Darah.....
Istana.....diselubungi api....
Pembunuhan...
Mayat....
Hari yang sepatutnya menjadi hari yang mengembirakan....
Telah dimusnahkan....
-----------------------------
"Tuan Puteri Mel,sila benarkan kami untuk menolong tuan puteri bersiap",kata salah seorang maid.
Gadis yang dipanggil sebagai 'Tuan Puteri Mel' senyum pada kumpulan maid didepannya menandakan dia setuju.Kumpulan maid tersebut membawa Mel ke bilik tukar baju.Sebaik sahaja mereka masuk dalam bilik tersebut,semua maid mengelilingi Mel dan melakukan tugas mereka.
Di bilik yang lain....
"Kakanda Asya,okey ke saya pakai dress ni?",tanya seorang gadis dengan malu.
"Okey,comel sangat adinda pakai dress ni!Sesuai dengan muka kamu!",balas gadis yang bernama Asya.
"Muka saya dan kakanda bukan sama ke?Kita kan kembar....",kata gadis tersebut lagi.
"Memang lah kita kembar,tapi kamu lebih comel dari kakanda!",Asya memeluk adik perempuanya dengan erat.Menyebabkan adik kembarnya sesak nafas.
"T...tuan puteri,adik tuan puteri sesak nafas...",kata salah seorang maid yang ditugaskan untuk menolong Asya dan adik kembarnya bersiap untuk majlis.Mendengar perkara tersebut,Asya melepaskan pelukannya.
"Huh..huh..",adik kembar Asya hampir pengsan kerana sesak nafas.Asya pulak hanya menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal.
"Kakanda Asya ni...janganlah peluk kuat sangat....mati Asyi nanti",kata Asyi.
"Maaf,maaf.Kakanda tak sengaja",kata Asya.Dia rasa serba salah sebab hampir menyebabkan adiknya 'pergi' dari dunia ni.
"Dah,dah!Sesi beramah mesra antara kembar dah tamat.Cepat turun ke dewan",kata wanita yang berumur 46 tahun,tapi wajahnya seperti wanita berumur 28 tahun.
"Baik,bonda!",balas si kembar secara serentak.Mereka berdua keluar dari bilik dan berjalan ke dewan.
"Haih...banyak sangat karenah mereka berdua ni",kata bonda mereka.
Asya dan Asyi berjalan ke dewan dengan berpegangan tangan.Mereka turun tangga secara serentak.Mereka berdua terpukau kerana seluruh dewan,bukan,seluruh istana dihiasi dengan cantik dan mewah.
"Hah,dah bersiap pun adik kita ni",kata seorang remaja perempuan.
"Maaf kakanda Zara!",kata Asyi sambil tersenyum kecil.
"Tak perlu minta maaf,lagipun Mel lebih lambat bersiap dari kamu berdua",seorang gadis mengusap kepala Asyi.
"Hm!Kakanda Risa,Asya tak nak usap ke?",tanya Asya sambil memandang Risa,remaja perempuan yang mengusap kepala Asyi.
Satu tangan mengusap kepala Asya.
"Manja betul,memandangkan hari ni hari jadi dia",kata pemilik tangan tersebut,iaitu Alina.
"Alah,biarlah!",Asya mengembungkan pipinya.Semua kakanda Asya dan Asyi ketawa kerana tindakan Asya.
"Oh ya,mana Mel ni?",kata seorang remaja perempuan lagi,iaitu Zara.
"Entah",balas mereka semua.
"Mengumpat tentang Mel ya?"
Asya,Asyi,Risa,Alina dan Zara memandang ke arah belakang mereka,iaitu arah suara datang.Seorang remaja perempuan memandang mereka dengan pandangan tak puas hati.
YOU ARE READING
First Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]
FantasyPerkara yang tidak dijangka telah berlaku pada kerajaan Alveon.Majlis ulang tahun kelahiran para puteri musnah sekelip mata apabila kerajaan tersebut diserang.Kesemua ahli kerabat diraja mati dibunuh kecuali tujuh puteri.Mereka diselamatkan oleh sat...