Spirit 11:Hari pertama latihan,tamat

1.2K 115 55
                                    

Ketujuh gadis itu ada dalam bilik mereka.Mereka memakai baju tidur kerana hari sudah malam.

"Aduh...sakitnya...",kata Alina.Badannya berbalut-balut.Mukanya juga sama.Pipinya ditampal dengan plaster besar.

"Mereka ni tak tahu nak berbelas kasihan ke?",kata Zara.Seluruh badannya berbalut kecuali bahagian kepala.Seluruh badannya dicalar kerana serangan ais milik Ice.

"Apa-apa jerlah...",kata Crystal.Badannya tak berbalut,tetapi penuh dengan plaster sebab dia hanya dapat lebam.Tapi tetap teruk.

"Sekurang-kurangnya kita selamat..",kata Mel.Dia tak boleh bergerak kerana seluruh badannya melencur kerana terkena serangan api Blaze.Kerana itulah seluruh badannya berbalut macam mumia.Hanya matanya saja tak dibalut sekali.

Asyi hanya mendiamkan dirinya sahaja.Kerana waktu latihan dia bermula,serangan pertama Taufan telah menyebabkan Asyi hilang kesedaran.Serangan Taufan terkena dibahagian sisi kepalanya,iaitu di atas telinga.Disebabkan itulah,bahagian yang dipukul Taufan dibalut kerana ianya berdarah.

Risa pula sudah masuk tidur kerana latihannya dengan Thorn terlalu memenatkan.Pipi kirinya ditampal dengan plaster,manakala tangan dan kaki,kedua-dua belah dibalut.

"Tapi....macam mana dengan Asya?",tanya Zara.Yang lain terus membuat muka masam.Asyi pula hendak menangis kerana kakak kembarnya tak sedarkan diri.Asya menerima kacederaan yang teruk kerana dia tak sempat mengelak serangan Gempa.

Gempa pulak tak henti-henti meminta maaf dan siap melutut lagi bagi pihak adik beradiknya.Risa tak menerima kecederaan yang teruk,jadi Risa beritahu Thorn tak perlu minta maaf.

"...tak boleh nak buat apa...sebab kita tak ada perngalaman....disebabkan itulah kita cedera teruk sampai macam ni",kata Mel.

"..betul",kata Crystal.

"Oh ya.Apa yang...mereka buat sekarang ni?",tanya Asyi.

"Apa yang aku tahu,Gempa buat keputusan untuk jaga Asya yang ada kat bilik rawatan.Manakala yang lain,aku tak tahu.Tapi Gempa beritahu aku yang Taufan langsung tak keluar dari tandas,dia dengar Taufan menangis sebab dia fikir dia dah bunuh Asyi",balas Zara.

".....",Asyi membaringkan dirinya dan menyelimutkan dirinya.

"Selamat malam"

"..aku nak tidur juga.Selamat malam"

"Ya,selamat malam"

-----------------------------

Di bilik rawatan....

Gempa sedang baca buku.Dia duduk dikerusi yang ada disebelah katil Asya.Yuuki dah pulihkan semua luka Asya,cuma dia masih tak sedarkan diri.

"Gempa,lebih baik kau pulang ke bilik sekarang",kata Yuuki.Dia risaukan keadaan Gempa.

"Erm...baik...selepas dia bangun",balas Gempa tanpa mengalihkan pandangannya dari buku.

"Gempa,saya cakap sekarang!Tak ada gunanya kalau menunggu dia bangun!",kata Yuuki.

"....nanti dia fikir atau tak mengambil berat tentang dia...",balas Gempa.

"Gempa!Dengar sini!Kalau kau nak buktikan yang kau mengambil berat tentang Asya,bukannya dengan cara ini!Ini hanya menunjukkan yang kau memandang rendah pada dia!Sebagai seorang guru,kau patutnya tunjukkan dengan melatih dia bersungguh-sungguh!Kalau dia letih atau apa,berikan dia rehat!Tapi,kalau dia masih nak teruskan latihan walaupun kesedaran dia semakin menghilang,teruskan sahaja!",kata Yuuki sambil menarik baju Gempa.Air mata Yuuki mengalir.

Ya,dia menangis sebab tak nak benda yang sama berlaku,seperti 3 tahun yang lalu.Yuuki duduk atas lantai.Dia menekup mukanya dipaha Gempa.Dia masih menangis.

