HOTL | 057

827 201 36
                                    

" apa yang kau cakapkan ini.. Taehyung? " Jungkook mengangkat keningnya pada Taehyung setelah lama mereka memandang lelaki itu, mahukan penjelasan yang selanjutnya.

" ya.. siapa mereka? " soal Jimin pula. Taehyung menggaru kepalanya yang tak gatal itu dengan sengihan. Mereka tak mungkin faham jika dia menjelaskan segalanya pada mereka. Tambahan pula, tak mustahil mereka akan menganggap dirinya gila. Seperti mana Yoongi hampir mengelaskan dia kepada salah seorang daripada penyakit mental.

Dia tak mahu itu berlaku.

" ha'ah, kalau ikutkan.. kau banyak tahu tentang perkara yang kitorang tak tahu. Daripada mana sebenarnya kau tahu? " Soalan demi soalan ditujukan ke arah Taehyung dan lelaki itu berasa sukar untuk menjawabnya satu persatu. Semua ini merumitkan.

" Taehyung, kau kena beritahu kitorang. We are on this together. " kini giliran Seokjin pula berkata. Dia memegang bahu Taehyung dan memberikan pandangan yang lembut pada kawan nya itu; berharap agar dia akan memberitahu mereka semuanya.

" tetapi aku tak rasa korang akan mempercayainya. Ia rumit.. dan merepek. " Kata Taehyung dan dia memandang satu persatu wajah kawannya untuk melihat apa reaksi sebenar mereka. Namjoon tersengum kelat apabila mendengar kata-kata Taehyung itu.

" Taehyung-ah, apa yang lebih merepek selain daripada orang yang mati kemudian hidup semula? " Namjoon merangkul leher Taehyung sebagai tanda bergurau kemudian dia memandang tepat pada retina mata lelaki itu. " no matter how complicated that thing is.. it's okay. As long as we trust each other right? "

" okay.. " Taehyung tersenyum kecil. Dia menarik nafasnya panjang kemudian lepaskan ia perlahan. Ceritanya bermula, dia menceritakan segalanya bermula daripada A sehinggalah Z. Bagaimana dia mendapat semua memori dan juga mimpi pelik itu sehingga tentang kewujudan Owl Corperation di bangunan UCSC tersebut.

Mereka semua ternganga mendengar cerita itu. Ada juga yang mengajukan soalan-soalan pada Taehyung mengenai mimpi itu dan Taehyung menjawabnya dengan penuh teliti. Jadi mereka akhirnya faham.

" jadi, mereka yang kau maksudkan itu adalah.. yang mengaturkan semua eksperiment ini? Dunia simulasi ini? " Taehyung mengangguk perlahan. " at least, itulah yang aku pasti. " katanya dan Yoongi menganggukan kepalanya perlahan.

" actually, thats make sense. " Yoongi memganggukkan kepalanya. Dia memandang Taehyung kemudian berkata lagi. " aku rasa.. mungkin memori yang kau dapat itu adalah kejadian masa depan kau di dunia yang nyata nanti. " Yoongi mengagak.

" and untuk permainan atau kata pendeknya; 'halangan-halangan' yang kita telah tempuhi semasa dalam ekspedisi lubang maut ini.. ianya memang mustahil untuk kita kaitkan halangan itu kesemuanya untuk mendapatkan satu jawapan yang masuk akal 'tentang tujuan utama' untuk penyelesaian eksperimen ini.. tetapi, "  Yoongi mengambil nafasnya lalu berkata lagi.

" tetapi, kalau kita selesaikan satu persatu halangan itu dan berfikir secara simbolik.. kita akan jumpa jawapannya. " yoongi tersenyum senget. Dia suka dimana hal ini membawa mereka banyak berfikir untuk menyelesaikan segala masalah dan misteri daripada halangan yang telah mereka hadapi itu. Good thing is, mereka masih bersama. Berjaya melepasi segala jenis halangan sampai ke tahap ini.

" jadi halangan pertama kita merupakan perjumpaan kita dengan mahluk-mahluk aneh itu? " Soal Jungkook tetapi Yoongi pantas menggelengkan kepalanya. Lantas dia berkata, " Aku sedar yang kita telah ada halangan awal lagi daripada kejadian itu. " katanya dengan penuh yakin.

" korang ingat tak sewaktu di mana kita bergaduh tentang apa yang berlaku dalam lubang ini adalah karut? Kemudian Taehyung dengan Jimin membawa haluan sendiri dan kita berempat semua ditinggalkan bersama? " Yoongi mengingatkan mereka tentang konflik pertama mereka hasilkan sewaktu ekspedisi tersebut. Semua mengangguk tanda masih ingat lagi.

hollow of the low. Where stories live. Discover now