"Erm....."
"Ah,dia dah sedar!"
Asyi membuka matanya.Dia terkejut apabila nampak dua orang yang tak dikenalinya.Asyi menukar posisinya dari baring kepada duduk secara mengejut.
"Ah!",seluruh badannya rasa sakit.Lukanya sudah dijahit.
"Jangan bergerak terlalu banyak,jahitan luka tuan puteri akan terbuka nanti",kata salah seorang daripada mereka berdua,seorang gadis yang berambut silver panjang.
"Hah...d...di mana saya?Ma...mana kakanda?",tanya Asyi.
Pintu bilik dibuka dengan kasar.Asyi teruja apabila nampak orang yang dia sayangi.
"Kakanda Asya!",kata Asyi dengan gembira.
"Asyi!Kamu dah sedar!",Asya berlari ke arah Asyi yang duduk atas katil dan terus memeluk adik kembarnya,dan Asyi memeluk kakaknya juga.
"Aduh!!!Sakit!!Sakit!!Sakit!!!",jerit mereka berdua.Asya dan Asyi melepaskan pelukan mereka berdua.
"Siapa suruh peluk kuat-kuat...luka tuan puteri masih tak pulih sepenuhnya lagi..",kata seorang lagi daripada dua orang yang menjaga Asyi semasa dia tak sedarkan diri.Lelaki berambut hitam itu mengeluh lalu beredar keluar dari bilik tersebut.
"Tuan Puteri Asya!Ja...jangan...lari!",seorang remaja perempuan bermata biru masuk ke dalam bilik Asyi.Remaja itu sangat cantik.
"Hah...hah....kenapa...lah....mereka ni tetap bertenaga walaupun luka mereka masih tak sembuh...",kata remaja perempuan bermata biru tersebut.
"Entahlah.Ambil nafas dulu,Mia",kata gadis berambut silver.
"Hah....mana perginya Akram,Sha?",tanya Mia,gadis bermata biru.
"Dia dah keluar",balas Sha.
Asya dan Asyi masih bingung dengan apa yang terjadi.Mereka berdua tak faham dimana mereka,kenapa mereka ada disini,siapa remaja-remaja ni semua.
"Mesti tuan puteri berdua nak tahu apa tempat ni",kat Sha.Asya dan Asyi hanya mengangguk.
"Baiklah,sebelum itu,tuan puteri Asyi kenalah pakai baju lain.Sebab yang tuan puteri pakai tu hanya singlet dan seluar biasa",kata Mia.Muka Asyi merah padam kerana pakaiannya tak sopan langsung,dan mereka menukarkan pakaiannya.
"Maaf ya.Sebab pakaian tuan puteri ada darah,jadi kami terpaksa tukarkannya.Tuan puteri boleh pilih pakaian dalam almari tu.Kami minta diri ya",Sha dan Mia tunduk hormat lalu keluar dari bilik tersebut.
".....apa sebenarnya yang berlaku,kakanda Asya?",tanya Asyi.Dia masih duduk atas katil.
"...kakanda tak tahu.Sebaik sahaja kakanda bangun,mereka langsung tak bagi penjelasan.Kerana mereka akan bagi selepas semua orang bangun",balas Asya.Muka Asyi jadi sedih kerana dia masih ingat dengan jelas apa yang berlaku sebelum dia hilang kesedaran.
"Dah,dah.Mereka akan bagi penjelasan pada kita,jadi lebih baik adinda tukar baju",kata Asya mengusap pipi Asyi.Asyi mengangguk lalu dia menuju ke almari,tapi dia tak dapat seimbangkan dirinya.Asya memegang tangan kanan Asyi untuk membantunya.
----------------------------
Knock!Knock!
Pintu bilik diketuk oleh seseorang.Mia yang mengetuk pintu bilik tersebut.
"Tuan puteri Asya,tuan puteri Asyi sudah bersiap?",tanya Mel di luar bilik.
"Su...sudah..",balas Asya dari dalam bilik.Pintu bilik dibuka oleh Asya dan kelihatan Asyi memakai pakaian lain.
"Baiklah,saya akan iringi tuan puteri",kata Mia.
Asya dan Asyi berjalan mengikuti Mia tanpa menanyakan soalan.Sunyi.Tiada sesiapa pun bersuara.
"Baiklah,kita dah tiba",kata Mia.Dia menghulurkan tapak tangannya pada pintu bilik.Apabila tapak tangannya menyentuh pintu,pintu terbuka secara automatik.
