HOTL | 042

1.3K 314 32
                                    

" Jimin.. "

Aku mendekatkan diri aku padanya lalu belakangnya aku usap perlahan. Air matanya mengalir dengan deras dan tubuhnya mengigil.

" aku tak mahu hidup dalam keadaan macam ni.. " tersedu-sedan dia jadinya. Dia mengesat air matanya dengan kasar dan cuba mengawal nafasnya, tetapi dia tak boleh. Segalanya teruk bagi dia.

" kita semua tak sepatutnya hidup dalam keadaan macam ni, Jimin. " aku memeluk dia. Dia kini menangis di bahu aku. " k-kau tak faham.. aku-aku bunuh Seokjin hyung " dia berkata lagi dengan nada suara yang bergetaran. Aku menarik nafas aku panjang-panjang. Cara dia cakap itu memang betul menyayat hati aku. Mataku juga mula berkaca.

" Jimin, aku juga lakukan perkara yang sama. " Jimin memandang aku dan matanya membuntang. Dia meleraikan pelukan kami lalu menghadap aku. Aku hanya mengeluh perlahan dan senyum sedih padanya. " apa? " soalnya .

" tapi Jimin, " aku memegang bahunya. " situasi kau dan aku lain. Apa yang kau bunuh, ianya tidak benar. Itulah sebenarnya halusinasi kau, Jimin. Dia bukan Seokjin yang sebenar. Kau bunuh benda yang sepatutnya dibunuh dan bukan nya Jin Hyung. Percayakan aku. " aku meyakinkan nya dan dia terdiam.

" nampaknya kau dah tahu.. tentang aku. " dia tersenyum palsu.

" Jimin, cuba kau beritahu aku apa yang membuatkan kau tak boleh lupakan tentang hal itu? " Aku menyoalnya dengan bersungguh-sungguh. Dia nampak kesungguhan aku itu dan matanya terbuntang sedikit apabile melihat kesungguhan aku itu sebelum dia tersenyum sedih lagi.

" yang aku pernah bunuh kawan aku dengan tangan aku sendiri. "

dia berkata perlahan dengan suaranya yang bergetar. Aku lihat dia mengigit bibirnya yang sudah bergetaran itu. " tak mustahil aku boleh buat benda yang sama pada kau.. dan yang lain juga, Taehyung. " dahinya berkerut dan matanya juga merah.

Aku tak dapat meneruskan kata-kata aku. Melihat Jimin sebegini rupa; terdesak, serabut dan menangis membuatkan aku terdiam. Lidah aku kelu. Aku memandang dia dengan pandangan yang simpati. Dia pula dah tertawa perlahan.

" kau simpati kan aku? " dia tertawa lagi kuat. " aku raksasa, Taehyung. "

Kata-katanya membuatkan hati aku pecah berderaian. Raksasa. Kini itulah yang dia gelarkan dirinya. Perasaan aku menjadi tak tentu arah apabila melihat dia kini menangis namun dirinya ketawa.

" kau tahu tentang cerita aku, mungkin kau pun tahu kan yang aku merupakan penghidap penyakit mental? "  Jimin ketawa lagi sambil meraup rambutnya kebelakang. " kenapa tak cakap apa-apa Taehyung? Takut dengan aku? "

" ini bukan diri kau, Jimin. Kau sendiri tahu tentangnya " aku menekankan kata-kata aku padanya. Dia hanya ketawa bagaikan ia merupakan sesuatu yang melucukan. Mungkin sepanjang lima bulan ini dia berkelakuan sebegini. Ianya bagaikan sebuah seksaan terhadap dirinya. Dan aku tak mahu melihat dia berterusan macam ni, ia membuatkan hati aku pecah kerana dia juga kawan aku. Aku patut lakukan sesuatu.

" kau buat diri kau percaya yang kau sebenarnya bunuh Seokjin tetapi apa yang kau bunuh itu hanyalah halusinasi kau yang direka oleh syaitan itu. Seokjin yang ada disisi kau itulah Seokjin yang sebenar, Jimin. " aku memegang cadar katil dengan erat. Mataku mencerlung tajam ke arahnya. " tolonglah, bangun. Kau tak bersalah, Jimin. Berhenti salahkan diri kau. " suaraku serak pada akhir kata aku. Dia lihat wajah aku penuh dengan kekecewaan. Tawanya tadi kini lenyap dan dia memandang aku dengan pandangan yang benar-benar sedih.

" kalau lah aku boleh, Taehyung.. " Jimin senyum sedih. Air matanya mengalir sekali lagi. Hati aku melompat apabila mendengar dia berkata sedemikian. Aku menunggu kata-kata yang seterusnya dengan penuh sabar. Dia akan berubah kan? Senyuman dia perlahan-lahan layu. Wajahnya kembali kosong, memandang aku.

hollow of the low. Where stories live. Discover now