" yeah, syaitan lah "
" maksud kau nak lawan macam mana? Tembak? Tikam? Ataupun baca rangkap daripada bible? " Namjoon secara spesifiknya menyoal. Taehyung dan Jungkook tergelak. " kepala otak lah "
" kita kena cari jalan untuk bawa mereka pergi daripada sini. Bukan lawan syaitan itu. " Taehyung mengutarakan plan mereka. Jungkook mengangkat bahunya.
" maksud aku, aku boleh sahaja lawan syaitan tersebut. Aku selalu lakukan nya di dalam simulasi VCR di rumah " Jungkook berkata lagi memandangkan dia ini merupakan hantu game. Semua game pernah dimain olehnya. Tak pernah satu pun ditinggalkan. Including Mobile Legend. Tetapi sekarang zaman Fortnite, jadi dia dump ML. Yelah main, main juga memandang kan dia seorang youtuber, dia perlu selalu atas dalam trend-trend terkini.
" no wonder kau youtuber gamer " Taehyung menggulingkan matanya.
" macam mana kalau kita lepaskan mereka daripada belakang tiang itu memandangkan lalang di padang ini tinggi-tinggi ? Kita boleh jadikan ia sebagai tempat sorok kita " kata Hoseok, memberi cadangan. Namjoon senyum ke arahnya. " tu idea yang bagus, Hoseok-ah " pujinya membuatkan Hoseok tersenyum segaris.
" ah! " Hoseok terus memegang bahagian perutnya. Dia berasa sakit, sakitnya teramat. Kaki nya kian lemah, menandakan tenaga nya sudah bersisa. Dia jatuh daripada peganggan Namjoon.
" Hoseok! " semua menjerit memanggilnya lalu menghampiri ke arah lelaki yang kelihatan dalam kesakitan itu. Hoseok termengah-mengah.
" aku tak rasa dia boleh lakukan bersama kita. " kata Jungkook membuatkan Namjoon mengangguk dengan katanya. Memang benar, keadaan Hoseok sekarang ini amatlah dalam kritikal. Dia tak boleh banyak melakukan kerja atau darahnya akan lebih banyak mengalir keluar.
" tak.. tak akan lah aku nak biarkan kau orang sahaja yang pergi? Tak kira, Aku kena pergi. Mereka kawan aku juga " bentak Hoseok. Dia tak mahu dipinggirkan hanya kerana kesakitan yang dia alami. Sememangnya dia sakit, tetapi tak bermakna dia tak berkudrat.
" kau tak boleh. Kalau kau boleh pun, ia akan membuatkan kau punya keadaan menjadi lebih teruk. Darah kau akan hilang banyak. " Namjoon memegang ke dua bahu Hoseok lalu dia memandang ke arah lelaki itu dengan pandangan yang amat tajam. " kau tak akan kemana-mana " serta nya lagi.
" tapi tak adil lah aku di sini sahaja. " Hoseok mengeluh berat. Taehyung hanya mendiamkan diri begitu juga Jungkook. Mereka tak tahu ingin cakap apa lagi dah memandangkan Namjoon dah ambil tempat mereka untuk bersuara.
" kau dengar, kau duduk sahaja di sini okay? Aku tak mahu lagi dah antara kita yang tercedera lagi parah atau apa. Kita baru sahaja jumpa, dan aku mahu kenali kau dengan lebih mendalam. Aku tak mahu melihat kau tercedera lagi. Okay? Aku buat semua ini untuk kebaikan kau juga, Hoseok " panjang lebar Namjoon menuturkan katanya. Kemudian, dia menepuk bahu Hoseok apabila melihat Hoseok hanya mendiamkan diri. " tak perlu rasa adil atau tidak, kecederaan yang kau alami sekarang sudah menjadikan keadaan kita sekarang ni adil. " lantas, dia bangun.
" ehem, correction : kita ok kita " Taehyung tiba-tiba menyampuk membuatkan Namjoon memandangnya dengan sengihan. " ya ya, kita. "
" baik lah sekarang, aku dan Taehyung akan ke belakang tiang kemudian kau, Namjoon.. boleh kau alihkan perhatian? " soal Jungkook meminta kepastian. Namjoon terdiam buat seketika untuk memikir jalan untuk mengalihkan perhatian mereka.
" ya, aku ada satu idea dalam fikiran aku " Namjoon mengangguk kemudian mereka mula berpecah.
" hey, kau orang " Mereka bertiga terhenti daripada langkah kemudian memandang semula ke arah Hoseok yang sedang duduk itu.
" jaga-jaga, jangan tercedera. "
Mereka bertiga tersenyum kemudian mengangguk perlahan.
