Spirit 12:Misi pertama

1.3K 116 52
                                    

"Misi?",kata enam gadis itu serentak.Mereka berpeluh dengan banyak kecuali Zara sebab dia basah.

"Ya,ketua kata kamu akan sertai satu misi yang sukar",kata Gempa.

"Bila misi tu?",tanya Mel.

"Minggu depan",balas Taufan.

"..WAH!MISI PERTAMA KITA!!",kata mereka berenam serentak dengan suara yang kuat.

"...tapi...apa tujuan ketua bagi mereka misi walaupun mereka baru beberapa hari sertai organisaai ni?Lagipun misi ni susah",kata Halilintar.Enam gadis tu pula seronok berbincang tentang apa misi yang mereka akan jalankan.

"Betul.Ini pertama kali ketua buat macam ni",kata Blaze.

"Lagipun,'Cerberus' sertai misi ni sekali",kata Ice.

"....mungkin..ketua nak angin bertemu dengan ribut...",kata Thorn.

"...biarkan sahajalah.Yang penting,kita kena latih mereka",kata Gempa.Adik kembarnya yang lain mengangguk setuju.Tanpa mereka sedar,ada seorang budak perempuan mendekati mereka.

"Maafkan saya,Halilintar ada di sini?",tanya gadis itu.

"Ah,saya ada.Kenapa,Ayumu?",tanya Halilintar.

"Ketua kata kat saya suruh Halilintar pergi ke 'bilik itu',seorang diri.Tapi....saya tak tahu bilik apa yang ketua maksudkan",balas Ayumu.Dia memeluk erat patung teddy bear nya.Spirits of Elementals terkejut apabila mendengar Ayumu sebut 'bilik itu'.

"Tak apa.Terima kasih,Ayumu.Saya akan pergi sekarang",kata Halilintar.Dia beredar pergi.

"Urm,kamu berenam.Latihan hari dah tamat.Kamu boleh balik.Dan jangan lupa balut semua luka tu",kata Gempa.

"Baik!",sahut mereka berenam.

Keenam-enam gadis itu beredar pergi.Mereka bercadang nak pergi ke bilik rawatan untuk melawat Asya dan merawat luka mereka.Ayumu memandang mereka berenam dengan pandangan risau.

"Lebih baik kamu semua jaga mereka elok-elok waktu misi tu",kata Ayumu sebelum dia berjalan pergi.Spirits of Elementals yang ada disitu hanya mengangguk.

------------------------

"Kenapa kau nak jumpa aku?",tanya Halilintar pada seorang gadis.

"...aku cuma nak cakap,kau nampak bayangan gadis tu ke bila kau lihat muka gadis bernama Crystal?",tanya gadis itu.

".....macam mana kau tahu?!",tanya Halilintar dengan suara yang kuat.

"Sebab aku tahu.Lagipun,dalam seumur hidup kau,kau tak akan dapat lupakan cinta pertama kau",balas gadis itu.

"Lebih baik,kau lupakan sahaja gadis tu...dan mulakan yang baru",kata gadis itu lagi.

"Kenapa kau nak sibuk hal hidup aku?!Bukan ke aku dah cakap,yang aku tak perlukan cinta lagi!",jerit Halilintar.Gadis tu langsung tak terkejut dengan jeritan Halilintar.

"Kau hanya cakap,tapi kau tak maksudkannya langsung.Sebab kau jenis yang tak jujur.Disebabkan itulah,gadis yang kau cintai,tinggalkan kau dan berka-",kata-kata gadis itu dipotong kerana Halilintar membaling pedangnya ke arah gadis itu.Malangnya,pedang Halilintar terkena dinding.

"Jangan cakap lagi!",kata Halilintar.

"Kau tak layak suruh aku lupakan gadis tu kalau kau pun sama!Kau langsung tak dapat nak lupakan kawan baik kau yang dah mati tu!",kata Halilintar lagi.

"Halilintar,Thunder Emperor...diam",ucap gadis itu.

Halilintar langsung tak dapat keluarkan suaranya seolah-olah ia hilang.

First Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now