HOTL | 050

1.1K 285 176
                                    

Hoseok menundukkan wajah.

Mungkin ini memang pengakhirannya.

Air matanya bertakung pada tubir mata. Perasaan kecewa bertakhta dalam diri dia. Dia berasa terlalu lemah dan tak layak langsung untuk berlawan. Tanpa yang lain, dia lemah. Selemah-lemah semut.

" Hoseok "

Hoseok membuka matanya. Mata dia terbuntang apabila mendengar suara tersebut. Benarkah apa yang baru sahaja dia dengari ini? Dia tak berhalusinasi kan?

" kau boleh lakukan. "

Suara itu sekali lagi kedengaran di telinganya. Dia memandang sekeliling, mencari si empunya suara tersebut tetapi tiada langsung kelibat si empunya suara itu. Hatinya berdegup pantas. Suara yang dia dengar tadi.. tak lain tak bukan,

Ianya kepunyaan Namjoon.


" apa sebenarnya yang kau mahukan? " Taehyung yang masih lagi terduduk di dalam lingkaran bulatan itu menyoal. Matanya kini sembap dengan air mata. " apa yang kau mahukan daripada kami? " soalnya dengan nada yang serak.

Dia merasakan segala ini seperti penamat buat segalanya kerana dia sendiri tak rasa yang dirinya ada harapan untuk merungkaikan misteri tentang lubang ini. Benda ini begitu serabut untuk difikirkan malah segala teori tak dapat disambungkan seperti apa yang Jihoon kata.

Tetapi sebelum semua ini tamat, dia ingin tahu apakah sebenarnya tujuan mereka? Apa yang mereka mahukan? Kenapa mereka libatkan dirinya dan kawan-kawan nya yang lain?

Kenapa mereka yang terpilih?

" darah kau. "

Professor Gwak berkata dengan nada suara yang benar-benar pelik. Ianya seperti benda itu merasuk professor tersebut untuk berkomunikasi dengan Taehyung. Tetapi kedengaran auaranya tak seperti manusia. Lantas, Taehyung memandang ke arah Professor Gwak dengan pandangan yang terkejut selepas apa yang dijawabnya tadi. Nampaknya benda itu benar-benar berkomunikasi dengan dia.

" darah? " soalnya dan benda itu diam buat beberapa jeda.

" pemujaan ini memerlukan darah muda yang suci dan kau merupakan salah seorang yang mempunyai nya. Oleh itu pemujaan ini akan lengkap dan berjaya dilakukan dengan ada nya pengorbanan darah muda untuk mewujudkan aku, dengan sepenuh kuasa yang perlu aku miliki. "

Taehyung terdiam seribu bahasa. Dia tak tahu ingin berkata apa lagi. Jadi selama ini, memang semuanya sudah dirancang? Memang dirinya dan kawan-kawan nya yang lain itu merupakan manusia yang mempunyai darah muda? Oleh itu mereka jadikan mereka seperti patung untuk tujuan mewujudkan syaitan ini?

" benar "

Taehyung memandang ke arah Professor Gwak yang sedang memandangnya dengan pandangan yang begitu mengerunkan. Benda itu boleh membaca kata-kata hatinya.

" apa yang akan kau lakukan jika aku tak akan melakukan perkara ini? "

Benda itu sekali lagi ketawa mengilai-ilai terhadap kata-kata Taehyung itu.

" kau perlu bunuh aku jika kau tak mahu lakukan perkara ini "

Taehyung memberikan pandangan yang maut pada benda itu membuatkan benda itu tertawa lagi. Tawanya kedengaran sinis sekali kerana benda itu tahu yang seorang manusia seperti dia tak akan dapat membunuhnya. Kerana ia bukan lah sesuatu yang boleh dibunuh secara fizikal.

hollow of the low. Where stories live. Discover now