Air yang keluar dari kepala shower membasahi tubuh Asya.Mindanya sedang memikirkan tentang apa yang Tenshi katakan sebaik sahaja mereka diteleportkan ke pangkalan dengan menggunakan magik Tenshi.
Flashback
"Baiklah,Shafiq.Macam mana dengan pemerhatian kamu tentang misi pertama mereka?",tanya Tenshi pada Shafiq.
Sprainter dah lama pergi kerana ingin sambung main game.
"...berdasarkan apa yang saya lihat,kemahiran bertarung mereka masih di tahap junior.Tapi,mereka lakukan dengan baik sekali pada misi pertama mereka",kata Shafiq.
BAM!
Pintu bilik dibuka kasar oleh seorang lelaki.Spirits of Elementals berlari ke arah tujuh gadis itu dengan nafas yang tercunggap-cunggap.
"Kamu okey ke,Mel?",soal Blaze.Dia terkejut melihat Mel kerana kaki Mel yang nampak berbeza.
Halilintar memandang marah ke arah Tenshi.
"Apa semua ni,Tenshi?!Kenapa kau hantar mereka menjalankan misi tanpa beritahu kami?!",tanya Halilintar marah.Tenshi pula hanya mengeluh.
"Eh?Perlu ke aku beritahu?",soal Tenshi dengan muka tak bersalah.
"Mestilah!Sebab ketua organisasi tugaskan k-!"
"Bukan ke kamu bertujuh hanya ditugaskan untuk melatih mereka?Bukannya menjaga,Halilintar",kata Tenshi memotong percakapan Halilintar.
Halilintar terkedu.
"Lagipun,aku tak sangka pula kau risau tentang para gadis ini semua.Aku ingatkan kau benci mereka...",kata Tenshi.
"Jangan sebut lagi...",kata Halilintar.
"Kerana kerajaan mereka lah orang yang kau cinta mati",kata Tenshi.
Spirits of Elementals terdiam.Tujuh gadis itu pula terkejut mendengar apa yang Tenshi katakan tadi.
Tenshi mengeluh dan mengaru belakang kepalanya yang tak gatal.
"Haih...apa-apa jerlah.Oh ya,lupa pula.Kamu bertujuh..",kata Tenshi memandang ke arah tujuh gadis itu.
"Y...ya?"
"Esok,akan ada seseorang datang ke bilik kamu.Dia akan bawa kamu semua ke bilik saya",kata Tenshi tersenyum.
"Eh?Untuk apa?",soal Alina.
"Sebab kamu semua pasti ada soalan untuk tanya saya kan?"
Tujuh gadis itu mengangguk.
"Saya akan jawab soalan kamu,tetapi hanya satu sahaja.Jadi,lebih baik kamu semua fikirkan betul-betul apa yang kamu ingin tanya",kata Tenshi.Dia beredar dari bilik itu bersama dengan Shafiq yang mengekorinya dari belakang.
End of Flashback
---------------------------
Asya keluar dari bilik mandi dengan berpakaian.Rambutnya yang basah dilap dengan tuala mandi.
Adik-beradiknya yang lain,semuanya sedang duduk atas katil masing-masing.Mel dan Risa sedang melihat kad yang keluar dari badan mereka sebaik sahaja mereka nyahaktifkan kuasa.
"Ne,aku nak tanya soalan",kata Zara sebaik sahaja Asya duduk atas katilnya.Mereka semua memandang ke arah Zara.
"...apa yang kita nak tanya pada Tenshi esok?"
"...betul juga kan.Sebab dia hanya akan jawab satu soalan sahaja",kata Asyi.
"Tapi,masalahnya adalah kita ada banyak benda nak tahu",kata Alina.
"Betul.Kenapa kerajaan Alvisa serang kerajaan lain?Dan kenapa dia kata pada kita,yang kita fikir hanya kerajaan Alvisa sahaja yang serang kerajaan lain?",kata Risa.
