"Saya...."
BANG
Semua orang dalam kafeteria menoleh ke arah pintu masuk depan.Mereka nampak Spirits of Elementals.Muka Halilintar nampak marah.
"Alamak...maaf,saya perlu pergi!",remaja perempuan tersebut memeluk Misa kemudian berlari ke pintu masuk dibelakang.
Tujuh gadis tu hanya memandang pelik ke arah remaja perempuan tersebut.Gempa berjalan ke meja tujuh gadis tu.
"...banyaknya kamu makan,Risa",kata Gempa apabila nampak timbunan sosej didepan Risa.
"Bukan saya!Ini makanan orang lain!",kata Risa geram.
"Orang lain?Siapa?",tanya Gempa.
"Urm....saya tak tahu nama dia,tapi dia ada rambut hitam panjang melebihi pinggangnya yang lembut,dan dia...pakai baju seragam sekolah?",kata Risa sambil memegang dagunya.
"Gadis tu ada bersama seorang kanak-kanak ke?",tanya Thorn.Risa mengangguk.
Halilintar terus berlari dari kafeteria.Orang yang halang laluannya dia tolak sahaja.Manakala Spirits of Elementals yang lain kecuali Blaze mengekorinya.
"Kenapa dengan dia?",kata Crystal.Yang lain hanya mengangkat bahu.
"Apa kita nak buat dengan sosej ni?Membazir pula kalau kita tak makan",kata Alina.
Mereka bertujuh terpaksa habiskan semua sosej yang ditinggalkan remaja gadis tu.Ketika itu juga,Asya seperti memikirkan sesuatu.
"Kenapa ni,Asya?",tanya Zara.
"....tak ada apa-apa...cuma....suara remaja tadi saya macam pernah dengar....tapi saya tak ingat kat mana",balas Asya.
------------------------------
Bilik mesyuarat
Dalam bilik mesyuarat ada meja bulat.Lampu bilik mesyuarat ditutup.Hanya skrin TV besar sahaja yang menjadi cahaya.
"Baiklah,dari misi yang dijalankan oleh Qistina semalam,dia mendapati yang kerajaan Alvisa akan melakukan serangan pada kerajaan Einhart",kata seorang wanita.
Keadaan bilik yang gelap membuatkan wajah wanita tersebut tak dapat dilihat.Tag nama meja dihadapannya tertulis nama gelarannya.
"Jadi,siapa yang kita akan hantar untuk selamatkan keluarga diraja Einhart?",soal seorang lelaki dewasa.
Ketika mereka semua bermesyuarat,ada seseorang yang dihadapannya ada banyak makanan manis seperti kek,creampuff,gula-gula dan lolipop.
Manakala dibelakang kerusi manusia tersebut,ada seorang lelaki.Semua yang ada dalam bilik mesyuarat memandang geram ke arah manusia tersebut kecuali seorang remaja perempuan.
"Jangan makan waktu kita mesyuarat!",jerkah seseorang.
Manusia tersebut mengeluarkan candy apple dari mulutnya lalu memandang ke arah orang yang memarahinya.
"Ini hak saya.Lagipun,mesyuarat ni tak ada makna bagi saya",kata manusia tersebut lalu memasukkan semula candy apple ke dalam mulutnya.Lelaki yang berdiri dibelakangnya hanya mengeluh.
"Milady,tolonglah bersikap sopan sedikit",bisik lelaki yang berdiri dibelakang kerusi gadis tersebut.
Gadis tersebut mengeluarkan batang candy apple dari mulutnya.Candy apple tersebut habis.Gadis itu kemudiannya mencapai candy apple yang baru.
"Tak nak,lagipun perut saya lapar.Lagipun saya tak habiskan langsung makanan saya waktu tengahari tadi sebab ada pengacau",kata gadis itu.Apabila dia ingin masukkan candy apple ke dalam mulutnya,lelaki yang berdiri dibelakang kerusinya merampas ia.
YOU ARE READING
First Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]
FantasyPerkara yang tidak dijangka telah berlaku pada kerajaan Alveon.Majlis ulang tahun kelahiran para puteri musnah sekelip mata apabila kerajaan tersebut diserang.Kesemua ahli kerabat diraja mati dibunuh kecuali tujuh puteri.Mereka diselamatkan oleh sat...