HOTL | 052

1.1K 270 182
                                    

" Taehyung, kau tahu ke jalan yang kita lalui ini? "

Jimin menyoal sambil memandang sekeliling dengan pandangan yang benar-benar asing. Dia tak tahu sama ada jalan itu pernah atau tidak dia jalaninya. Malah, dirinya juga tak tahu sama ada Taehyung juga pernah melaluinya.

Taehyung berjalan di lorong itu seperti dia sudah biasa dengan tempat itu. Ia membuatkan Jimin, Jungkook, Yoongi dan Seokjin berasa sungguh pelik.. dan curiga.

Bukan mereka mencurigai Taehyung, tetapi mereka pelik.. macam mana lelaki ini seakan tahu benar dengan jalan di dalam lubang kematian ini. Taehyung sehinggakan meyakinkan mereka bahawa dia melalui jalan yang betul dan mereka tak akan pernah sesat.

" ya, aku yakin. Tak lama lagi kita sampai. "

Jungkook menepuk bahu Jimin perlahan dan lelaki itu mendiamkan dirinya.

Menakala, Wonwoo, Woozi, Jihoon dan Dokyeom tinggal di dalam bilik di mana Taehyung dijumpai. Mereka membuat perbincangan tentang apa sebenarnya yang terjadi di situ.

" mana Jackson? Dia patut tiba sekarang. " Wonwoo melihat ke arah jam tangan nya. Jihoon pula mengangkat bahu.

Wonwoo melirikkan matanya ke arah Woozi yang tengah menangkap gambar bulatan bintang berbucu lima itu menggunakan kamera berlens besarnya.

" Dokyeom, kau ada apa-apa idea? " soal Jihoon dan Dokyeom hanya mendiamkan diri sambil menatap macbooknya. " kali ini jauh lebih susah. Semuanya macam tak ada kaitan langsung dengan apa yang terjadi. " jelasnya dan Wonwoo menggelengkan kepalanya.

" macam mana semua ini berlaku.. pada diorang? "



" aku akan datang. Ke mereka. "

Hoseok menggelengkan kepalanya beberapa kali sambil ke dua tangan nya diletakkan pada telinganya. Menekup daripada sebarang bunyi suara yang membisik ke arahnya; menyuruh dia melakukan sesuatu yang teruk.

" hancurkan, bunuh mereka! "

" Hoseok, Kau okay? " Namjoon memegang bahu Hoseok setelah memutuskan ke semua tali pada pergelangan tangan dan juga kakinya. Terus, Hoseok menggulungkan diri dengan memeluk kedua belah kakinya. Wajahnya disembamkan pada lututnya.

" Namjoon-ah, buatkan ia henti. " mata Hoseok mengalir pada tubir matanya. " aku tak tahan.. " katanya lagi.

Namjoon nampak tak tentu arah. Dia simpati akan Hoseok. Seluruh anggota tubuhnya diconteng dengan dakwat hitam, menulis beberapa buah patah perkataan bahasa asing. Terus, dia koyakkan jubah yang dia pakai itu lalu mengesatkan dakwat-dakwat yang ada pada tubuh Hoseok itu.

" macam mana boleh berlaku? Mana yang lain? " soal Namjoon lagi dan Hoseok mengangkat kepalanya perlahan-lahan lalu memandang ke arah Namjoon.

" aku tak tahu... sedar-sedar sahaja aku di sini. "

" jadi kita perlu cari mereka. "

" tapi Namjoon, dia akan bunuh mereka. " Hoseok memegang lengan lelaki itu dan dengan pandangan yang penuh dalam ketakutan, dia berkata lagi, " kita semua akan dibunuh oleh dia. "

Namjoon lantas menggeleng kan kepalanya. " tak mungkin. Jangan bergurau lah, Hoseok. "

" aku tak bergurau. Mana mungkin aku bergurau pada waktu-waktu macam ini? " kata Hoseok lagi dan dia kemudian nya melirikkan matanya ke arah Namjoon. Keningnya bertaut. " tapi.. dalam letupan itu.. macam mana kau boleh terselamat? "  Hoseok menyoal secara tiba-tiba apabila dia mulai sedar tentang kehadiran Namjoon sekarang ini adalah misteri sekali.

hollow of the low. Where stories live. Discover now