Seorang perempuan sedang menaip dengan laju dipapan kekunci.Skrin hologram yang muncul didepannya dipenuhi dengan maklumat.
"Erm.Dah siap",skrin hologram hilang apabila gadis itu menekan sesuatu dipapan kekunci.Dia merengangkan badannya sebelum bangun dari kerusi.
"Eh?Mia dah siap kan laporan ke?",tanya seseorang yang lalu dimeja gadis itu a.k.a Mia.
"Ah,abang Akram.Ya,Mia dah siapkannya",balas Mia sambil tersenyum.
"Kamu ada misi lagi ke perlu dijalankan?",soal Akram.Mia menggeleng.
"Pihak atasan tak bagi Mia misi baru lagi.Lagipun esok......",raut muka Mia jadi sedih.Tangan kanannya memegang rantai batu kristal biru yang dipakainya.
Akram mengeluh dan mengusap perlahan kepala Mia.
"Aku tahu.Esok kau nak lawat dia.Dan aku akan ikut sekali",kata Akram.
"Eh?Abang Akram bukan ada misi ke?",soal Mia.
"Tak.Misi itu memang patut aku yang jalankan,tapi Undeafeated Queen serahkan ia pada Shafiq dan Qistina",balas Akram sambil meminum air kopi.
".....abang Akram pernah jumpa Undeafeated Queen ke?",tanya Mia.Soalan Mia membuatkan Akram tersembur air kopi.
"Koff,koff!"
Mia berasa pelik.Takkan lah soalan dia begitu mengejutkan bagi Akram.Padahal soalan itu senang sahaja untuk dijawap,kan?
"Maaf..Mia tak tengok ke perlawanan dia dengan Halilintar semalam?",kata Akram sambil mengelap mulutnya.
"Semalam Mia jalankan misi...bersama Sha...",kata Mia.Muka Mia pucat.
"Kenapa muka Mia pucat ni?",soal Akram.Mia menuding jari telunjuk tangannya ke depan Akram.
Akram memusing ke depan.Dia terkejut sedikit kerana..........
"Hehehe.Akram,sedap tak air kopi tu?",soal Nuraiza dengan tersenyum.Tapi ada sesiku empat merah yang kecil muncul dipipi kanannya💢.
Ya,Nuraiza marah dengan Akram kerana ketika dia tersembur air kopi,air kopi tersebut tersembur pada Nuraiza.
"M...memang sedap air kopi...tu...j...jang....janganlah marah....!",kata Akram dengan gelabah.Mukanya dah pucat dan berpeluh ketakutan.
Semakin Nuraiza melangkah ke Akram,Akram berundur ke belakang perlahan-lahan.Aura yang menakutkan keluar dari badan Nuraiza.
Ahli organisasi yang ada dalam bilik tersebut,hanya menggeleng dan mengeluh.
"Nuraiza,kita ada misi sekarang ni",seorang gadis membuka pintu.
Aura menakutkan yang keluar dari badan Nuraiza hilang sebaik sahaja gadis tersebut muncul.
"Fatini",kata Nuraiza memandang ke arah Fatini yang sedang berjalan ke arahnya.
"Kenapa kau basah?Kejap,ni bukan air kopi ke?",kata Fatini sambil mengelap Nuraiza dengan tuala.
Akram pula menyembunyikan dirinya entah di mana.
"Biarkan sahajalah.Baik kita pergi ke misi sekarang ni",kata Nuraiza.Fatini mengangguk lalu mereka berdua menuju ke pintu keluar.
Sebelum itu,Fatini berhenti didepan pintu keluar.
"...Mia,tolong sampaikan salam aku pada dia...",kata Fatini lalu melangkah keluar dari bilik tersebut.
"Oi,Akram.Kau dah boleh keluar dari bawah meja",kata Nuriah pada Akram yang duduk dibawah meja.
Akram keluar dari bawah meja perlahan-lahan.Kakinya kebas.
YOU ARE READING
First Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]
FantasyPerkara yang tidak dijangka telah berlaku pada kerajaan Alveon.Majlis ulang tahun kelahiran para puteri musnah sekelip mata apabila kerajaan tersebut diserang.Kesemua ahli kerabat diraja mati dibunuh kecuali tujuh puteri.Mereka diselamatkan oleh sat...