Spirit 5:Berakhirnya hari mereka sebagai puteri

1.4K 135 69
                                    

"Tapi,apa kuasa kamu semua?",tanya Sha.Sha duduk atas katil,manakala tujuh gadis duduk atas lantai.Mia pulak dalam bilik air,sedang mandi.

"Kuasa?Kami tak ada kuasa",kata Crystal.

"Eh?Mustahil.Semua orang kat dunia ni ada kuasa.Takkan kamu semua tak ada kuasa?",kata Sha.Tujuh gadis memandang antara satu sama lain sebelum menjawab soalan Sha.

"Memang tak ada.Waktu kami jadi puteri,pembantu istana tak pernah ajar atau sebut tentang perkara tersebut.Raja dan Pemaisuri pun sama",kata Zara.

"Hm...peliknya..",kata Sha sambil memegang dagunya.Mia keluar dari bilik air dengan berpakaian,rambutnya yang basah dilap dengan tuala.

"Agak normal kalau mereka tak tahu tentang kuasa mereka.Lagipun dulu mereka kan puteri",kata Mia.Dia menuju ke arah katilnya dan duduk atasnya.

"Betul juga.Tapi macam mana nak buat mereka tahu tentang kuasa mereka?",kata Sha.

"Entahlah...."

"Oh ya.Kenapa Sha datang ke bilik Mia?",tanya Mia.

"Ah,sebab tadi saya diminta untuk bawa mereka bertujuh ke bilik menjahit",balas Sha.

"Menjahit?Saya tak tahu macam mana nak menjahit.....",kata Mel.

" Jangan risau.Mereka takkan suruh kamu menjahit.Cuma nak mengukur badan jer",kata Mia.

"Ukur badan?!Apa mereka nak buat?!",kata Mel terkejut.

"Mereka nak buat bajulah...",kata Sha pulak.

"Oh...ingatkan apa"

"Baiklah,mari pergi.Saya akan tunjuk mana bilik menjahit",kata Sha sambil berdiri.Tujuh gadis juga berdiri lalu melangkah keluar dari bilik Mia.

"Rehatlah secukup-cukupnya,Mia",kata Sha sebelum menutup pintu bilik Mia.Sebaik sahaja pintu ditutup,Mia membaringkan dirinya dan melelapkan matanya.

Sha dan tujuh gadis itu berjalan menuju ke bilik menjahit.Akhirnya,mereka sampai di bilik menjahit setelah lama berjalan.

"Saya dah bawakan mereka",kata Sha sambil membuka pintu lalu melangkah masuk.Bilik itu ada banyak jenis kain dan beberapa pakaian yang sudah siap.

"Ah,terima kasih,Sha",kata salah seorang dalam bilik itu.Dia merupakan seorang remaja perempuan dalam lingkukan umur 17-18 tahun.

"Tak perlu berterima kasih"Sha duduk di salah satu kerusi yang ada dalam bilik tersebut.

"Baiklah,saya akan ambil ukuran sekarang",kata gadis itu.Setelah gadis itu mengambil ukuran,dia mencatat ukuran tersebut.

"Baiklah,kamu semua nak baju yang macam mana?",tanya gadis itu selepas mengambil ukuran mereka semua.

"Kalau boleh,saya nak baju yang sama dengan baju yang saya pakai ni",kata Crystal.

"Kami pun sama.Sebab pakaian ni selesa sangat",kata Asya dan Asyi serentak.

"Kami pun sama",balas yang lain.

"Baiklah,saya akan buat pakaian yang sama.Tapi ambil beberapa harilah nak buat pakaian",kata gadis itu.

"Tak apa",balas Risa.

"Tapi sementara tunggu pakaian siap,boleh ke kalau kamu semua pakai pakaian ni?",tanya gadis itu sambil tunjukkan satu pakaian pada mereka.

"Tapi sementara tunggu pakaian siap,boleh ke kalau kamu semua pakai pakaian ni?",tanya gadis itu sambil tunjukkan satu pakaian pada mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
First Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now