Spirit 4:Keputusan

1.5K 125 109
                                    

"Risa,sudah-sudahlah pandang Thorn tu.Tahulah dia comel",kata Alina menyiku perlahan lengan Risa.

"Huh?!A...apa?",Risa gelabah.Memang betul apa Alina katakan.Dia terpukau kerana wajah Thorn yang comel tu,mata hijaunya yang besar,memang sesuai dengan Thorn.

"Tuan puteri semua dah habis makan kan?Jadi mari kita pergi dari sini",kata Mia.

"Tapi nak ke mana?",kata Mel.

"Bilik tuan puteri",kata Mia.

"...tapi kami  akan rasa bosan nanti...lagipun bilik kami berasingan",kata Asya.Dia tak nak berpisah dengan adik kembarnya.

"Hm....kalau macam tu,kami akan tunjuk kawasan sekeliling pada tuan puteri",kata Thorn sambil senyum.Semua puteri mengganguk laju.

"Tapi,boleh tak kalau Thorn tunjukkan kawasan sekeliling?Sebab Mia ada tugasan kena buat sekarang ni",kata Mia.

"Boleh",balas Thorn.Mia tunduk hormat sebelum beredar meninggalkan mereka.

"Jadi,mari tuan puteri semua",kata Thorn memberikan senyuman mesra pada mereka.Mereka melangkah keluar dari kafeteria.

Apabila mereka lalu di mana-mana bilik,Thorn akan jelaskan tentangnya pada tujuh puteri.Segala perjelasannya sangat terperinci.Ahli-ahli organisasi juga akan menunduk hormat pada Thorn apabila mereka nampak Thorn.

"Wah...tak sangka besar pangkalan ni...",kata Mel.

"Sebab ahli organisasi ini terdiri daripada kerajaan yang berlainan",kata Thorn.

'Kerajaan yang berlainan?',bisik Risa dalam hati.

"Ah,saya ada sesuatu yang perlu dilakukan.Maaf ya",kata Thorn.Mereka semua berhenti berjalan.

"Tak apa.Kat sini ada perpustakaan ke?",tanya Risa.

"Ada!Tapi saya tak dapat tunjukkan mana perpustakaan sebab saya perlu pergi sekarang",kata Thorn.

"Kalau macam tu,kami akan cari sendiri",Risa senyum manis pada Thorn.Thorn membalas senyuman Risa.Telefon Thorn berbunyi.

"Hello?",kata Thorn.

"HELLO APA?!CEPATLAH DATANG!"

Thorn tak sempat menjauhkan telefon dari telingannya.Tujuh puteri pulak terkejut mendengar suara tersebut.Mereka dengar dengan jelas sekali.

"Baik,saya datang sekarang.Selamat tinggal",Thorn berlari meninggalkan mereka bertujuh.

"..jadi,jom kita cari mana perpustakaan",kata Alina.

"Jom!",sahut mereka semua.

Ketujuh puteri mencari mana perpustakaan.Mereka juga hampir mati apabila termasuk dalam bilik yang penuh perangkap,bilik yang ada haiwan buas dan bilik yang ada bahan nuklear.Mereka terus lari apabila masuk dalam bilik tersebut.Itupun nasib baik tak ada apa-apa berlaku waktu mereka masuk bilik yang ada bahan nuklear.Disebabkan mereka letih,ketujuh puteri itu duduk diluar satu bilik.

"Kenapa ada bahan nuklear kat sini?",tanya Crystal dengan nafas tercungap-cungap.

"Entahlah...",balas Zara.

"..a...m..p.."

Mel terdengar suara orang berbual dalam bilik tersebut.Mel mencuri dengar perbualan mereka.

"Puteri-puteri dari kerajaan Alveon,patut ke kita beritahu mereka yang rakyat mereka dilayan dengan kejam?"

"Aku tak tahu.Tapi rasanya lebih baik beritahu"

"Tapi kalau beritahu pun,bukan mereka boleh buat apa-apa pun"

"Aku rasa mereka akan kurungkan diri dalam bilik,kemudian tak nak makan  langsung selepas mereka tahu"

First Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now