HOTL | 038

1.3K 308 73
                                    

" mari mulakan upacara ini. "

Arah salah seorang yang juga memakai jubah berwarna hitam tersebut. Dia memandang ke arah yang lain. Yang lain hanya mengangguk lalu mula menyambung bahagian mereka.

Jungkook dan Taehyung kini berada betul-betul di bahagian belakang tiang di mana Jimin dan Yoongi diikat. Mereka menunggu Namjoon memberikan signal untuk mereka mula membuka ikatan kedua kawan mereka itu sebaik sahaja Namjoon cuba mengalihkan perhatian ke semua orang-orang yang terlibat dalam aktiviti upacara tak berlesen ini.

Namjoon, pada tempatnya pula cuba mengeluarkan bom yang dia sempat ambil semasa mereka menjumpai senjata di sebuah bilik persinggahan mereka. Mujur, dia tak menggunakan bom itu lagi. Dia menyimpan nya hanya pada waktu genting sahaja fia akan guna.

Namjoon mengeratkan peganggan nya pada bom tersebut. Pada mulanya, dia akan mencapai batu-batuan kecil di bahagian longgokkan batu besar yang tak jauh daripada orang-orang yang berpakaian jubah hitam besar itu. Dia cuba untuk menarik perhatian orang yang berada di sekeliling tempat upacara itu dengan sengaja. Bila mereka semua sudah berkumpul, barulah bom akan dilepaskan ke arah mereka.

So, jadinya triple kill! Maniac!

Namjoon tersenyum senget apabila melihat beberapa biji ketul batu ada dekat dengan nya. Terus, dia mencapai dalam lima hingga ke sepuluh ketul. Dia kini mencangkung dibelakang batu-batu yang besar di padang tersebut, agar tak dilihat oleh orang-orang yang berjubah hitam tersebut.

" satu batu, " Namjoon melontarkan sebiji batu ke arah yang jauh daripada tempat mereka ingin memulakan upacara tersebut. Ia menghasilkan bunyi yang perlahan sahaja. Namjoon kemudian nya memandang semula ke arah orang-orang yang berjubah tersebut. Tiada reaksi. Mereka sibuk melakukan bahagian mereka.

Namjoon mengeluh. Nampaknya ini bukan lah sesenang yang dia fikirkan. " dua batu, " dia lontarkan sebiji lagi batu. Tetapi malangnya bunyinya sama, perlahan. Reaksi nya juga sama, tiada sesiapa yang mendengarnya.

" ini tak akan menjadi " Namjoon meraup wajahnya. Dia meletakkan batu-batu di atas tanah semula. Dia memerlukan sesuatu yang akan dapat memantulkan bunyi tersebut agar menjadi lebih kuat. Tetapi apa?

Tiba-tiba matanya ternampak sebuah kertas aluminium yang berada tak jauh daripada tempat upacara penyembahan itu berada. Ia berada di longgokkan sampah tak jauh darinya. Tetapi, benda itu terlalu dekat dengan orang-orang yang berjubah hitam itu.

Macam mana dia nak ambil?

" yaish, Namjoon membazir masa. " Jungkook mencuri-curi pandang keadaan disebalik tiang yang mereka sorok ini. Dia menunggu Namjoon memberikan isyarat yang mereka telah utuskan tetapi lelaki itu langsung tak memberikan apa-apa isyarat lagi.

Mereka kesuntukan masa. Upacara pula hendak bermula.

" habis tu, macam mana ni Jungkook? Macam mana kalau Namjoon sekarang dalam keadaan bahaya? " soal Taehyung daripada tiang sebelah dan Jungkook terdiam. Benar, macam mana kalau lelaki itu dalam bahaya? Apakah tindakan mereka?

Sememangnya rancangan ini tidak akan berjaya kalau tiadanya Namjoon. Macam mana mereka hendak bebaskan kawan mereka ini tanpa disedari oleh orang-orang yang berjubah hitam itu?

" kita kena fikir back up plan seandainya Namjoon tak berjaya melakukan bahagian dia " Jungkook berkata pada Taehyung pula. Taehyung menunduk kemudian dia mengangguk perlahan. Walaupun dia rasa berat hati untuk memikirkan 'seandainya Namjoon tak berjaya lakukan nya' tetapi dia sendiri tahu yang kemungkinan besar Namjoon dalam keadaan bahaya dan mereka pula kesuntukan masa.