—
" kami sudah menjumpai seorang youtuber. Nampaknya dia berada dalam keseorangan semasa dijumpai. " Ketua Angkatan Polis, Gokwon memaklumkan pada pemuda-pemuda yang begitu terdesak untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi.
Terkejut mereka apabila mendengar berita tersebut. Dokyeom dan Jihoon mula hilang akal. Menakala mata Jackson terbuntang besar sehinggakan seperti ingin tertanggal daripada soketnya.
" siapa gerangan tersebut? Dia dalam baik-baik sahaja ke? " wonwoo terlebih dahulu memintas daripada yang lain. Dia nampak betul-betul serius untuk mengetahui siapakah gerangan tersebut. Di dalam hatinya, dia akat berharap yang ianya Jungkook.
Jika ianya Jungkook, nescaya beban dalam hatinya ini akan mula ringan apabila mendapati kawan nya itu masih lagi hidup dan dalam keadaan yang okay.
" kau orang boleh bersabar? Saya tak akan menjawab soalan kau orang jika kau orang tak mempunyai sebarang adab dalam menyoal soalan kepada saya " Gokwon dengan tegasnya menegur menyebabkan yang lain terdiam dan mula mengawal kewarasan akal mereka. Rasa malu pula dimarahi oleh ketua angkatan polis ni.
" dia berada di gerabak ambulans di hujung sana. Pastikan kau orang tak menyoal dia banyak soalan kerana dia sepertinya berada dalam fobia atau mungkin kejutan. Dan juga, Jangan push dia untuk jawab soalan kau orang. " Gokwon memberi amaran dan mereka yang lain mengangguk pantas.
Lalu, mereka semua meluru ke arah gerabak ambulans yang dikaakan oleh Gokwon tersebut. Ternyata, kelihatan seorang lelaki sedang duduk di bahagian belakang kereta ambulans tersebut dengan riak wajah yang kosong. Calar balar pada wajahnya telah disapukan ubat dan dilekatkan dengan pelekatnya.
Mereka yang lain memandang satu sama lain.
" aku rasa takut? "
" bukan kau je, aku juga "
" patut ke kita tegur dia? "
" memang patutlah "
" nak cakap apa dulu? Hi? Vanakum? "
" bahasa negara kau tak ada ke cibai "
" kau orang nak cakap dengan aku? " mereka berlima terdiam apabila lelaki tersebut memandang ke arah mereka. Kelima-lima mereka semuanya terdiam apabila mendapati youtuber pertama yang berjaya diselamatkan merupakan Kim SeokJin, youtuber bidadara masakan.
Dia juga merupakan orang pertama yang dapat keluar daripada lubang kematian itu selepas sehari bermalam di sana. Ianya amat mengagumkan tetapi pada masa yang sama, ia juga menyeramkan. Macam mana kalau dia telah dirasuk untuk merasuk semua orang dalam bumi ini? Ya itulah apa yang difikirkan oleh Jackson pada ketika ini.
" cakap sahaja, aku tak makan orang walaupun aku lapar gila sekarang ni " Seokjin kembali memandang ke arah seangkatan polis yang kini berjalan secara berkumpulan lalu masuk ke dalam lubang tersebut. Dia tertanya-tanya macam mana lah dengan kawan-kawan mya yang mungkin juga masih berada di dalam lubang tersebut? Dia fikir kawan-kawan nya telah dijumpai terlebih dahulu sebelum nya tetapi ternyata tekaan nya itu salah. Dia lah yang pertama.
Itu bermakna kawan-kawan nya kemungkinan besar sudah memasuki ke dalam lorong lubang tanah itu dengan lebih dalam.
Bimbang pula dia jadinya.
" macam mana yang lain? Adakah mereka okay? " Woozi mengutarakan soalan nya terlebih dahulu ke arah Seokjin. Seokjin memandang ke arah lelaki tersebut buat seketika lalu merenungnya.
" muka kau, mirip Yoongi " Seokjin tersengih sedih. Woozi hanya mengerutkan dahinya dengan jawapan Seokjin ke atas soalan nya tadi.
" mereka tak okay. Hoseok cedera parah dan Jimin, Yoongi pula hilang. Mereka tak dapat dijumpai oleh kami.. semuanya memang tak okay. Tak akan pernah okay selagi mereka tak keluar daripada lubang kematian tersebut. "
—
buat dalam rushing niii sorry kalau ada ayat tak faham HAHHA 🙏🏻🙌🏻😂😓
YOU ARE READING
hollow of the low.
ParanormalYoung blood's spin off. HIGHEST RANK : #2 in Paranormal #1 in Horrror Di Korea terdapat satu tempat yang amat terkenal sekali di telinga rakyatnya. Tempat tersebut dikatakan tempat dimana orang yang berhasrat untuk membunuh diri atau pengemis yang...