Di pangkalan,bilik rahsia
"Terdapat gelombang kuasa yang kuat dikesan!",kata seseorang melihat komputer.
"Lokasinya?",tanya seorang remaja perempuan yang sedang memeluk erat Misa yang tidur lena.
"Ianya di istana kerajaan Einhart!"
Remaja perempuan tersebut tersenyum lalu berdiri.
"Baiklah,jadi saya akan ke sana bersama dia",kata remaja perempuan tersebut lalu meletakkan Misa di sofa yang ada dalam bilik tersebut.
Simbol magik berwarna biru muncul dan remaja perempuan tersebut memasukkan tangannya ke dalam simbol tersebut.Apabila dia menarik tangannya,sehelai kain yang besar berada di genggaman tangannya.
"Tapi,kenapa tuan mahu ke sana?",soal seseorang.Remaja perempuan tersebut menyelimutkan Misa dengan kain tersebut.
"Hehe♡Sebab saya mahu",balas remaja perempuan tersebut.
"Aku baru nak main game...",kata seseorang yang memakai topeng kucing penuh menutupi seluruh wajahnya,hoodie bajunya dinaikkan ke atas kepala.
"Selepas kita balik,kau mainlah game puas-puas.Sekarang,mari pergi",kata remaja perempuan tersebut.
"Baik...."
-----------------------------
Di istana kerajaan Einhart,lokasi tujuh gadis tersebut
"Baiklah,jadi,siapa yang akan serang dulu?",tanya lelaki tersebut.Risa memandang serius lelaki itu dan tali busurnya ditarik lalu muncul anak panah.
"Nampaknya tuan puteri Risa nak saya serang dulu",kata lelaki tersebut lalu menghilangkan dirinya.
"!"
Tujuh gadis tersebut terkejut.Lelaki tersebut memunculkan dirinya dibelakang Risa dan menarik sesuatu keluar dari poket seluarnya.
Risa yang tak sempat mengelak malahan melancarkan serangan,menoleh ke belakang dengan laju.
KTAK!
Percikan bunga api berlaku kerana pisau milik lelaki tersebut bertembung dengan busur Risa.
"Woah,menahan dengan busur.Hebat juga idea ni",kata lelaki tersebut lalu berundur ke belakang.
"Tapi,senjata tersebut tak dapat kena saya",lelaki tersebut menghilangkan dirinya sekali lagi.Risa menarik nafas dan menghilangkan busurnya.
"Oh,simpan senjata,memang naif betul",kata lelaki tersebut menghayunkan pisau yang dipegangnya pada Risa dari belakang dengan laju.
Risa pula hanya berdiri diam.Cahaya hijau terkumpul di kedua tangannya.
CLANG!
Sekali lagi,percikan bunga api berlaku kerana dua besi bertembung.Risa terundur selangkah ke belakang.
"Mengetahui kuasa pihak lawan juga benda yang penting dalam pertarungan,bukan?",kata Risa.Pisau milik lelaki tersebut dihalang dengan dua bilah pisau belati yang dipegang Risa.
"Cis!",lelaki tersebut melompat ke belakang dan mendarat dengan selamat.
Risa memutar-mutarkan dua bilah pisau belatinya.
"...apa kuasa Risa?Tadi dia senjata dia busur,sekarang ni pisau belati?",soal Mel.
Kuasa dia adalah Creation.Kuasa yang membolehkan penggunanya mencipta apa-apa sahaja yang pernah dilihatnya atau berdasarkan imaginasinya.
Satu suara muncul di kepala Mel.Hanya dia sahaja yang mendengar suara itu.
"Suara tadi....siapa?",kata Mel.
Saya adalah kuasa tuan puteri.Disebabkan kuasa gadis berambut hitam yang telah korbankan dirinya,saya terlepas dari kurungan.
"Terlepas...dari kurungan...?",kata Mel.
Betul.Sekarang,saya ingin tanya tuan puteri.Adakah kamu inginkan kuasa untuk melawan lelaki tersebut juga?
Mel mendiamkan dirinya.Jujurnya,dia memang inginkan kuasa,tetapi.....dia teringat apa yang Mimi tanya pada Asya.
'Kenapa kau perlukan kuasa?'
Kenapa dia perlukan kuasa?Hanya kerana ingin lawan seseorang?Atas apa?Balas dendam atas kematian ayahandannya?Dan...?Selepas dia kalahkan lelaki itu,apa yang dia ingin lakukan dengan kuasa yang dimilikinya.
'Untuk melindungi orang yang saya sayang!'
Jawapan Asya telah membuatkan Mel tersedar dari lamunannya.Kini,dia telah jumpa kenapa dia inginkan kuasa.
"....tidak....",kata Mel dengan suara yang perlahan.
Tidak?Bermakna tuan puteri-
"Saya tak mahukan kuasa untuk melawan lelaki tersebut.Saya inginkan kuasa....yang membolehkan saya menyelamatkan ramai orang dari terbunuh",kata Mel.
....jawapan yang bagus.Jadi,tutup mata tuan puteri.
Mel menutup matanya.Cahaya yang terang muncul dari dadanya.Cahaya yang terang itu membuatkan semua orang menutup mata kerana silau.
"Star Saber",kata Mel.Api muncul dari bawah tempat Mel berdiri dan ianya mengelilingi Mel.
"Apa?!Kuasa tu!",kata lelaki tersebut.Wajahnya nampak ketakutan.
Tanpa sebarang amaran,lelaki itu terpelanting ke belakang kerana ditendang dimuka dan melanggar dinding.Darah mengalir dari lubang hidungnya.
Seseorang mendarat dengan selamat di tanah.Pakainya berubah malahan kakinya nampak berbeza.
"Bangun.Takkan baru satu serangan kau dah kalah?",kata Mel dengan pandangan serius.
"Budak ni-!",lelaki tersebut menembak beberapa das peluru ke arah Mel dan Risa dengan laju.
Risa memutarkan dua bilah pisau belatinya menahan peluru dari terkenanya.Manakala Mel menendang semua peluru menggunakan kedua belah kakinya.
Semua peluru yang ditendang oleh Mel meluru ke arah lelaki tersebut dan ianya terkena badan lelaki itu.
Darah mengalir keluar dari tempat yang peluru terkena badannya.
"Hehe...aku tak sangka....kuasa itu ada pada kau...",kata lelaki tersebut.Darah mengalir keluar dari mulutnya.
Mel diam sahaja dan pandangan matanya serius.
"Baiklah,jadi saya rasa lebih baik berkerjasama kalahkan lelaki ini,atau tak?",soal Risa.
"...saya rasa lebih baik berkerjasama,kak Risa.Sebab lelaki ni pasti ada banyak helah lagi",kata Mel.Risa mengangguk dengan tersenyum.
Mereka berdua berdiri dengan posisi bersedia menyerang.Manakala lelaki itu pula tersenyum gila walaupun dia cedera parah.
"Hm,tak hairanlah kenapa ketua organisasi nak Spirits of Elementals latih mereka bertujuh.Rupanya sebab kuasa mereka....",kata orang yang memerhatikan mereka dari atas.
YOU ARE READING
First Love:Seven Princesses,Seven Spirits Of Elementals [C]
FantasyPerkara yang tidak dijangka telah berlaku pada kerajaan Alveon.Majlis ulang tahun kelahiran para puteri musnah sekelip mata apabila kerajaan tersebut diserang.Kesemua ahli kerabat diraja mati dibunuh kecuali tujuh puteri.Mereka diselamatkan oleh sat...