"Dan...apa yang paling penting....apa kita sebenarnya?",kata Mel.
"Betul.Sebab lelaki tu nampak ketakutan sebaik sahaja Mel dapat aktifkan kuasa dia",kata Asya.
Mereka semua terdiam.Zara perasan yang Crystal diam sahaja sejak tadi.
"Crystal,kenapa senyap sahaja ni?Ada sesuatu ke?",tanya Zara pada Crystal menyebabkan Crystal sedikit terkejut.
"T..tak ada apa-apa...cuma...",Crystal berhenti bercakap.Dahinya berkerut.
"Ianya tentang apa yang Tenshi katakan tadi ke?",soal Zara.
"Ya....dan...mungkin apa yang saya katakan ni agak keterlaluan,tapi boleh tak..."
-------------------------
Di bilik Tenshi dan SprainterSprainter sedang khusyuk main game manakala Tenshi pula sedang mengusap perlahan kepala Misa yang sedang tidur.
"Kau ni balik-balik terus main game",kata Tenshi.
"Nak buat macam mana.Dah memang ni tabiat aku",jawab Sprainter.
"Apa yang jadi pada lelaki itu?",tanya Sprainter.
"Oh,cakap tentang anak buah organisasi ni yang dah khianati kita,aku arahkan semua Cerberus soal siasat dia.Kalau dia tak nak beritahu apa-apa,aku cakap terserah pada mereka",jawab Tenshi.
"Yang gadis tu pula?"
"....mungkin apa yang aku lakukan agak kejam,tetapi aku hapuskan dia.Lagipun,gadis itu adalah replika badan sebenar.Kau pun tahu kan?",kata Tenshi.
"ARGH!!!AKU KALAH!",jerit Sprainter kerana dia kalah dalam permainan.
Tenshi hanya memandang Sprainter dengan muka 😑.
"Hm...agaknya apa soalan yang tujuh gadis tu akan tanya aku?",kata Tenshi seorang diri.
--------------------------
Keesokan harinya
Seperti yang Tenshi katakan semalam,seorang lelaki datang ke bilik mereka untuk membawa mereka bertujuh ke bilik Tenshi.
Setelah lama berjalan,mereka sampai di bilik Tenshi.Sebaik sahaja mereka masuk,kelihatan Tenshi duduk di atas sofa,dan ada minuman terhidang atas meja.
"Maaf ya sebab kamu semua kena datang ke sini",kata Tenshi tersenyum riang.Tujuh gadis itu duduk di sofa berhadapan dengan Tenshi.
"....air apa ni?",soal Asyi melihat air yang ada dalam cawan tersebut.
"Ini koko yang dibancuh dengan air",kata Tenshi menghirup air dalam cawan.
"Baiklah,apa soalan yang kamu semua ingin tanya?",tanya Tenshi sebaik sahaja dia letakkan cawan atas piring.
Tujuh gadis itu pandang antara satu sama lain.
"....saya...ingin tanya...",kata Crystal dengan suara yang lemah.
"Siapa....orang yang Halilintar cinta?",soal Crystal.Mukanya nampak merah kerana malu.Tenshi ketawa kecil.
"Hehehe.Saya ingatkan kamu nak tahu tentang perkara yang lebih serius.Tak sangka ini soalan kamu,ya",kata Tenshi tersenyum.
Melihat Tenshi tersenyum,mereka ternampak bayangan Mimi.
"Sebelum saya jawab soalan itu,apa kata kalau saya beritahu satu cerita?",tanya Tenshi.
"Cerita?Apa tajuknya?",soal Zara.Tenshi tersenyum sinis.
"The Emotionless Girl"
YOU ARE READING
First Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]
FantasyPerkara yang tidak dijangka telah berlaku pada kerajaan Alveon.Majlis ulang tahun kelahiran para puteri musnah sekelip mata apabila kerajaan tersebut diserang.Kesemua ahli kerabat diraja mati dibunuh kecuali tujuh puteri.Mereka diselamatkan oleh sat...