HOTL | 012

2.4K 552 364
                                    

Outside of the Hollow
07 : 04 : 56 AM

" tak buka lagi?! "

Wonwoo mengeluh dengan penuh amarah dihadapan bangunan yang tinggi lagi megah itu. Bangunan C&J Entertainment itu ditatap dengan penuh perasaan amarah yang membuak-buak. Dia kemudian nya berputus asa lalu duduk di anak tangga dihadapan bangunan tersebut. Sebuah keluhan dilepaskan sambil jari jemari nya mengusutkan rambutnya itu.

Perasaan resah nya tak dapat diselindungkan. Selepas menghabiskan kesemua episod Hollow of the Low di mana kawan baiknya itu mengambil bahagian di dalam nya, dia menjadi tak tentu arah. Keselamatan Jungkook, dia bimbang sekali.

Sudahlah Jungkook pada mulanya teruk melayan ahli kumpulan nya. Dia malah hampir-hampir terbunuh dengan mahluk aneh yang ada dalam lubang itu. Dia mengeluh lagi, kali ini keluhan nya makin panjang.

Anehnya, staff-staff yang menguruskan ekspedisi mereka semua yang masuk ke dalam Hollow itu langsung tak kelihatan di sekitar Hollow tersebut. Malah, ianya macam mereka langsung tak jejak kan kaki di sana. Sebab itulah dia datang ke syarikat C&J Entertainment ini seawal jam pagi itu, untuk berurusan dengan mereka. Dia tak boleh duduk diam apabila kawannya seorang tu dalam keadaan bahaya. Nyawa kawannya itu pun terancam.

" Hey "

Wonwoo tersedar yang ada seseorang menegurnya daripada sisi tepi. Terus dia mengangkat wajahnya lalu melihat siapakah gerangan tersebut. Dahi nya berkerut tatkala melihat seorang lelaki yang ketinggian dia boleh dikatakan lebih pendek daripada dirinya memandang ke arah nya.

" Apa? " Soal Wonwoo dengan nada yang mendatar. Dia sedar akan sesuatu, lelaki yang berada di hadapan nya ini– mukanya lebih kurang mirip seperti salah seorang ahli kumpulan yang sertai ekspedisi Hollow itu. Buat seketika, dia merenung wajah lelaki itu sedalam-dalam nya sampaikan lelaki itu mula rasa tak selesa apabila diperlukan sebegitu.

" apa yang kau tenungkan? Jangan kata yang kau ni ahli bendera pelangi? " Dia menyoal dan wajahnya sedikit terkejut apabila menyoal soalan itu. Wonwoo berdecit lalu memandang wajah lelaki itu semula. " Rupa kau, macam aku kenal " Balas Wonwoo.

Lelaki itu duduk di sebelah nya sekali. Dia memandang Wonwoo buat seketika lalu mengeluh perlahan. " Kau datang ke sini mesti kerana tujuan yang sama kan? " Soal nya membuatkan Wonwoo pelik. Apa pula yang dikatakan oleh lelaki ini? Tiba-tiba saja tanya soalan sebegitu.

" Kau datang ke sini untuk apa? Awal pagi macam ni? "

" untuk saudara aku lah, Yoongi. Si youtuber mulut puaka tu. "

. . .


BEHIND THE SCENES
[Tak dirakam]

" look,"

Jungkook meletakkan beberapa kertas di atas sebuah meja yang dikosongkan permukaan nya itu dan yang lain mula berkumpul di sekeliling nya– melihat apa yang ingin ditunjukkan oleh lelaki itu.

" Kalau korang perhatikan betul-betul, ianya macam fail dokumen eksperimen ke atas sesuatu. Tapi malangnya ada beberapa perkataan aku dan Jungkook tak dapat baca sebab kertas ni dah lama. Mungkin berpuluh tahun dulu. " Taehyung menyambung. Hoseok, Seokjin, Namjoon dan Jimin membaca setiap bait perkataan itu dengan teliti. Ternyata riak wajah mereka memaparkan reaksi yang sama seperti Jungkook berikan awal tadi semasa Taehyung memberikan kertas itu padanya.

hollow of the low. Where stories live. Discover now