"Healing Princess?",kata mereka bertujuh serentak.Sha hanya mengangguk.Yuuki pula hanya mengaru pipi kanannya yang tak gatal itu.
"Tak,tak sesuai langsung gelaran tu dengan dia",kata Crystal.
"Eh?Kenapa pulak?",tanya Sha kehairanan.
"Sebab...Yuuki lebih sesuai dipanggil 'Angel'....",kata Alina.
"Angel?Tapi kenapa?",tanya Yuuki.
"Sebab senyuman Yuuki sangat menawan!Lagipun,Yuuki ada rambut panjang yang cantik!"
"Tapi macam mana dia boleh jaga rambut tu dengan baik?Lagipun rambut tu hampir mencecah lantai...lagi 5 cm rasanya nak cecah lantai",kata Asyi.
"..betul juga kan",kata Zara.
"Kulit Yuuki juga putih,lagipun ia lembut!Dan Yuuki ada mata yang sangat cantik!"
"...ma..mata dan rambut...Yuuki..ianya...cantik?",kata Yuuki.
"Hm?Ya.Ianya sangat cantik!",kata mereka bertujuh serentak.Yuuki memandang lantai lalu berjalan menaiki tangga menuju ke katilnya.
Yuuki membaringkan dirinya dan menekup mukanya dibantal.Seketika kemudian,Yuuki berguling atas katilnya.
"...kenapa dengan Yuuki?",tanya Mel.
"Ah,Yuuki rasa gembira dan malu bila ada orang puji tentang rambut dan mata dia.Sebab sebelum dia masuk organisasi ni,rambut dan mata Yuuki dipandang keji",kata Sha tersenyum.
"Oh ya,kamu berenam ni dah mandi ke tak?Sebab rambut kamu kusut masai",tanya Sha.
"Err...tak lagi...kami salin baju jer...."
"Hm.Patutlah bau busuk badan",kata Alina sambil memicit hidungnya.
"Bisinglah!Kalau nak perli orang pun,butanglah baju tu dulu!Kami boleh nampak *a*a kakak Alina!",marah Asya.Alina terkejut,dia baru perasan butang bajunya terbuka.Dia dengan secepat mungkin butangkan seluruhnya.
"Baiklah,baiklah.Mari kita keluar sekarang",kata Sha menolak perlahan mereka semua keluar dari bilik Yuuki.
"Oh ya,kenapa tadi luka Alina ada lebam warna hitam tu?",tanya Risa.
"Ah...tentang itu....Sha tak tahu.Tapi Sha dapat rasakan ianya boleh mengancam nyawa",balas Sha.Mereka semua ada diluar bilik rawatan.
"Urm...sekarang ni kami nak buat?",kata Zara.
"Apa kata kalau......kamu semua pergi mandi?Alina tak boleh tahan bau busuk kamu semua",kata Alina.
"Yelah!",balas mereka berenam.
"Kalau macam tu,saya dan Alina tunggu bersarapan dulu.Kami tunggu di kafeteria",kata Sha.Mereka berenam mengangguk setuju lalu berjalan menuju ke bilik.Sha dan Alina berjalan ke kafeteria.
"Aduh.....nampaknya kena tunggu beberapa harilah nak tunggu pakaian siap",ngeluh Alina.Dia dan Sha dah sampai di kafeteria.Mereka berdua sedang tunggu giliran ambil makanan.
"Kenapa ni?Alina suka lebih suka baju tu ke?",tanya Sha.Alina mengangguk.
"Ya,sebab baju berskrit ni menyusahkan betul",kata Alina.
"Hm?Apa yang susah?Sha tengok okey ke Alina pakai baju ni"
"Sebab ia akan kurangkan kelajuan pergerakan Alina.Alina lebih suka pakai seluar sebab mudah bergerak",balas Alina.
"....waktu masih puteri,Alina pakai baju apa?",tanya Sha.
"Dipaksa pakai gaun"
Giliran Sha dan Alina tiba.Selepas mereka berdua memgambil makanan,mereka duduk dimeja kosong.
"Oh ya.Alina nak tanya satu soalan boleh?",tanya Alina.Dia menyuap sushi ke dalam mulutnya.
"Boleh,apa soalannya?",kata Sha.Makanan yang Sha pesan adalah pancake.
"Sha kata Yuuki dipanggil 'Healing Princess'.Bermakna semua orang dalam organisasi ni ada gelaran ke?",tanya Alina sambil menyuap satu lagi sushi dalam mulutnya.
"Ah,memang ada",balas Sha,ringkas.
"Jadi,kenapa organisasi tak ada nama,tapi ahlinya ada?",tanya Alina sekali lagi.
"Organisasi ni adalah rahsia.Manusia diluar tak tahu langsung tentang ini.Pengasas organisasi ini putuskan untuk tidak memberi nama pada organisasi kerana ia akan buatkan ramai orang tahu tentang organisasi ni.Ianya akan menyebabkan organisasi ini diserang",balas Sha.
"Oh....jadi,gelaran itu diberi berdasarkan apa?",tanya Alina.
"Berdasarkan kebolehan,rupa atau personaliti mereka",balas Sha.
"Kalau begitu,apa gelaran Sha?",tanya Alina.Sha terkejut dengan pertanyaan Alina.
"Eh?Kenapa tanya tentang gelaran Sha pula?",tanya Sha.
"Sebab Alina nak tahu",kata Alina menyuapkan satu lagi sushi ke dalam mulutnya.
"Gelaran Sha tak hebat pun.Alina tak perlu tahu",kata Sha.
"Dalam organisasi ni pun ada kumpulan?"tanya Alina.
"Ada.Tapi tak semestinya wajib tubuhkan kumpulan.Kamu boleh pilih sama ada nak berkumpulan atau individu.Tapi lebih baik berkumpulan",balas Sha.
"Hm......apa gelaran yang paling terkenal?",tanya Alina.Soalan Alina itu membuatkan Sha tersentak.Cawan yang dipegangnya hampir terjatuh.
"G..gelaran yang....paling terkenal?",tanya Sha.Dia tergagap dan nampak ketakutan.Alina mengangguk.
"Tapi Alina kena ingat.Mereka yang ada gelaran ini sangat bahaya orangnya",kata Sha.Alina mengangguk.
"Tapi antara semua,gelaran yang paling terkenal dan menakutkan adalah ,'Undeafeated Queen'",kata Sha dalam nada berbisik.
"Undeafeated Queen?Kuat ke pemilik gelaran tu?",tanya Alina.
"Dah nama pun Undeafeated,mestilah kuat",kat Sha mengetuk kepala Alina.
"Aduh....macam mana orangnya?",tanya Alina.
"Ah,tentang itu,ramai yang kata dia seorang yang dingin.Dia tak pernah berbual dengan sesiapa langsung",balas Sha.
"..tentang gelaran,mereka boleh pilih sendiri ke?",tanya Alina.
"Tak boleh.Tapi kalau nama kumpulan,boleh la",balas Sha.Pancake sudah dihabiskan.Sushi Alina juga sama.
"Hm...gelaran...",kata Alina sambil memegang dagunya.
Readers rasa apa gelaran Sha?Dan siapa yang memegang gelaran 'Undeafeated Queen?!Siapa yang betul,author akan bagi hadiah!
YOU ARE READING
First Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]
FantasyPerkara yang tidak dijangka telah berlaku pada kerajaan Alveon.Majlis ulang tahun kelahiran para puteri musnah sekelip mata apabila kerajaan tersebut diserang.Kesemua ahli kerabat diraja mati dibunuh kecuali tujuh puteri.Mereka diselamatkan oleh sat...