HOTL | 039

1.4K 319 264
                                    

Tapi, macam mana dia mahu lakukan nya? Ianya mustahil.

Namjoon memandang ke arah kertas aluminium itu dengan pandangan cukup mendalam, cuba menyelesaikan masalahnya. Jika dia ke sana, kemungkinan besar untuk dia ditangkap. Jadi ianya mustahil.

Memandangkan golongan berjubah hitamnitu ramai, ianya hanya cubaan yang sia-sia sahaja kalau dia ke sana. Dia akan ditangkap juga.

Dia harus memikirkan cara lain. Masa pula sudah suntuk. Pasti Jungkook dan Taehyung sudah tertunggu-tunggu dengan isyarat dia.

Dia tak boleh biarkan mereka tertunggu-tunggu atau rancangan ini akan hancur.

Dia kemudian nya melihat bom pada tangan nya. Bom tersebut dipegang erat. Matanya terkebil-kebil memandang bom tersebut. Ini sahaja satu-satu nya jalan penyelesaian..

" satu nyawa lebih baik daripada enam nyawa. " bisiknya perlahan. Dia memejamkan matanya rapat. Ini bukan nya seperti apa yang dirancangkan oleh mereka tetapi.. ini adalah satu-satunya cara untuk mereka di selamatkan.

Dia kemudian nya berdiri daripada tempat penyembunyian nya lalu berdiri jauh sedikit daripada tapak upacara tersebut. Kemudian, dia mengeluarkan torchlight yang diberikan oleh Taehyung semasa mereka mengutuskan cara isyarat yang akan dia lakukan. Dia hanya perlu menyalakan torchlight tersebut dan gerakkan nya ke kiri dan ke kanan agar Taehyung dan Jungkook menyedarinya.

Dia kini berdiri di tengah padang yang gelap itu. Nafasnya ditarik panjang lalu dilepaskan. Torchlight berada di tangan kirinya menakala Bom berada di tangan kanan nya.

" maafkan aku Hoseok, aku tak dapat jaga diri aku dengan baik " Namjoon tersengih lantas, dia menghidupkan torchlight yang ada di tangan nya, melakukan isyarat yang disetujui.

Dia sedar, bukan sahaja dia melakukan isyarat untuk membiarkan Taehyung dan Jungkook menyedarinya, tetapi sekumpulan orang yang berjubah hitam itu juga menyedarinya.

Mereka semua mula meluru ke arah Namjoon. Berlari ke arahnya. Ada yang tengah memegang pisau dan juga kapak.

Buat sekali dalam seumur hidup, kau akhirnya berguna, Namjoon.

Taehyung berlari ke arah Namjoon bagai tak cukup tanah. Matanya berair, nafasnya tak terkawal. Degupan jantungnya juga berdegup laju. Dia langsung tak endahkan sekumpulan orang berjubah hitam itu yang bersenjata tajam. Apa yang dia lihat dihadapan nya hanyalah Namjoon.

Nyawa kawan nya, dalam bahaya.

Di dalam hatinya, dia sudah mencarut pada Namjoon dalam seribu bahasa. Mereka langsung tak setujui idea ini. Kenapa dia melakukan idea seperti ini? Kenapa tindakan dia terlalu bodoh? Adakah dia tak memikirkan tentang dirinya?

Bibirnya diketap. Dia hampir dekat dengan sekumpulan orang berjubah hitam tersebut. Dia sedar yang dirinya tak bersenjata. Tetapi hatinya tetap menyuruh dia untuk teruskan langkah ke sana. Untuk menyelamatkan Namjoon.

Namjoon tak sedar kehadiran nya, dia kini diserang dengan beberapa orang berjubah hitam tersebut. Tubuhnya tumbang. Hati Taehyung seakan terhenti degupan nya apabila melihat Namjoon kini didapati mereka.

" Hyung!! " Taehyung menjerit dengan lantang sehinggakan tekak nya sakit.

Kini dia telah menarik perhatian beberapa orang yang berjubah hitam. Mereka kini meluru ke arahnya, cuba untuk menangkap dia. Taehyung tahu yang dia sepatutnya pergi daripada situ memandangkan dia tiada apa-apa senjata. Tetapi Namjoon..

hollow of the low. Where stories live. Discover now