Spirit 15-Perlawanan dengan Darkness Princess

1.2K 113 13
                                    

"Laju lagi,Risa!"

"B-baik!"

"Crystal,tumbuk lebih kuat!"

"Baik!"

Ketujuh gadis itu masih melakukan latihan menumbuk punching bag selama seminggu.

Gempa meniup wiselnya menandakan latihan mereka tamat.Ketujuh gadis itu menghembus nafas.

"Nah,minum air mineral ni",kata Thorn sambil berikan botol pada Risa.Risa mengambil botol tersebut lalu minum air.

Yang lain juga sama.Cuma Halilintar berikan botol dan tuala basah pada Crystal.Crystal meletakkan tuala basah itu pada lehernya dan dia rasa sangat selesa.

"Hm......aku rasa ni dah kali ke berapa kau pecahkan punching bag hari ni,Asya?",tanya Gempa pada Asya yang sedang minum air mineral.

Asya hanya mengaru pipi kanannya yang tak gatal.

"Nanti kamu semua sambung latihan selepas 3 minit berehat",kat Solar.Tujuh gadis itu hanya mengangguk.

Ketujuh puteri itu sambung berlatih selepas 3 minit mereka berehat.Asya cuba mengawal kekuatan tangannya untuk tak pecahkan punching bag sekali lagi.

Ketika itu jugalah,seorang gadis masuk ke dalam gim.

"Wah,nampaknya mereka rajin berlatih",kata gadis itu.Spirits of Elementals memandang ke arah gadis itu.Muka mereka terkejut sedikit.

"Hai,saya datang melawat",kata gadis itu sambil senyum.

"Hai,Qistina!",kata Taufan dengan ceria.

"Sedang cuba tingkatkan stamina mereka?",tanya Qistina.Gempa mengangguk.

Qistina memerhatikan satu demi satu tujuh gadis itu.Qistina tersenyum sinis apabila matanya melihat Mel.

"Gempa,boleh saya minta satu permintaan?",tanya gadis bertubuh kanak-kanak 12 tahun itu.

"Boleh.Apa dia?",tanya Gempa.

Ketujuh puteri itu berhenti berlatih apabila Gempa meniup wisel.Ketujuh gadis itu berkumpul.

"Saya rasa kamu semua ingat kan gadis ni?",tanya Blaze.

"Ah,ya.Salah seorang yang dipanggil Cerberus,Qistina.Gelarannya adalah Darkness Princess",kata Asyi.

"Betul.Selamat berkenalan",kata Qistina dengan senyuman comel.

"Kenapa latihan kami dihentikan?",tanya Risa.

"Ah,itu sebab Qistina minta perlawanan dengan Asyi",kata Taufan.Asyi terkejut.

"P-perlawanan?T..tapi saya tak ada kuasa.Mestilah saya kalah!",kata Asyi dengan ketakutan.

"Bukannya perlawanan guna kuasa,tapi boxing",kata Qistina.

"Eh?Tapi....",Asyi memerhatikan Qistina dari bawah hingga ke atas.Dia rasa Qistina pasti akan dipukul teruk olehnya kerana fizikal Qistina yang kecil.

"Saya akan tukar baju dulu",kata Qistina lalu masuk ke dalam bilik tukar pakaian.

"Erh....saya tak sanggup nak pukul dia...",kata Asyi.Taufan mendekatinya.

"Kau rasa Qistina tu hanya pandai berlawan guna magik?Kau salah sama sekali.Lebih baik jangan pandang rendah pada dia",kata Taufan.

"Huh?",kata Asyi.

Qistina keluar dari bilik tukar pakaian dengan memakai T-shirt berwarna putih dan seluar sukan biru.Rambutnya yang panjang itu diikat ponytail.

First Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]Where stories live. Discover now