HOTL | 013

2.5K 518 375
                                    

" Macam mana diorang boleh tahu kita ada dekat sini? " Jungkook menyoal dengan dahinya berkerut, cuba menahan pintu itu dengan sedaya upayanya.

" aku tak tahu, Tiba-tiba saja ada benda hentak pintu " Yoongi mengaduh perlahan, dia juga sedang berusaha menahan pintu tersebut.

Mereka semua sekarang ni sedang menaruh kesemua tenaga mereka untuk menghalang benda-benda durjana itu daripada masuk ke dalam bilik tersebut. Sungguh, nak berehat sekejap pun tak boleh.

Masing-masing tercungap-cungap. Mereka bernafas berat kerana penat. Mereka semua pun tahu yang dia orang tak akan bertahan lama untuk menahan pintu tersebut daripada dirempuh oleh mahluk gila tu.

" Kita kena ambil tindakan " Balas Jimin dengan wajahnya menegang.

" Macam mana? Kita tak ada senjata. Langsung. " Kata Hoseok dengan nada yang kedengaran penat. Bila-bila masa sahaja dia boleh tumbang.

Tiba-tiba Taehyung terfikir kan sesuatu. Dia terus pergi daripada menahan pintu tersebut membuat kan berat pintu itu makin berat ingin ditahan. Yoongi memandang Taehyung dengan pandangan yang tajam. " Apa masalah kau ni Taehyung? Tolong lah tahan sekali " marah Yoongi.

" Tak, aku ada teringatkan sesuatu. Kau orang tolong tahan pintu ni sekejap. " Taehyung masuk ke dalam bilik tadi. Yang lain hanya akur sahaja dengan apa yang disuruh oleh Taehyung. Hanya itu sahaja yang mereka mampu buat.

" Aku harap Taehyung jumpa benda yang bagus. Contohnya.. Senjata. " Seokjin berkata lalu dia menghempas badannya lagi dan lagi pada pintu tersebut agar ia tertutup tetapi tak berjaya juga.

"..but not everytime miracle gonna happen. "

Kata-kata Namjoon itu mengundang keluhan berat daripada mereka semua.

Menakala, Taehyung mencari sesuatu di sebalik dokumen-dokumen di dalam almari itu. Sumpah, dia nampak sesuatu dalam almari ini yang boleh membantu.

"Kelemahan.. benda tu ada kelemahan nya. " katanya sendirian lalu menggeledah kan lagi dokumen-dokumen di situ.

" nur.." Katanya lagi, dan pada masa yang sama, dia terhenti daripada melakukan apa-apa. Matanya dipejamkan rapat. Cuba mengingati sesuatu. Kemudian dia membuka kembali kelopak matanya. " Ya, aku ingat "

Dia terus menghampiri mayat yang dah bertulang itu lalu di memeriksa pada seluruh pakaian orang tersebut. Menurut pemakaian nya, mayat ini seperti mayat bekas pengawal bangunan atau lebih tepat– jaga bangunan.

Akhirnya, Taehyung kini jumpa benda yang dia cari-carikan. Terus, doa menuju ke arah peti besi yang ada di sebelah almari itu. Peti besi itu adalah peti besi bagi suis elektrik di dalam bangunan itu. Satu demi satu kunci di cuba nya untuk membuka peti tersebut. Tangannya juga sudah mengigil.

Ini adalah di antara hidup dan mati. Kalau dia tak berjaya, yang lain akan mati.

Jadi tolong lah— tolong, berjaya.

Akhirnya pintu peti itu dibuka. Kelihatan ada suis pemegang yang besar di situ menandakan ianya suis bagi keseluruhan bangunan. Tanpa ragu-ragu, Taehyung terus menarik suis itu.

KLANG!

Bunyi seperti lampu dibuka. Dalam bilik itu mula disinari dengan cahaya lampu. Dia memandang ke arah luar bilik itu pula, juga di sinari cahaya lampu.

Taehyung mengatur langkah nya keluar daripada bilik tersebut. Sebaik sahaja dia keluar, dia melihat kawan-kawan nya terus berlari ke arahnya. Dia mula terkejut. Adakah dia gagal?

" Macam mana kau tahu lampu adalah kelemahan benda tu? " Teriak Hoseok dengan senyuman terukir di wajahnya. Taehyung blur buat seketika. Mulutnya terbuka sedikit. Nampak sangat dia tak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Dia berjaya ataupun tak ni?

hollow of the low. Where stories live. Discover now