HOTL | 051

1.1K 276 85
                                    

" Namjoon? "

Hoseok memandang sekelilingnya dan dia mencari susuk tubuh kawan nya itu. Bersumpah, yang dia memang yakin suara bisikkan pada telinganya tadi merupakan milik suara Namjoon.

Suara itu jelas dan dia yakin bahawa dia tidak berhalusinasikan nya.

Air mata Hoseok mula mengisi tubir matanya. Dia memandang sekelilingnya dengan kelakuan yang benar-benar terdesak. " Namjoon?.. " suaranya serak.

Tetapi orang yang berada di sekelilingnya ini hanya sambung membaca mantera di tangan mereka. Mereka langsung tak endahkan kelakuan Hoseok itu. Mata Hoseok kini merah dengan air matanya.

Tiba-tiba kelihatan salah seorang daripada yang berpakaian jubah hitam itu mengeluarkan sesuatu daripada dalam jubahnya lalu diacukan pada ke semua orang yang berada di sekelilingnya. Das peluru tembakkan dilepaskan buat puluhan kalinya. Satu demi satu orang yang berpakaian jubah hitam itu tumbang dan mati. Lantai itu mula dibanjiri dengan darah pekat milik mereka.

Hoseok terpana. Dirinya hampir hilang akal apabila mendengar das tembakkan itu dilepaskan bertubi-tubi. Dia terkejut dengan apa yang baru sahaja jadi di hadapan matanya.

Lantas, matanya dilirikkan ke arah penembak tersebut. Juga memakai jubah hitam yang besar dan memakai hood pada kepalanya; membuatkan dia tak dapat melihat wajah orang tersebut.

" ke-kenapa.. kau? " Hoseok mengutarakan kata-kata nya dengan terketar-ketar. Orang itu memusingkan badan nya ke arah Hoseok semula lalu dia memgukirkan senyuman.

Hoodnya dibuka dan Hoseok sekali lagi terpana.

" NAMJOON?! "


" Aku rasa aku tahu apa yang terjadi sebenarnya. "

Taehyung bangun daripada posisinya itu. Yang lain memandang dia dengan pandangan terkejut. Bukan kah dia ini baru sahaja selepas pengsan dan dia sepatutnya masih dalam keadaan yang lemah? Macam mana dia boleh kelihatan seperti orang yang sihat benar?

" Taehyung, kau baru sahaja pengsan– " Jimin mengesat air matanya lalu meluru ke arah Taehyung. Bahu kawan nya itu dipegang erat.

Taehyung tersenyum kemudian dia melepaskan kedua tangan Jimin itu daripada bahunya. " Ada orang lebih memerlukan pertolongan kita lebih daripada aku perlukan sekarang ini. " Mata Taehyung dilirkkan ke arah Jungkook, Yoongi dan Seokjin.

" aku sudah nampak dan ingat segalanya."

" what? " Seokjin meluru ke arah Taehyung dengan pandangan yang benar-benar risau. Dia pelik dengan kelakuan Taehyung yang bertambah pelik. Sudahlah pemuda ini mempunyai masalah di bahagian kepalanya, dia bimbang jika kepala Taehyung makin bermasalah lagi.

" hyung, aku sudah tahu apa yang sebenarnya terjadi. " Taehyung memandang ke arah Seokjin lalu senyuman nya mati. Dia menarik nafasnya dalam-dalam kemudian perlahan-lahan dia melepaskan nya. Bagaikan satu beban yang besar berada dalam hatinya dengan penjelasan yang dia baru sahaja ketahui itu tadi.

" jadi, apa sebenarnya yang terjadi? " Yoongi meluru ke arahnya. Pandangan Yoongi ke arahnya kelihatan tajam sekali. " apa yang kau tahu?.. Taehyung, kalau kau mahu bergurau, bukan sekarang— " Yoongi tertawa perlahan.

" aku tak bergurau. " Taehyung menggelengkan kepalanya perlahan lalu dia memandang wajah Yoongi dengan pandangan yang tajam. " kau tak percayakan aku ke? " soalnya lagi dan Yoongi mendiamkan dirinya sambil menggaru belakang leher dia.

