Spirit 10:Latihan bermula

1.2K 108 60
                                    

"Baiklah,baiklah.Mari kita mulakan latihan sekarang.Nanti kena marah pula dengan ketua organisasi",kata Gempa.

"B-baik!",sahut mereka bertujuh serentak.

"Baiklah,sekarang ni......kita nak mula dengan apa?",tanya Taufan.

"Hm...apa kata kalau kita latih mereka secara solo?",cadang Solar.

"Bagus juga idea tu.Tapi Halilintar,jangan belasah ya anak murid kau~",perli Blaze dan Taufan.Mata Halilintar merah menyala dan dia mengejar Blaze dan Taufan.Dua orang itu pulak siap ketawa sambil berlari dari ditangkap oleh Halilintar.

Yang lain hanya memandang mereka dengan pandangan 'apa lah mereka ni'.

"Jadi,saya akan latih Asya",kata Gempa.Asya hanya mengangguk setuju.

"Kalau macam tu,Asyi saya akan latih!",kata Taufan dengan riang.Mereka masih dikejar oleh Halilintar.

"Saya akan ambil Mel!",kata Blaze.

"Mereka berdua memang macam tu ke?",tanya Asya pada Gempa.

"Hehe...",kata Gempa.

"Saya akan ambil Alina,setuju?",tanya Solar.Alina hanya mengangguk setuju.

"Jadi,Risa Thorn akan latih!",kata Thorn dengan ceria.Risa hanya mengangguk perlahan.

"Jadi Halilintar,kau akan ambil siapa?",tanya Gempa pada Halilintar.Halilintar sedang menarik kaki Taufan dan Blaze yang dibelasah teruk oleh Halilintar apabila ditangkap.Halilintar melepaskan kaki Taufan dan Blaze dan berjalan ke arah Crystal.

"Aku ambil budak perempuan ni",kata Halilintar.Crystal rasa sakit hati apabila dia dipanggil budak.

"Siapa yang kau panggil budak?!",marah Crystal.

"Siapa lagi kalau bukan kau,budak",kata Halilintar dengan selamba.Crystal pula sedang berapi-api.

"Jadi,Zara dengan Ice lah",kata Alina.

"Berusahalah supaya tak dipeluk olehnya lagi~",kata Mel dengan nada bergurau.

"Yelah!",kata Zara.

"Jadi,mari mulakan latihan",kata Gempa.Mereka yang lain menyahut gembira kecuali Halilintar dan Ice.

-----------------------
"Hm...Asya nak latihan yang macam mana?",tanya Gempa.Asya mendiamkan diri,memikirkan sesuatu.

"Erm...tak tahulah...",balas Asya.

"Kalau macam tu,saya akan serang Asya dengan menembak beberapa tanah yang sedikit keras.Pastikan elak semuanya atau Asya akan cedera",kata Gempa.Asya mengangguk setuju.

"Baiklah,sedia!"

Seperti yang dikatakan,Gempa membentuk beberapa tanah menggunakan kuasanya.Tanah-tanah tersebut berbentuk bebola dan ia terapung di sekeliling Gempa.Asya hanya bersedia menunggu Gempa menyerangnya.Selepas beberapa saat,Gempa menembak ia!

"Apa?!"

Asya terkejut kerana Gempa bukan menembak satu demi satu,tapi semuanya sekaligus!Dahlah dia membentuk berpuluh-puluh,dan ianya bukan kecil,tapi besar!

"Habislah aku...",kata Asya.

--------------------------
"Apa kelebihan yang kau ada?",tanya Halilintar pada Crystal.

"Saya suka membaca..itu sahaja...",balas Crystal tanpa memandang mata Halilintar kerana matanya sangat menakutkan.

"Membaca?Jadi kau ingat semua yang kau baca?",tanya Halilintar.

"Ya",balas Crystal sambil mengangguk perlahan.

"Baiklah,jadi aku akan serang kau.Kau kena elak atau akan dapat kecederaan",kata Halilintar.Halilintar memegang pin berbentuk kilat,tapi merah.Benda itu bercahaya kemudian ia bertukar jadi pedang.

First Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now