" aku ra— oh kejap, Namjoon dah lakukan isyarat itu! " Taehyung hampir terjerit kegembiraan apabila melihat Namjoon membuat isyarat yang mereka telah bincangkan tadi. Kelihatan sekumpulan orang berjubah hitam itu mula menjauhkan diri daripada tapak upacara. Mereka menuju ke suatu tempat yang jauh.

" kejap, kenapa Namjoon berdiri? " Jungkook menyoal dan Taehyung mengerutkan dahinya. Dia pantas melihat ke arah Namjoon. Kelihatan dia sedang berdiri di tengah-tengah padang tersebut dengan bom di tangan nya. Namjoon masih melakukan isyarat yang mereka telah utuskan itu.

Mata Jungkook membuntang apabila dia mulai menyedarnya. " dia— dia.. " nafasnya turun naik. Bibirnya pula menggeletar.

" Jungkook, " Taehyung memanggil Jungkook yang mula panik. Dia memegang kedua bahu lelaki itu, matanya tajam memandang ke arahnya. Nafas Jungkook tersekat.

" walau apa pun kau buat, jangan bazirkan masa. Kau lepaskan Jimin dan Yoongi kemudian lari. Aku akan menyusul. Faham? " Taehyung berkata dengan nada yang tegas. Walaupun suaranya kedengaran bergetaran, tetapi wajahnya serius. Jungkook menganggukkan kepalanya membuatkan Taehyung terus melepaskan bahunya. " aku akan selamatkan Namjoon. " katanya lagi. Jungkook terdiam.

Jungkook mengeluarkan pisau daripada poketnya. Walaupun tangan nya yang menggeletar, dia tetap cuba untuk fokuskan dirinya terhadap satu perkara sahaja iaitu melepaskan Jimin dan Yoongi.

Dia kemudian nya muncul di hadapan Jimin dan Yoongi. Kedua lelaki itu terkejut apabila melihat Jungkook. Mereka nampak lemah. Bibir Yoongi dan Jimin sudah kebiruan. Tak tahu apa sebenarnya yang terjadi pada mereka, terus, Jungkook terus memotong ikatan tali pada tangan dan juga kaki mereka.

" Jungkook.. kenapa.. Namjoon di sana? " Yoongi terus memegang bahu Jungkook dengan erat. Dahinya penuh dengan peluh. Jungkook hanya mendiamkan dirinya kemudian mengetap bibirnya erat. Dia kemudian meluru ke arah Jimin lalu memotong ikatan nya. Yoongi yang kelihatan sudah tidak bertenaga itu masih lagi meluru ke arah Jungkook. Dia memusingkan badan Jungkook lalu memegang bahunya lagi. Matanya tajam memandang lelaki itu.

" beritahu aku.. kenapa Namjoon di sana?! "

Jungkook seakan ingin menangis. " kita tak ada masa, hyung " dia menolak tangan Yoongi daripada bahunya lalu terus memotong ikatan tali Jimin. Jimin seakan tak tahu ingin berkata apa. Selepas apa yang dia lakukan pada Seokjin tadi, dia tak mampu berkata apa-apa. Riak wajahnya kosong.

" kita kena pergi " Jungkook berkata lagi lalu menarik mereka berdua. Tetapi Yoongi memandang ke arah Namjoon. Sekumpulan orang berjubah hitam itu kini menghampirinya. Terus, Yoongi menghentikan Taehyung.

" Jeon Jungkook! " Dengan segala kudrat yang Yoongi ada, dia memanggil Jungkook. Wajahnya kini memaparkan bertapa terdesaknya dia dan juga kecewa. " aku tak akan pergi, kalau kita semua tak pergi bersama " dengan nada yang terketar-ketar, Yoongi berkata. Jungkook akhirnya tak dapat menahan air matanya daripada tumpah. Ia kini mengalir deras pada wajahnya.

" di–dia mahu korbankan diri dia.. untuk kita, Hyung. "

Sorry lambat update!! Sebagai balasan, nak double update tak?? Muehehe🤔😂

BTW

BTS NAK BUAT MOVIE PMSNSHHAGAHSHDVDGSJSJAKSHSGSHJSJSNSVSHSJSJSJJALALALSPSJSHHSBD
Sapa je tak exciteddd?

hollow of the low. Where stories live. Discover now