oh ya, itu " Taehyung berkata dan matanya membulat apabila  melihat ianya syaitan yang real. Dia tak percaya dia dapat menyaksikan mahluk sebegitu hodoh secara live.

" nampaknya semua syaitan yang aku pernah lihat di dalam movie semuanya bohong belaka. Yang real punya lebih mengerikan. "

" korang, kita kena lakukan sesuatu. Nyawa mereka terancam " Jungkook menegaskan tujuan mereka ke situ. Taehyung, Namjoon dan Hoseok mengangguk.

" tapi macam mana? Itu syaitan yang kau maksudkan. "

Anda rasa mereka akan bertukar menjadi sekumpulan youtubers yang menjadi ghostbusters? 😂😂😂

hollow of the low. Where stories live. Discover now