"Mimi?!Tapi...bukan ke..?!"
Crystal terkejut.Adik-beradiknya juga terkejut kerana tak sangka orang pertama Halilintar cinta adalah Mimi.
"Halilintar hanya tak dapat maafkan,bukannya dia benci Mimi",jawab Tenshi.
"....cinta kedua Halilintar?",soal Alina.
"Cinta kedua Halilintar,nama gadis itu adalah Yaya,pengguna kuasa graviti",jawab Tenshi.
"Yaya terkorban 3 tahun yang lepas ketika menjalankan misi",kata Tenshi.
"Nanti,kejadian 3 tahun yang lepas,sebenarnya apa yang terjadi waktu tu?",tanya Asya.
Pandangan mata Tenshi jadi serius.Ketujuh gadis itu menelan air liur.
"....kejadian tiga tahun yang lepas...."
Suasana dalam bilik jadi tegang.Ketujuh gadis itu menunggu jawapan Tenshi.
".....maaf,saya tak boleh beritahu",jawab Tenshi menghirup air koko dalam cawan.
Mendengar jawapan Tenshi,tujuh gadis itu jatuh ala-ala anime style.
"Kenapa tak boleh pula?!",soal Mel geram.Mana taknya?Ingatkan soalan mereka akan dijawab sebab Tenshi nampak serius.
"Eh?Bukan kamu semua patut ke sebab apa?Kan saya dah kata semalam.....H.A.N.Y.A.S.A.T.U.S.O.A.L.A.N♡",kata Tenshi dengan muka tak bersalah membuatkan Mel makin geram.
"Haih...kalau macam ni..macam mana kita nak tahu?",ngeluh Zara.
"Hehehe.Jangan risau",kata Tenshi.
"Eh?",kata tujuh gadis itu serentak.
"Setiap kali kamu semua jalankan misi dan bejaya jalankan ia,saya akan jawab satu soalan",kata Tenshi.
"Betul ke?!",kata tujuh gadis itu serentak.
"Uh'uh",jawab Tenshi tersenyum riang.
"...tapi....Crystal,Alina,Asyi dan Zara...kuasa mereka tak keluar lagi...macam mana nak jalankan misi?",kata Asya melihat mereka berempat.
"Saya ada cara untuk keluarkan ia",kata Tenshi.Sekali lagi,tujuh gadis itu terkejut.
"Apa?!Betul ke?!"
Tenshi mengangguk.
"Sebelum itu,saya nak tanya kamu semua satu soalan",Tenshi memandang serius muka tujuh gadis dihadapannya itu.
"Apa yang kamu semua nak lakukan dengan kuasa tu?",tanya Tenshi.
"...saya...nak selamatkan ramai orang dari terbunuh dengan menggunakan kuasa saya",kata Mel.
"...saya pula...kerana ingin melindungi keluarga saya",kata Risa.
"Saya ingin lindungi Asyi",kata Asya tersenyum.
Alina,Zara,Crystal dan Asyi sedang fikir kenapa mereka inginkan kuasa.
".....saya....inginkan kuasa untuk biarkan manusia dapat melihat hari esok,kemudian hari-hari berikut!",kata Alina.
"....saya...ingin berjuang dengan kakak saya...",kata Asyi malu.
"....kerana...saya tak mahu mereka mengalami perkara yang sama macam kami,kata Zara.
"...dan..saya perlukan kuasa untuk menyelamatkan nyawa yang masih hidup dari mati dibunuh dan ingin bersama dengan orang yang saya sayang!",kata Crystal.
Sebaik sahaja Crystal beritahu sebab kenapa dia inginkan kuasa,seluruh badan tujuh gadis itu bercahaya terang.Tenshi hanya tersenyum.
Kerana cahaya yang terlalu silau,tujuh gadis itu menutup mata mereka.
----------------------------
"Erm...urm...",Crystal membuka matanya perlahan-lahan.
Sebaik sahaja matanya terbuka,apa yang dia nampak hanyalah warna putih.Persekitaran tempat tersebut hanyalah putih,tak ada apa-apa yang lain.
Adik-beradiknya yang lain yang juga terkejut.
"Di...di mana ni?",kata Alina.Yang lain diam,menandakan tidak tahu.
Akhirnya,kita dapat bersua muka juga.
"!"
Ketujuh gadis itu terkejut.Di depan mereka semua,terdapat tujuh orang.
Di depan Mel,seorang remaja perempuan yang duduk atas kerusi roda.
Di depan Asya,seorang lelaki yang mata kanannya berbalut dan ada parut di pipi kanan.
Di depan Asyi,seorang gadis yang memakai pakaian arab dan memegang neraca.
Di depan Risa,seorang gadis berambut putih dan memakai dress merah.
Di depan Alina,seorang remaja perempuan yang berambut blond,memakai mantel biru dan memakai zirah dan memegang sebilah pedang.
Di depan Zara,seorang gadis yang rambutnya berambut biru laut begitu juga dengan mata.
Di depan Crystal,seorang gadis berambut biru kehitam-hitaman dan memakai mafela.Mata gadis itu tertutup.
Jangan takut.Kami takkan apa-apakan tuan puteri.
"S...siapa kamu?",tanya Risa.
Kami adalah kuasa tuan puteri sekalian.Kita dapat bersua muka kerana tuan puteri sekalian telah pun beritahu keinginan kamu semua.
"Keinginan kami?"
Betul,keinginan kenapa kamu semua perlukan kuasa.Kami,dengan relah hati,menyerahkan kesemua kuasa kami supaya tuan puteri sekalian dapat melakukan keinginan kamu.
Enam daripada kuasa tujuh gadis itu bercahaya dan cahaya itu menuju ke arah kuasa Crystal.
...saya....ingin berterima kasih....kerana...tuan puteri sekalian...menjadi kawan...Mimi...
Gadis berambut biru laut itu tersenyum dan air mata mengalir di pipinya.Tubuh badannya bercahaya dan cahaya itu semua pergi ke arah tujuh gadis itu.
-------------------
Di dunia realitiKetujuh badan gadis itu bercahaya.Tenshi dengan muka tenang,menghirup air koko dalam cawannya.
Sebaik sahaja cahaya tersebut hilang,tujuh gadis itu membuka mata mereka.
Pakaian mereka berubah menjadi pakaian lain.
"Taniah.Kuasa kamu semua dah dibangkitkan",kata Tenshi tersenyum riang.
"Baiklah.Sekarang ni,saya ingin tanya",kata Tenshi.
"Ya?",soal Alina.
"Apa nama kumpulan kamu?"
"Nama kumpulan?",kata Mel.
"Ya.Melalui jawapan yang kamu semua berikan pada saya,saya pasti yang kamu semua mahu berkumpulan,kan?",kata Tenshi.
"...ya..",kata Zara.
"Jadi,apa namanya?"
Tujuh gadis itu berpandangan antara satu sama lain kemudian mengangguk.
"Nama kumpulan kami.....Seven Princesses"
The End
YOU ARE READING
First Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]
خيال (فانتازيا)Perkara yang tidak dijangka telah berlaku pada kerajaan Alveon.Majlis ulang tahun kelahiran para puteri musnah sekelip mata apabila kerajaan tersebut diserang.Kesemua ahli kerabat diraja mati dibunuh kecuali tujuh puteri.Mereka diselamatkan oleh sat...