HOTL | 059

1.1K 198 84
                                    

Woozi dan Wonwoo terhenti langkahnya apabila mereka menyedari sesuatu yang pelik terjadi pada sekeliling mereka. Mata Woozi membutang besar apabila melihat seakan dinding-dinding di sekitar ini semuanya pecah dan hilang begitu sahaja. Wajah mereka tidak boleh ditafsirkan bertapa terkejutnya mereka.

" ap-apa yang dah jadi? " soal Woozi dengan katakutan. Tadi benda lain, sekarang lain pula jadinya. Wonwoo kelihatan keliru juga tetapi dia hanya melihat sahaja apa yang terjadi.

Di luar bangunan tersebut kelihatan seluruh kawasan itu menjadi putih, seakan tiada penghujungnya. Dunia yang mereka duduki sekarang ini seakan hilang ditelan sebuah pusaran besar daripada sekumpulan orang yang sedang berpelukkan tak jauh daripada mereka.

Di kumpulan tersebut, mereka sedang berpelukan dan ada sebuah cahaya terang datang daripada mereka, menyedut segala isi bumi ini ke dalam cahaya tersebut. Wonwoo keliru dengan apa yang terjadi sekarang ini.

" Won— Wonwoo! " Woozi mengangkat tangannya dengan pandangan fobia kelihatan di wajahnya. Wonwoo melihat ke arah tangannya dan menyedari bahawa tangan Woozi seakan berpecah kepada habuk-habuk kecil dan dibawa angin. Woozi akan hilang menjadi debu-debu.

Wonwoo mengerutkan dahinya. Apa yang sudah terjadi ini, mungkin ke segalanya sudah sampai ke pengakhirannya?

Nampaknya seperti itu.

Tangan dia juga perlahan-lahan bertukar menjadi habuk. Dia melihat ke arah kumpulan tersebut, peliknya mereka langsung tidak hilang menjadi habuk. Itu membuatkan Wonwoo tersedar akan sesuatu.

Mungkin dunia ini tidak nyata. Dia tidak nyata sama sekali.

Dan akhirnya, dia hilang menjadi debu-debu yang berterbangan termasuklah Woozi.

OWL CORPERATION 2050
The Reality.

" its doesn't end with what we expect it to be. "

Seorang wanita yang rambutnya disanggulkan ke atas secara kemas, berpakaian kot doktor dan mempunyai wajah yang sungguh halus mulus itu memandang ke arah beberapa doktor yang ada berhampiran dengan nya. Dia tersenyum simpul melihat skrin di hadapan nya.

" tetapi mereka mampu selesaikan nya. " tambah Puan Huang dengan penuh kagum apabila dia melihat ke arah skrin tersebut, di mana ia memancarkan apa yang terjadi di dalam alam yang mereka reka untuk simulasi remaja-remaja tersebut.

" nampaknya kita sudah ada cure untuk segalanya. " tambah wanita yang bernama Huang itu sekali lagi. Wajahnya lembut melihat skrin itu. Senang hati sekali apabila mengetahui simulasi yang mereka jalankan itu berakhir dengan jayanya. Walaupun ia tidak sempurna seperti apa yang mereka jangkakan.

" kita sudah jumpa Young blood yang kita cari selama ini. "

" bukan kah ini menjejaskan mentaliti mereka sebagai manusia? " Puan Kim pula bangkit daripada tempat duduknya dengan membawa fail-fail yang ada di tangan nya. Wajahnya berkerut seribu dan dia seolah-olah curiga dengan apa yang mereka lakukan itu. Dia takut jikalau ia menjejaskan diri atau mentaliti anaknya, Kim Taehyung.

Kelihatan ada tiga antara mereka, dua wanita dan seorang lelaki. Lelaki itu hanya duduk sahaja, memerhatikan dunia simulasi yang dicipta oleh mereka bertiga itu hancur apabila salah seorang daripada remaja itu menyebutkan pernyataan tamat bagi dunia tersebut.

" tidak, ia tak akan. " Byun Sowoon bangkit daripada duduknya lalu memandang ke arah Puan Kim. Wajahnya serius memandang wanita itu. Sejujurnya, wanita itu telah merosakkan suasana yang mereka kini sepatutnya bergembira apabila mengetahui simulasi mereka berjaya.

hollow of the low. Where stories live. Discover now