HOTL | 029

1.9K 401 253
                                    

HOLLOW OF THE LOW EP 6
is now LIVE!

HOSEOK :
Lari, lari!

NAMJOON :
Tapi kita ada senjata, kita boleh lawan mahluk ini.

Seokjin yang baru sahaja ingin membuka langkah seribu itu terhenti apabila mendengar kata-kata Namjoon lalu dia menepuk dahinya yang tak bersalah itu.

SEOKJIN :
kau rasa orang dah mati boleh mati lagi ke?

NAMJOON :
What?—

HOSEOK :
*tarik tangan Namjoon* lari sahaja lah!

Mereka bertiga mula berlari. skrin memaparkan kamera yang dibawa oleh mereka bergetaran akibat larian pantas mereka. Semuanya menjadi kabur dan mesej-mesej pada skrin LIVE itu mula banjir dengan pelbagai komen daripada para penonton.

Hansol56 : ada hantu di dalam lubang hollow? Wah daebak.
IlySope : jangan kena tangkap!!
Cookingfever : ni mengarut kan? Mana ada hantu dalam hollow tu.
Jiyonghi : omo :(((
View 1,362,3834 more comments...

Malangnya para youtuber yang berada dalam ekspedisi itu langsung tak dapat melihat komens daripada para penonton. Mereka juga tak tahu menahu yang sekarang mereka telah dirakam.

SEOKJIN :
benda itu masih mengekori kita lagi ke?

Mereka bertiga mula memperlahan kan langkah lalu dipandang ke arah belakang. Hoseok dengan pantas, memberi mereka isyarat untuk menyorok agar kewujudan mereka tidak disedari oleh mahluk tersebut. Haraplah.

Hoseok berada dibahagian kiri, di sebalik tiang menakala Seokjin dan Namjoon terus memasuki ke dalam sebuah stor yang ada berdekatan dengan nya. Mujur pintu stor tersebut tidak berkunci.

Yang mempunyai peluang tipis sekarang adalah Hoseok. Kerana tiang yang menjadi tempat sorok nya itu teramatlah kecil untuk menlindungi badan nya. Kemungkinan besar benda itu dapat mengenal pasti di mana dia menyorok. Hoseok hanya mampu berserah diri.

Peluh mula mengalir daripada dahi Hoseok apabila dia mendapati seperti ada angin dingin melintasi dibahagian tepinya secara tiba-tiba. Dia mencuri pandang ke arah stor di mana Seokjin dan Namjoon sorok, mereka berdua sedang memandang ke arah Hoseok melalui hujung pintu dan melakukan isyarat tangan ke arah Hoseok sebagai tanda untuk menyuruh Hoseok kemari ke arah mereka.

Hoseok teragak-agak. Dia bimbang jika dia memulakan langkah, benda itu akan menyedari kewujudan dia dan terus meluru ke arahnya. Sudahlah dia jenis lemah semangat jadi mungkin ianya mudah pada benda itu untuk merasuki dirinya. Ah, bila fikirkan tentang itu membuatkan dirinya serta merta meremang. Seram hui.

Lorong itu mulai malap. Cahaya lampu seperti tak memberikan kerjasama dan seolah-olah ia berpihak pada benda tersebut agar senang ia menjejaki ketakutan Hoseok.

HOSEOK :
ha sudah.

desis Hoseok perlahan apabila dia menyedari lorong itu betul-betul malap. Memang nahaslah dia kerana apa-apa benda sahaja boleh terserempak dengan nya dan sekelip mata je badan dia akan hancur diratah mahluk yang menyeramkan.

Tetapi dia sedaya upaya untuk menidakkan apa yang dibayanginya. Mudah-mudahan lah dipermudahkan segalanya. Bukan harini ajalnya, dia yakin tenang itu.

hollow of the low. Where stories live. Discover now