HOTL | 021

2K 471 271
                                    



BEHIND THE SCENES EDITION
[CH+] EP. 04 Is Now LIVE.

" sumpah aku rasa bersalah. "

Seokjin mengusutkan kepalanya dengan rimas lalu memandang yang lain. Mereka yang lain juga nampak gusar jugak. Sejak mereka kehilangan dua lelaki yang sepatutnya berkumpulan dengan mereka tu, mereka langsung tak boleh duduk senang.

" its okay. Maybe diorang dekat-dekat sini je. Jangan lah risau, ye hyung? " Jungkook menepuk bahu Seokjin perlahan dan lelaki itu hanya mampu mendiamkan diri. Buat masa sekarang ni, dia tak tahu nak buat macam mana. Kalau mereka kehilangan dua kawan mereka, apa lagi yang akan terjadi nanti?

" kita perlu cari diorang ke? Sekarang ni kita dah tak ada masa. " kata Hoseok pula, dia nampak rasa sebersalah ingin cakap tentang itu. Apa yang dia dapat setelah cakap macam tu adalah jelingan daripada yang lain.

" tak, kita datang sini bertujuh jadi kita akan keluar daripada sini bertujuh juga. Aku tak akan menganggap nyawa orang lain perkara yang remeh temeh. " balas Namjoon dengan tegas kemudian dia menarik nafasnya panjang-panjang. Cuba memikirkan apa yang patut dia lakukan, begitu juga yang lain.

Tempat ini memang sama seperti mimpi ngeri mereka. Tiada sesiapa pun di antara mereka mahukan semua ini. Mereka mati-mati ingatkan yang tempat ini hanyalah tempat yang saja-saja sahaja untuk mereka lakukan video reaction. Tapi perkara menjadi lebih pelik dan pelik apabila mereka meluangkan masa lama disitu.

" sekarang ni macam mana kita nak cari mereka? Mereka hilang– macam ghaib macam tu je " Taehyung memegang kepala dengan kedua tangan nya. Mencengkam. Peluh-peluh yang menitis daripada kepalanya itu seakan seperti air mata nya yang mengalir. Deras sekali.

Semua buntu.

" AGH ! "

tiba-tiba mereka dikejutkan dengan jeritan yang nyaring. Yang lain memandang sekeliling mereka dengan pantas, ingin mencari si empunya suara tersebut. Suara itu datang di sekitar mereka tetapi mereka tak dapat melihat atau mencari si empunya suara tersebut.

Bila mereka teliti suara tersebut, ternyata ia kedengaran seperti suara Jimin dan Yoongi.

Makin lama, pekikan jeritan tersebut semakin nyaring dan nyaring. Gegendang telinga mereka seakan ingin meletup akibat gelombang bunyi yang kuat. Mereka kemudian nya menekup sepasang telinga mereka dengan tangan sendiri sampaikan Jungkook terduduk kerana tak tahan dengan gelombang pekikan tersebut.

Jeritan itu tanpa henti. Telinga Hoseok dan Taehyung mula berdarah dan mereka semua mula memejam mata mereka dengan erat.

Seokjin kemudian nya merasakan ada orang berlari melintasi nya, melalui badan nya. Seperti roh ataupun apa, dia tak pasti. Itu membuatkan matanya yang terpejam erat tadi terus terbelalak terbuka. Dia memandang sekeliling, mencari apa benda yang 'melaluinya' sebentar tadi tetapi ternyata benda tersebut tak terkelihatan.

Dengan urat dibebola matanya makin memerah, Seokjin melepaskan tangannya daripada menekup telinga kemudian dia mengambil nafas sepanjang yang boleh.

" YOONGI! JIMIN! "

.     .     .

Jimin, Yoongi.

Kedua-dua lelaki itu terkaku sebaik sahaja mereka lihat budak perempuan yang tadi nya menyanyi itu kini terdiam. Budak itu masih lagi membelakangkan dirinya daripada kedua Jimin dan Yoongi.

hollow of the low. Where stories live. Discover now