HOTL | 034

1.4K 356 158
                                    

" patut ke kita lari sekarang ni ? "

Namjoon menyoal mereka semua. Dia berada dalam keadaan yang teragak-agak apabila melihat yang lain hanya kaku pada posisi mereka. Malah, perempuan yang berada di hadapan mereka itu juga tak memberikan sebarang reaksi.

" sejujurnya, aku pun tak tahu "

Hoseok mengerutkan dahinya terhadap ayat yang dituturkan oleh Jungkook itu. Apa maksud dia yang dia juga tak tahu? Sepatutnya pada masa genting seperti inilah mereka sepatutnya membuat pilihan. Sudah lah dia dengan kaki tempang nya. Macam mana nak lari? Karang dia jugak yang ditinggal kerana mereka ni pun.. hm muka bukan nya boleh percaya. Okay gurau.

" kita tunggu apa yang dia akan lakukan. Aku tak rasa dia tahu keberadaan ki— "

Tiba-tiba perempuan itu meluru ke arah mereka dan kakinya bergerak sepantas lipan. Dalam sekelip mata tanpa belum sempat mereka semua bertindak, perempuan itu sudah berada di hadapan Taehyung dan malangnya lelaki itu tangan nya telah di gigit oleh mulut rabak perempuan tersebut. Hampir separuh daripada tangan nya berjaya masuk ke dalam mulut perempuan itu.

Taehyung menjerit histeria. Dia memegang baju Jungkook menggunakan tangan sebelahnya sambil mengoncang ia dengan begitu pantas. Jungkook juga seakan pening akibat goncangan lelaki itu terhadap bajunya membuatkan dirinya tidak dapat menfokuskan pandangan nya.

Namjoon membulatkan matanya. Dia ingin menolong tetapi dirinya terkaku dan tambahan pula, dirinya sedang menampung keberatan badan Hoseok. Ia akan membahayakan Hoseok kalau dia membuka langkah. Jadi, apa yang dia mampu lakukan hanyalah melihat.

" Yah! Jungkook-ah, do something, do something lah pabo-ah! " Hoseok berkata dengan slang pelat english nya itu dengan separuh menjerit apabila melihat Jungkook yang sudah pening-pening lalat tu.

Taehyung dah menangis dengan teresak-esak sambil menjerit terlolong. Peliknya perempuan itu tak menunjukkan sebarang kekasaran pun tetapi disebabkan Taehyung meronta-ronta, ia memburukkan lagi keadaan tangan nya.

Jungkook kemudian nya mengeluarkan sepucuk pistol daripada belakang seluarnya yang dia sempat selitkan untuk waktu kecemasan. Dia halakan pistol tersebut ke arah budak perempuan tersebut tetapi disebabkan dia pening, dia tak dapat memfokusnya dengan baik.

Melihat Jungkook yang teragak-agak nak lepaskan tembakan itu, Taehyung terus merampas pistol tersebut melalui sebelah tangan nya lalu di halakan pada dahi perempuan itu. " lepaskan aku! "

Baru sahaja tangan nya ingin menarik picu pistol tersebut, perempuan itu terus melepaskan tangan nya. Ia berundur sedikit kebelakang dan senyap. Pada saat itu, mereka semua dapat melihat wajah perempuan  yang giginya tercalit darah-darah daripada gigitan tangan Taehyung itu. Mereka mengetap bibir.

Wajah perempuan itu perlahan-lahan berubah.

Itu membuatkan Taehyung terpana. Mata mereka semua tertumpu pada arah perempuan itu dengan penuh tanda tanya. Kenapa wajahnya berubah secara tiba-tiba?

Akhirnya wajah perempuan itu membentuk lubang untuk kelopak mata, hidung dan mulutnya. Dia sebenarnya merupakan seorang kanak-kanak.

" ianya menjadi "

Perempuan itu terus menekup wajahnya dengan senyuman yang lebar. Dia kelihatan begitu gembira sehinggakan memegang wajahnya dengan gaya yang amat pelik dan menyeramkan. Ada masa, ia mengusapnya. Kemudian mata nya terus memandang ke arah kami semula.

hollow of the low. Where stories live. Discover now