Bulatan magik yang besar diseru didepan Ainin.Ainin mendepakan tangannya dan tembakan magik berunsur kilat keluar dari simbol tersebut dan menuju ke arah Mimi,serta Asya dan Crystal yang ada dibelakang Mimi.
"Eh?Kali pertama Ainin gunakan kuasa penuh ketika mula bertarung",kata lelaki tersebut.Dia tak kisah tentang penaklukan kerajaan Einhart ketika itu kerana konco-konconya pasti sedang jalankan tugas.
"Serangan ni.......",serangan magik tersebut semakin menghampiri Mimi.Crystal dan Asya pula berpelukan antara satu sama lain.
"Terlalu mudah untuk dihalang"
BOOOM!
Letupan yang kuat terhasil sekali lagi.Asap yang tebal muncul.
Ainin tidak membuat apa-apa pergerakan.Apabila asap semakin menghilang,dia terkejut.
"....serangan itu sepatutnya mampu buatkan kau terpelanting jauh ke belakang ataupun mati terus...tetapi.....",Ainin mengetap giginya.
Mimi masih berdiri.Dia tak berganjak langsung dari tempatnya walaupun seinci.Mimi tak mengalami apa-apa kecederaan,bajunya juga tak rosak atau kotor langsung.
"Macam mana kau boleh selamat tanpa ada sebarang kecederaan?!",soal Ainin.Mimi hanya diam.
Dibelakangnya,Crystal dan Asya berada dalam pelindung bersama yang lain.
"Sejak bila mereka dipindahkan?",soal Asya.
"Crystal,aku bergantung pada kau untuk buatkan Asya ingat semula mimpi dia",kata Mimi.
"Eh?Saya?Tapi kenapa?",soal Crystal.
"Sebab itu adalah kuasa yang kau ada",balas Mimi.
"Koff!Koff!",darah keluar dari mulut Alina.
"Ah,kak Alina!",kata Asya.
Satu simbol magik muncul dibawah tujuh gadis tersebut.Simbol tersebut berwarna hijau dan cahaya yang kecil seperti kelip-kelip keluar dari simbol magik.
"Magik tu akan pulihkan luka mereka semua.Ia juga akan pulihkan tenaga.Tak perlu risau tentang serangan yang akan datang kerana BARRIER MAGIC saya dapat halang semua jenis serangan",kata Mimi.
".....",Ainin meluru laju ke arah Mimi.Simbol magik yang kecil muncul di kedua belah belakang tapak tangannya.
Ainin menhayun penumbuk ke arah Mimi dengan laju dan bertubi-tubi,tapi satu pun tak kena Mimi.Mimi berjaya mengelak semuanya.
Ketika itu juga,Crystal sedang menolong Asya mengingat semula mimpinya.Dengan cara apa?Crystal guna fakta sains.
Ianya tak membantu Asya,tapi sebaliknya memeningkan kepala Asya!
"Urm..kak Crystal...i..itu cukup....saya...tak boleh ingat langsung",asap keluar dari atas kepala Asya.
"Ah,minta maaf!",kata Crystal.
Mimi membuat back-flip dan mendarat dengan selamat.Ainin masih cuba untuk mengenakan serangannya pada Mimi,tapi dielak dengan mudah.
"Lebih baik tenang dan fokus dari memaksa diri",kata Mimi sambil mengelak serangan Ainin.
"Oh,betullah!Tenang dan fokus!",kata Crystal dan Asya serentak memetik jari.
Ainin dan Mimi masih melakukan perkara yang sama.Lelaki tersebut mula bosan.
Asya sedang cuba mengosongkan fikirannya.Tapi asyik gagal.
"Tak boleh lah...akak Crystal..",kata Asya.
Crystal memandang ke arah adik-beradiknya yang sedang dipulihkan dengan magik Mimi kemudian memandang ke arah Mimi.
"Kita....dah berlatih bersungguh-sungguh....untuk jadi kuat....tapi...akhirnya,sama sahaja!Kita.............. diselamatkan lagi....",kata Crystal.
"Crystal,masih tak boleh ke?!",tanya Mimi mengelak serangan Ainin.Ainin berpusing 360 darjah dan cuba untuk menendang Mimi,tapi Mimi mengelak sebelum mengenainya.
Tendangan Ainin terkena almari.Almari tersebut pecah dan Ainin menyerang kembali Mimi.
