"Sekejap jer perlawanan tu habis...",kata Mel sambil berjalan ke bilik rawatan bersama yang lain.
"Memang sekejap dan paling penting,Nuriah tak keluarkan kuasa penuh langsung",kata Halilintar.Tujuh gadis itu terkejut.
"Hah?!Tapi,serangan Nuriah tu dah cukup kuat!",kata Alina.
"Bukan Nuriah sahaja,Cerberus yang lain pun sama.Waktu misi hari tu,mereka tak serius langsung",kata Solar.Tujuh gadis itu ternganga.
"Lagipun,dalam organisasi ni,Nuriah ahli kedua termuda",kata Taufan.
"Huh?Ada yang lebih muda dari 11 tahun ke?",tanya Crystal.
"Memang ada,dan dia sangat muda",kata Thorn.
----------------------------
Di bilik rawatan,Blaze...Yuuki menyelimutkan Blaze yang masih tak sedarkan diri.Semua luka Blaze dah dipulihkan.
"Yuuki!Macam mana dengan keadaan Blaze?!",tanya Sha.Dibelakangnya adalah Mia yang sedang memeluk satu haiwan berbulu putih yang comel.
"Woah!!",Yuuki jatuh terduduk atas lantai kerana terkejut.
Dahlah Sha masuk tak ketuk pintu.Mia menolong Yuuki bangun.
"Tolonglah ketuk pintu dulu",kat Yuuki.
"Hehe...",Sha mengaru belakang kepalanya yang tak gatal.
"Macam mana dengan keadaan Blaze?",tanya Mia.
"Ah,keadaan dia okey.Cuma masih tak sedarkan diri sahaja",kata Yuuki.Mia dan Sha memandang Blaze dengan pandangan risau.
"Bila agaknya dia akan sedar?",tanya Mia.
"Urm...dalam beberapa hari,paling awal,lusa",balas Yuuki.
"Begitu ke...baguslah",kata Sha.
"Kami minta diri ya.Ada misi yang perlu dijalankan",kata Sha mengheret Mia keluar dari bilik rawatan.
"Haih.....aku kesian dengan Blaze..teruk dia dikalahkan oleh Nuriah....",kata Mia.
"Cakap tentang Nuriah,apa jadi kat dia?",tanya Sha.
"Ah,saya dengar yang Undeafeated Queen panggil Nuriah ke bilik dia",balas Mia sambil mengusap kepala haiwannya.
-----------------------------
Bilik Undeafeated Queen
Nuriah melutut didepan katil Undeafeated Queen.
"Nuriah,kamu tahu tak yang serangan terakhir kamu tu boleh sebabkan kematian pada Blaze?",tanya Undeafeated Queen.Nuriah hanya menunduk.
"Saya minta maaf.......",kata Nuriah dengan rasa serba salah.
Undeafeated Queen hanya memandang Nuriah.Matanya masih tak ada cahaya dan mukanya tak tunjukkan apa-apa emosi langsung.
"Baiklah,kamu dah boleh pergi.Jangan buat perkara yang sama lagi",kata Undeafeated Queen.
Nuriah bangun perlahan-lahan dan menunduk hormat sebelum keluar dari bilik Undeafeated Queen.
"Haih.....nasib baik aku dilepaskan...",kata Nuriah sebaik sahaja dia keluar dari bilik gadis itu.
Ketika itu,dia terserempak dengan seorang lelaki yang tinggi.Lelaki itu menolak troli makanan yang penuh dengan buah strawberi.
"Kali ke berapa dah kau bawa makanan untuk dia,Arago?",tanya Nuriah dengan sebelah keningnya terangkat.
Mana taknya.Waktu dia dalam bilik Umdeafeated Queen,katil gadis tu penuh dengan plastik burger.
"Kali yang ke-7",balas lelaki tersebut a.k.a. Arago.
Nuriah hanya membuat muka tak percaya lalu beredar.Arago mengetuk pintu bilik.