" Yoongi, berikan dia peluang untuk jelaskan. " Seokjin berkata pada Yoongi lalu dia memandang Taehyung semula. " jadi, Taehyung.. apa sebenarnya yang kau dah tahu? Apa kenyataan nya? "

" dunia ini, sebenarnya langsung tak wujud. "

Jungkook, Seokjin, Jimin dan Yoongi terdiam dengan kata-kata yang dikatakan oleh Taehyung itu.

" dia sudah hilang akal. " Yoongi berkata secara tiba-tiba kemudian meraup wajahnya. " macam mana kita nak cari Hoseok dengan keadaan macam ini? " Yoongi menyoal lagi dan Taehyung terdiam.

Dia.. hilang akal? Tetapi itulah kenyataan nya. Dunia ini langsung tak wujud. Taehyung tak tahu di dunia mana yang membuatkan mereka terperangkap tetapi yang pasti ini hanyalah sementara.

Seperti budak perempuan itu berkata, 'kesakitan di sini tidak nyata. ' memang itulah ayat kunci nya selama ini. Kesakitan di dunia ini langsung tak nyata. Kesakitan yang Hoseok alami juga tidak nyata. Kesakitan yang dirinya sendiri alami ini juga tidak nyata.

Cuma diri mereka sendiri yang menganggap ianya nyata.

" aku tahu Hoseok di mana. "

Jihoon, Dokyeom, Woozi dan Wonwoo memandang satu sama lain. Mereka kemudian nya melihat ke arah Taehyung dengan pandangan yang amat curiga. Taehyung juga perasan ke empat-empat lelaki itu memandang nya pelik. Tetapi sebaik sahaja dia membalas pandangan dengan mereka, mereka mengalihkan pandangan ke arah lain.

Itu pelik.

" Taehyung, kau pasti ke yang kau tahu? " soal Jungkook. Dia nampak macam tak yakin sahaja dengan Taehyung sekarang ini selepas apa yang Yoongi kata tadi. Ada kemungkinan besar yang kawan nya ini ada masalah pada bahagian kepalanya menjadikan pemikiran nya serabut. Tetapi dia rasa serba salah pula pada Taehyung.

" Kalau kau orang tak percayakan aku, biar sahaja aku pergi ke sana sendirian. " Taehyung memasukkan tangan kanan nya ke dalam poket lalu melangkah pergi. Dia lihat pandangan Jimin kecewa apabila mendengar kata-katanya itu begitu juga dengan Seokjin. Menakala Yoongi dan Jungkook nampak serba salah pula.

Tetapi sekarang dia tiada masa.

Pasti ada sebab kenapa apabila dia bangun sahaja daripada koma, dia memperolehi ke semua ingatan dan mimpi ini– atau lebih tepat lagi memori ini. Pasti ada sebab disebaliknya. Dan dia juga tahu, kalau bukan dirinya yang akan hentikan segala kucar-kacir dunia khayalan ini, tiada sesiapa akan.

" sebentar, Taehyung. " Jimin menarik lengan baju pemuda itu menyebabkan langkah Taehyun terhenti. Dia menoleh ke arah Jimin dan melihat Jimin sudah pun tersenyum padanya.

" aku akan ikut kau. "

" aku juga. " Seokjin terus berkata dengan semangat sambil mengangkat tangan nya. Jungkook mengetap bibir dan dia juga mengangguk kan kepalanya. " baiklah aku juga akan pergi. " katanya dan pandangan Taehyung dilirkkan ke arah Yoongi.

" ya, ya. Aku juga akan pergi. Tapi pastikan apa yang kau katakan ini benar. "

Taehyung tersenyum. After all, mereka masih kawan seperjuangan nya.

Dan itu membuatkan Taehyung terfikir juga.

Macam mana kalau mereka semua ini sebenarnya tidak wujud langsung di dunia yang nyata nanti?

Senyuman nya terus mati.


—

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
hollow of the low. Where stories live. Discover now