Spirit 26-Goodbye

1K 101 17
                                    

(Sila pasang lagu di atas sambil baca chapter ini)

"Kekuatan Asya akan bertambah kalau keazaman dia semakin kuat.Kuasa Asya,Determination"

Asya berhenti berjalan.Matanya memandang ke arah Ainin yang terduduk dilantai.

"...Mimi,apa patut saya buat...dengan gadis ni?",tanya Asya pada Mimi.

"......kenapa kau perlukan kuasa,Asya?",Mimi tak menjawab soalan Asya.

"Eh?"

"Adakah kerana kau nak balas dendam?Membunuh?Ataupun.....kerana untuk melindungi orang yang kau sayang?",soal Mimi dengan nada serius.Asya mengenggam tangannya.

"...ianya kerana...saya nak lindungi orang yang saya sayang...",kata Asya.

"Jadi,kau tak patut bunuh Ainin",kata Mimi.Asya mengangguk.

CLAP!CLAP!

Lelaki tadi menepuk tangannya.

"Bagus!Bagus betul pertunjukkan kamu tadi!",kata lelaki itu tersenyum gembira.Dia berjalan ke arah Ainin.

Asya mengetap giginya.

"Ainin,nampaknya kekuatan kamu sekarang tak cukup kuat untuk berlawan dengan mereka.Jadi,dah tiba masa untuk mulakan Stage 2",kata lelaki itu.Tangan kanannya menuju ke dahi Ainin.Jari-jemarinya menembusi dahu Ainin menuju ke otaknya.

"A....ah!!!!!!!!!!",jerit Ainin.Satu simbol magik yang berwarna merah muncul di bawahnya.Simbol magik tersebut mengeluarkan angin kencang dan mengelilingi Ainin.Lelaki tersebut pula melarikan dirinya ke belakang dengan tersenyum sinis.

Angin yang mengelilingi Ainin hilang.Fizikalnya berubah.Rambut,mata,tangan,kaki,badan dan aura sekelilingnya berubah.Tubuh badannya menjadi dewasa.Warna rambut dan matanya menjadi warna merah darah.

"A...?!",ketujuh gadis itu terkejut termasuk Mimi.

"Lari!Asya!",jerit Mimi.

"Huh?",kata Asya memandang Mimi.

PASH!BOOM!

Tubuh badan Asya melanggar dinding istana dengan kuat.Dinding tersebut merekah.

"Apa?",kata Asya mengelap darah yang keluar dari mulutnya.

Ainin bergerak ke Asya dengan laju.Asya cuba berdiri,tapi serangan Ainin menyebabkan dia tak boleh berdiri dengan seimbang.

"Ah..habislah...",kata Asya.Ainin semakin mendekatinya.Kedua tangannya menjadi pencakar yang besar dan ianya dihayunkan ke Asya yang masih duduk.

Asya menutup matanya dengan ketakutan.

SPLASH!

Darah merencik keluar dari tubuh badan yang terkena cakar Ainin.Mulutnya memuntahkan darah.

Ainin berundur ke belakang.Cakar kanannya ada darah tubuh badan yang terkena serangannya.

Enam gadis itu terkejut melihat kejadian tersebut.Mata Asya membulat ketakutan.

"Ah..ah...M...Mimi!",kata Asya.

Cakar Ainin menembusi badan Mimi.Darah mengalir laju dari dadanya yang tertembus kerana cakar Ainin.

Mimi rebah di lantai.

"Mimi!Bangun!",kata Asya cuba menghentikan pendarahan luka Mimi.

"Hah..hah...ianya tak berguna..Asya...serangan tu...terkena jantung aku...jadi....aku..tak dapat hidup lagi...",kata Mimi dengan suara yang lemah.

"M-mustahillah!Kau kan,seorang yang kuat!Takkan hanya dengan satu serangan,kau mati dengan mudah!",kata Asya.Matanya mengalirkan air mata.Mimi hanya tersenyum.

"Saya..dah...gunakan...semua kuasa....untuk.....aktifkan kuasa kamu..
...jadi...saya tak dapat tahan serangan gadis tu.....",kata Mimi.

"Tolong beritahu Misa.....Saya...minta maaf.....Misa...kerana...tak dapat jadi kakak yang baik...dan dapat lindungi kamu......",kata Mimi.Air mengalir dari mata kirinya.

Tujuh gadis hanya diamkan diri.

"Dan beritahu Halilintar....saya minta...maaf....kerana saya...orang yang dia..cinta...mati....",kata Mimi.Kedua kelopak matanya tertutup rapat.

Tubuh badannya menghilang menjadi kelopak bunga dan berterbangan pergi ditiup angin.

Ainin,tanpa berlengah,terus menuju ke arah Asya yang kaku.

Seseorang muncul di depan Ainin dan Ainin terbuang ke belakang.

"Maaf...Mimi...kerana kami tak cukup kuat...kau telah terkorban.....",kata Asyi.Air mata mengalir dari kedua matanya.

"Walaupun kita baru sahaja berkawan selama beberapa hari....tapi ianya sangat gembira...kerana dapat berjumpa dengan kau...",kata Crystal.

"Betul,jadi....demi menuntut bela atas kematian Mimi,kami akan kalahkan kau!",kata Alina.

Ainin hanya diam sahaja.Dia tak dapat rasa apa-apa selepas kuasanya diperkuatkan.Kini,dia hanyalah seperti patung.

"Bagus.Semangat yang sangat tinggi!Jadi,tunjukkanlah!Dapatkah kamu,tewaskan gadis ni!",kata lelaki tersebut dengan tersenyum jahat.

Tanpa mereka sedari,ada seseorang memerhatikan mereka dari atas.

First Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now