"Asya tak dapat tenangkan diri dia...",kata Crsytal.
"Takkan perkara mudah pun tak boleh buat?Baiklah,tanya diri kau sendiri,Asya!Kenapa kau bertarung dan inginkan kuasa?!",kata Mimi.
"Ish!Berhenti mengelak!",kata Ainin.Dinding istana berlubang apabila tumbukannya dielak oleh Mimi terkena dinding.
"Sebab....kenapa saya bertarung?Bukan ke dah jelas ianya sebab saya nak bangunkan semula kerajaan Alveon bersama yang lain?",kata Asya.
"Kau nak bangunkan semula kerajaan Alveon?Itu bermakna kau hanya bertarung untuk masa silam!",jerit Mimi.
Asya terkedu mendengar apa Mimi katakan.Kata-kata Mimi sama dengan apa yang gadis yang dia jumpa sebelum ni katakan.Crystal hanya memandang Asya.
"Asya...buat masa sekarang ni,kita lupakan tentang kerajaan Alveon,okey?Lebih baik kita cari cara nak kau ingat semula mimpi",dahi Crystal dan Asya bertembung.Mimi yang nampak kejadian tersebut,tersenyum.
"Bagus!",kata Mimi.Ainin masih mengejar Mimi dan menyerangnya.Tapi serangannya sia-sia sahaja.
Mata Asya membulat.Satu demi satu dia mengingat semula mimpi yang dialaminya.Satu cahaya yang terang muncul di dada Asya.
Disebabkan ia terlalu silau,mereka semua menutup mata kecuali Mimi dan Asya.
'Inginkan kuasa?'
Cahaya tersebut menghilang.Mimi menghilangkan BARRIER MAGIC nya.Disebabkan cahaya tersebut,adik-beradik Asya yang lain terjaga.Crystal pula terkedu.Mimi berlari ke arah mereka.
"Nanti,mana kau lari?!",tanya Ainin.
"Maaf,pihak lawan kau bukan aku",kata Mimi menjelir lidah sambil mengenyit mata.
Pakaian Asya berubah menjadi pakaian lain.Ainin terkejut.
"..mustahil...mereka n-",katanya terhenti apabila Asya hilang secara tiba-tiba dan muncul didepan Ainin.
BOK!
Asya menendang perut Ainin hingga menyebabkan Ainin terhumban ke atas.
"Ga..hak!",Ainin memegang perutnya.Tendangan Asya sangat menyakitkan.
Asya melompat dan muncul di atas Ainin.Dia memukul belakang badan Ainin dengan kuat dan menyebabkan Ainin jatuh ke lantai.
BAM!
Lantai pecah teruk apabila Ainin jatuh.Dia masih lagi muntah disebabkan penangan Asya diperutnya.
"A...apa kuasa Asya?",soal Alina.Dia tak rasa sakit langsung.Lukanya dah pulih.
"Kalau kamu semua lihat,seperti inhuman strength,kan?",kata Mimi.Angin sepoi sepoi membuatkan rambut hitam panjang Mimi berterbangan ke depan.
Yang lain mengangguk.
"Ga...hak!",Ainin masih lagi tak berhenti muntah.Asya berjalan ke arahnya perlahan-lahan.Ainin menyeru simbol magik dan melepaskan tembakan magik berunsur api.
"Tapi....ianya bukan inhuman strength.Sebaliknya....",kata-kata Mimi tertangguh.
Serangan Ainin dihapuskan oleh Asya apabila Asya menghayun penumbuknya ke arah serangan tersebut.
"Ianya Determination",kata Mimi.
"Determination?Keazaman?",kata Mel.Mimi mengangguk.
"Semakin tinggi keazaman Asya,dia akan jadi kuat.Disebabkan keazamannya,kekuatan,ketahanan dan kelajuan,semuanya akan meningkat.Serangannya akan jadi kuat,daya tahan tubuh badannya dari serangan musuh menjadi lebih kuat,dan kelajuannya akan menjadi pantas dari biasa",kata Mimi.
YOU ARE READING
First Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]
FantasyPerkara yang tidak dijangka telah berlaku pada kerajaan Alveon.Majlis ulang tahun kelahiran para puteri musnah sekelip mata apabila kerajaan tersebut diserang.Kesemua ahli kerabat diraja mati dibunuh kecuali tujuh puteri.Mereka diselamatkan oleh sat...