Ketujuh puteri tiba di kafeteria.Ramai orang ada dekat situ.
"..mereka ni ahli organisasi juga ke?",tanya Zara.
"Ya.Mereka semua ahli organisasi",balas Mia.
"Mana nak ambil makanan?Sebab si Crystal ni dah tak dapat tahan lagi ni",kata Alina.Crystal sedang berpaut pada dinding kerana tiada tenaga untuk berdiri.
"Mia akan ambilkan ia.Tuan puteri duduklah dulu",kata Mia sambil tersenyum manis.Ketika Mia ingin melangkah pergi,Alina memegang bahu gadis itu dengan perlahan.
"Saya akan ikut.Sebab susah kalau seorang gadis angkat banyak makanan",kata Alina sambil memberikan senyuman.
"..okey,kalau tuan puteri tak keberatan",balas Mia.Asya,Asyi,Zara,Crystal,Mel dan Risa duduk di meja yang kosong.Mereka rasa tidak selesa kerana sebaik sahaja mereka sampai di kafeteria,banyak mata memandang mereka dan ada juga berbisik.
"...luka adinda semua macam mana?",tanya Zara.
"Tak tahu nak cakap okey ke tak.Cuma rasa sakit kalau bergerak terlalu banyak",balas Crystal.
"Baguslah kalau macam tu.Tak ada yang terbuka jahitan kan?",tanya Zara lagi.
"Tak ada",balas Crystal.
"Tapi,kenapa semua orang pandang kita?",tanya Asyi dalam nada berbisik.
"....entahlah..",balas Crystal.
"Maaf sebab lambat.Makanan dah sampai",Mia membawa dua dulang makanan manakala Alina bawa 6 dulang makanan.Keenam-enam puteri memandang mereka dengan rasa hairan.
"Kenapa kakanda Alina bawa 6 dulang sekaligus?",tanya Asya.
"Tuan Puteri Alina yang berkeras nak bawa 6 dulang sekaligus.Mia biarkan jer lah",balas Mia sambil letakkan dulang yang dibawanya atas meja.
"Tak berat ke,kakanda?",tanya Mel.
"Ini biasa sahaja.Lagipun ini boleh dikatakan salah satu latihan kakanda untuk kuatkan stamina",balas Alina meletakkan dulang yang dibawanya atas meja.
Mata yang memandang mereka semua dan bunyi suara terus hilang selepas Mia tiba.Mereka menjamah makanan tanpa mengeluarkan bunyi.Crystal makan dengan penuh sopan,walaupun makanan dia paling banyak.Mel pulak dipaksa makan dengan sopan oleh Alina kerana di istana dulu,Mel makan dengan gelojoh.Risa pula hanya makan makanannya sedikit.
"Kenapa ni,tuan puteri Risa?",tanya Mia,merisaukan keadaan Risa.
Selepas Risa mengetahui yang mereka akan dibunuh jika kerajaan Alvisa mengetahui mereka masih hidup,muka Risa yang selalu ceria terus mejadi masam.
"..tak ada apa-apa.Cuma...saya tak boleh makan banyak dengan badan penuh luka ni..rasa sakit",balas Risa.
"Ah,maafkan Mia.Patutnya Mia ambil sup",kata Mia.Dia rasa serba salah.
"Tak..tak apa.Tak perlu ambilkan",Risa menghalang Mia dari berdiri.Mia memandang Risa seketika kemudian duduk semula.
"..Mia,kenapa bila kami masuk ke kafeteria,mereka semua pandang kami?",tanya Crystal.Makanan dia sudah habis licin.
"Ah,itu sebab tuan puteri semua bersama Mia",balas Mia.
"Hei,Mia!",seorang lelaki bermata hijau menyapa Mia.
"Hai!Mana yang lain?",tanya Mia pada remaja lelaki bermata hijau tersebut.
"Mereka semua sedang jalankan misi,saya saja yang tak terlibat",balas remaja lelaki tersebut.Remaja itu perasan tentang tujuh puteri tersebut.
"Siapa mereka semua ni,Mia?",tanya remaja lelaki tersebut.
"Ah,mereka ni puteri-puteri dari kerajaan Alveon.Bukan ke kau ada waktu selamatkan mereka?",tanya Mia.
"Ada ke?Tak ingatlah",balas remaja lelaki tersebut mengetuk perlahan kepalanya.
"Hm.Nak berkenalan ke?",tanya Mia pada tujuh puteri.
"Ah,ya",kata Zara.Risa masih tidak mengalihkan pandangannya.Dia masih memandang ke bawah.
"Saya Zara,kakak sulung pada mereka semua"
"Alina,kakak kedua"
"Crystal!Kakak ketiga!"
"Saya Asya,ini adik kembar saya,Asyi.Kami 13 tahun"
"Saya Mel!13 tahun!"
Mereka semua memandang ke arah Risa kerana dia tak bersuara langsung.
"Urm...tuan puteri?Tuan puteri okey ke?",tanya remaja lelaki tersebut.Risa tersedar dari lamunannya.Dia masih fikirkan perbualannya dengan lelaki yang menjelaskan segala perkara tadi.
Risa mendongak kepalanya memandang remaja lelaki tersebut.Ketika dia memandang remaja lelaki itu,dia seperti mendapat cahaya,cahaya untuk meneruskan hidupnya.
"S....saya Risa..kakak...keempat",kata Risa.Dia masih memandang remaja lelaki itu.
"Selamat berkenalan!Nama saya Thorn!Tuan puteri semua boleh panggil saya Thorn!",kata remaja lelaki tersebut a.k.a Thorn.Thorn memberikan senyuman.Risa masih tak mengalihkan pandangannya dari Thorn.
"..s..selamat berkenalan",Risa membalas senyuman Thorn.Kini,muka Risa jadi ceria semula.
Kebahagiaan miliknya yang dulu musnah....
Kini.......mereka perlu meneruskan hidup...
Dengan memerlukan kebahagiaan yang baru...
Kebahagiaan.....dicintai...
YOU ARE READING
First Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]
FantasyPerkara yang tidak dijangka telah berlaku pada kerajaan Alveon.Majlis ulang tahun kelahiran para puteri musnah sekelip mata apabila kerajaan tersebut diserang.Kesemua ahli kerabat diraja mati dibunuh kecuali tujuh puteri.Mereka diselamatkan oleh sat...