Sebaik sahaja Asya dan Asyi masuk,kelihatan adik-beradik mereka ada dalam bilik tersebut.
"Asya,Asyi!",kata para kakanda Asya dan Asyi secara serentak.
"Baguslah semua tuan puteri sudah sedar",kata seorang lelaki yang memakai kot hitam.
"Saya akan jelaskan semuanya",katanya lagi.
"Kerajaan Alveon,iaitu kerajaan yang diperintah oleh ayahanda para puteri,telah diserang oleh kerajaan Alvisa.Kami tidak boleh beritahu tuan puteri semua tentang kerajaan Alvisa kerana ianya maklumat sulit"
"Maklumat sulit?",kata Asyi.Ketujuh-tujuh puteri tersebut duduk di kerusi yang disediakan khas untuk mereka.
"Kami mendapat maklumat yang kerajaan Alvisa akan menyerang kerajaan Alveon,kami telah menghantar beberapa ahli kami untuk menghalang perkara tersebut,tapi..."
"Kalau kamu tahu perkara tersebut akan berlaku,kenapa kamu tak beritahu pada ayahanda kami?!",Crystal geram.Dia terkejut kerana dapat rasakan aura membunuh.
"....tuan puteri Crystal,bawa bertenang",kata lelaki tadi.
Mia,dan beberapa orang lagi dalam bilik tersebut mengeluarkan aura membunuh apabila Crystal bersuara.
"Kamu semua juga,bawa bertenang",kata lelaki tadi juga.Aura membunuh hilang begitu sahaja.
"Kami cuba untuk menghalang perkara tersebut,tapi kerajaan Alvisa bertindak lebih cepat.Apabila ahli kami sampai di istana,istana diselubungi api.Mereka masuk ke dalam istana untuk mencari sesiapa yang masih hidup,namun....mereka terlambat.Hanya tuan puteri bertujuh saja yang masih hidup.Mereka selamatkan tuan puteri sebelum jatuh ke atas api.Tuan puteri tak sedarkan diri selama dua hari"
"...nanti,apa jadi pada kerajaan Alveon?",tanya Alina.
"...kerajaan Alveon musnah.Kerajaan Alvisa telah takluki keseluruh kerajaan Alveon",kata lelaki tadi.
"Mu...mustahil...",kata Alina.
Ketika itu,Crystal baru perasan sesuatu.
"...dua hari...kami tak sedarkan diri..?",tanya Crystal dengan dahi yang berkerut.Lelaki tersebut mengangguk.Crytsal masih mengerutkan dahinya.Semua orang dalam bilik rasa pelik dan risau kecuali lelaki yang menjelaskan semua benda dan Alina.
"Pa........",kata Crystal.
"Pa?",kata semua orang serentak kecuali lelaki yang menjelaskan semua benda,Akina dan Crsytal.
"Patutlah saya lapar sangat....ada makanan tak?",kata Crystal.Semua orang dalam bilik jatuh ala ala anime style kecuali Alina dan Crystal.
"Urm....ada makanan.Mia,tolong tunjukkan tempatnya",kata lelaki yang menjelaskan segala benda.Mia hanya menuruti arahan lelaki tersebut.Ketika ketujuh-tujuh puteri tesebut mahu keluar dari bilik,Risa berhenti seketika lalu pandang ke arah lelaki yang menjelaskan segala benda.
"Kau boleh beritahu,apa tempat ni dan kenapa kami dibawa ke sini",kata Risa.
"...ini adalah pangkalan kami.Kami adalah organisasi rahsia",kata lelaki tersebut.
"Organisasi?Jadi apa nama organisasi ni?",tanya Risa.
"Tiada.Kami tak perlukan nama"
"....dan kenapa kami dibawa ke sini?",tanya Risa lagi.
"Jika kami biarkan sahaja tuan puteri,tuan puteri akan mati dibunuh oleh pemerintah kerajaan Alvisa.Jadi,boleh dikatakan tuan puteri di bawah perlindungan kami.Kerajaan Alvisa sangka tuan puteri dah mati.Jadi kami akan memastikan mereka tidak mengetahui tuan puteri masih hidup ",balas lelaki itu.
YOU ARE READING
First Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]
FantasyPerkara yang tidak dijangka telah berlaku pada kerajaan Alveon.Majlis ulang tahun kelahiran para puteri musnah sekelip mata apabila kerajaan tersebut diserang.Kesemua ahli kerabat diraja mati dibunuh kecuali tujuh puteri.Mereka diselamatkan oleh sat...