"Tolonglah Gempa...saya tak nak perkara yang sama berlaku...saya tak nak,perkara yang berlaku pada Halilintar,berlaku pada Gempa...tolonglah...",kata Yuuki.Gempa mengusap perlahan kepala anak gadis kecil tu.

"Baiklah,saya akan pulang ke bilik,jadi berhentilah menangis",kata Gempa.Yuuki mendongak kepalanya.Air matanya yang masih mengalir,dilap oleh Gempa.

"Selamat malam,Yuuki",kata Gempa lalu menutu pintu.Yuuki melambai pada Gempa lalu berjalan ke biliknya selepas tutup lampu.

"Betul,aku tak boleh ulang kesalahan yang sama",kata Gempa sambil berjalan ke biliknya.Tapi langkahnya berhenti di depan pintu bilik tujuh gadis tu.

"...kalau kamu semua masih nak teruskan latihan dengan keadaan macam tu,datang ke bilik latihan selepas bersarapan",kata Gempa dari luar bilik.Takkan dia nak masuk bilik perempuan,lagi-lagi waktu malam.Kemudian Gempa berjalan semula ke biliknya.

Kata-kata Gempa didengari oleh Asyi.Asyi terjaga dari tidurnya kerana dia haus.Meneliti semula apa yang Gempa cakapkan,Asyi tersenyum.

------------------------

Keesokkannya

"Gempa,kau pasti ke mereka akan datang?Dengan badan penuh luka.....",kata Taufan.

Gempa hanya mengangguk.

"Aku tak rasa mereka akan datang.Mesti mereka akan duduk dalam bilik,sementara nak tunggu semua luka mereka pulih",kata Halilintar.

"Kalau mereka datang,mungkin mereka minta Yuuki pulihkan luka mereka",kata Solar.

"Siapa?"

Mereka bertujuh memandang ke arah suara tersebut datang.Kelihatan Asyi,Mel,Alina,Risa,Crystal dan Zara datang.Tapi yang mengejutkannya,mereka datang dengan badan yang masih berluka!Mereka tanggalkan semua pembalut.

"A..apa yang kamu semua buat?Pergi balut luka tu!",kata Taufan.

"Kami tak nak...sekarang,mari mulakan latihan",kata Asyi.

"Baiklah,kali ni latihan akan digandakan sebanyak dua kali",kata Halilintar.

"Eh?!Dua kali ganda?!",kata enam gadis tersebut serentak.

"Hali...tegasnya kau..",kata Gempa.

"Apa-apa jerlah.Lagipun,kau nak buat apa Gempa?",tanya Halilintar.

"Oh,aku akan perhatikan kamu semua",kata Gempa dengan tersenyum riang.Halilintar hanya mengeluh,kemudian senyum.

"Baiklah,jadi mari mulakan latihan,budak",kata Halilintar sambil hunuskan pedangnya ke arah Crystal.Crystal mengangguk.

Yang lain juga mulakan latihan mereka.Gempa,hanya tersenyum melihat mereka semua.

-----------------------

Di pangkalan,bilik rahsia..

"......tempoh mereka untuk jadi kuat adalah 2 bulan",kata gadis yang dipanggil Undeafeated Queen.

"Woah,betul ke?Hebatnya mereka.Jadi kita boleh hantar mereka untuk jalankan misi?",tanya lelaki itu.

"......ya,tapi hantar sekali mereka,yang dipanggil sebagai Cerberus",kata Undeafeated Queen.Gadis tu masih duduk atas katilnya,dengan posisi yang sama dengan semalam.

"Cerberus?Termasuk 'Darkness Princess',Demonic Swordman dan Phantom Thief?",tanya lelaki itu.Undeafeated Queen hanya mengangguk.

"Kenapa?",tanya lelaki itu sekali lagi.

"...kita kena tunjukkan pada mereka,ahli-ahli terkuat organisasi ni supaya mereka berazam untuk jadi lebih kuat...itu sahaja...dan Spirits of Elementals,hantar mereka sekali juga",balas Undeafeated Queen.

"Hehe,baiklah.Jadi saya minta diri dulu",lelaki itu keluar dari bilik gadis itu.Mata gadis itu memandang ke skrin TV gergasi yang diletakkan dalam biliknya.Dia melihat rakaman yang menunjukkan Gempa.

"...nampaknya,kamu sedikit demi sedikit...cuba untuk lupakan kejadian pahit tu,Gempa..."

First Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now