"Masuk....",kata Undeafeated Queen.
Arago membuka pintu lalu menolak masuk troli makanan.Melihat Arago,Undeafeated Queen terus bangun dari katilnya lalu memeluk Arago.
Arago hanya mengusap perlahan kepala gadis itu.Undeafeated Queen memakai dress putih yang labuh hingga mencecah lantai.
"Haih,milady.Rindu sangat ke saya ni?Saya baru jer keluar untuk beberapa minit",kata Arago.Undeafeated Queen mendiamkan diri,dia masih lagi peluk Arago.
Arago melepaskan genggamannya pada troli makanan dan kedua belah tangannya memeluk kembali gadis itu.Lalu dia mencempung badan Undeafeated Queen yang kecil itu dan menuju ke katilnya.
Arago meletakkan perlahan Undeafeated Queen dikatil lalu menolak troli makanan disebelah katil gadis itu.
"Saya bawa strawberi dan coklat cair",kata Arago.Undeafeated Queen mencucuk sebiji strawberi dengan lidi kemudian menceluk ia kedalam coklat air.
Strawberi yang disalut coklat itu disuapkan ke dalam mulutnya.Arago mengutip semua plastik makanan yang ada atas katil Undeafeated Queen lalu membuangnya.
"....milady tak sikat rambut ke?",tanya Arago.Rambut Undeafeated Queen itu kusut masai.
Gadis itu hanya mengangguk perlahan.Arago hanya senyum lalu duduk dibelakang gadis itu.Tangannya memegang sikat rambut lalu disikatnya rambut yang kusut masai tu.
Undeafeated Queen,dari wajah yang tak ada emosi,wajahnya menjadi ceria sebaik sahaja Arago masuk ke dalam biliknya .
Rambut Undeafeated Queen yang kusut masai itu,terus jadi terurus.Arago mendandan rambutnya gaya rambut toncang.
"Milady tak nak keluar ke?Janganlah asyik terperuk dalam bilik",kata Arago sambil mengusap perlahan kepala gadis itu.
"Malaslah...lagipun tak ada siapa akan bercakap dengan saya...",kata Undeafeated Queen.
"Hanya disebabkan ibu saya salah seorang pengasas organisasi,mereka tak nak bercakap dengan saya",katanya lagi.
"Saya tak kira,milady kena keluar juga.Cuba cari kawan ke",kata Arago.Undeafeated Queen hanya mendiamkan dirinya.
"Apa kata kalau milady cuba berkawan dengan ahli baru?",kata-kata Arago membuatkan Undeafeated Queen berhenti makan.
".....saya akan cuba...tapi Arago kenalah teman saya",katanya.
"Ya,ya.Saya akan teman.Tapi bukan dalam bentuk ni atau bentuk sebenar saya",kata Arago.Undeafeated Queen tersenyum.
"Asalkan kamu teman saya!",kata Undeafeated Queen dengan tersenyum manis.Arago juga tersenyum.
"Ah!Milady,ada coklat kat pipi tu.Tolonglah makan sopan sikit",Arago menyapu kesan coklat yang ada pada pipi kanan gadis itu dengan sapu tangan miliknya.
Undeafeated Queen hanya ketawa riang.Arago pun sama.
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Yeah!Nampaknya identiti sebenar Undeafeated Queen akan terdedah!Siapalah agaknya dia ya?Oh ya!Ini bilik Undeafeated Queen.
Beranda digantikan dengan TV besar.Saiz katil dia pula lebih besar dari King Size.
Readers rasa macam mana rupa Undeafeated Queen dan perangai sebenar dia?
YOU ARE READING
First Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]
FantasyPerkara yang tidak dijangka telah berlaku pada kerajaan Alveon.Majlis ulang tahun kelahiran para puteri musnah sekelip mata apabila kerajaan tersebut diserang.Kesemua ahli kerabat diraja mati dibunuh kecuali tujuh puteri.Mereka diselamatkan oleh sat...